Saturday, December 10, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum.....
Teringin sangat nak buat cream puff sendiri. Makan pun tak pernah sebenarnya. Sejak kak Asniza dok tayang cream puff dia kat forum RH, mulalah hati menggeletik nak mencuba. Jadi, dengan bantuan segala tunjuk ajar di forum, saya pun cuba.

Oh ya... saya juga membuat rujukan dari blog kak Azlita Aziz. Memang superb la blog kak Ita tu. Kak Ita bagi keterangan step by step lagi. Sangat2 membantu. Sila lihat hasil cream puff saya :-)


Dan dengan rasa bahagianya, seperti biasa saya akan menyimpan resepi cream puff di sini.

Bahan-bahan puff :
100ml air
45gm butter - suhu bilik
60gm tepung gandum - diayak
2 biji telur

Cara membuatnya:
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius
- Sapu mentega atas dulang pembakar
- Masukan telur ke dalam mangkuk, dan pukul sehingga kuning dan putih bercampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tutup api.
- Masukan tepung, dan kacau dengan cepat. Buka api semula, dan teruskan mengacau sehingga terbentuk kepingan nipis. Tutup api.
- Masukkan telur, dan kacau lagi dengan cepat sehingga ia berbentuk krim
- Masukan dalam piping bag, dan pipe atas dulang. ( Saya guna plastik, dan gunting hujung plastik, dan... pipe!)
- Spray cream puff dengan air, dan bakar dalam oven pada suhu 200 selama 15 minit, dan kemudian turunkan suhu 180, selama 25 minit.
- Kalau nak lagi keperangan, biarkan cream puff dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff dahulu sebelum diletakkan cream custard.


Bahan2 untuk Cream custard:
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sdb mentega
1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya :
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk
- Masukkan 1-2 sudu besar susu, kaca rata jangan ada yang berketul2.
- Masukkan telur dan kacau lagi.
- Kemudian masukkan susu selebihnya, dan kacau lagi.
- Masak atas dapur dengan api yang sederhana.
- Kacau selalu untuk dapatkan cream yang licin.
- Dah siap, masukkan mentega, dan sebatikan.

Tapi, hari ini, saya ubah sikit krim kastardnya dengan menambah rasa keju. Sedapnya..... Boleh tambahkan lemak dalam badan lagi. Caranya, saya panaskan sedikit susu ( lebih kurang 50ml) dalam periuk, dan koyakkan 2 keping keju. Kacau selalu sehingga keju cair. Dan bolehlah campurkan campuran ini ke dalam resepi cream custard di atas tu......



Sesiapa belum mencuba, sila la..... :-)

Monday, November 21, 2011

Kek Keju Ala Jepun Marble Berkaramel dgn perisa Kopi

Assalamualaikum.... alahai, rindu sangat dgn blog ini. Lama sungguh tak tepek resepi....
Semalam mencuba sesuatu yang baru setelah melihat satu kek buatan kak sue di FB. Terliur jugak la.... tapi, saya mengubah dengan menggunakan basic japanese cheese cake. Dan terhasillah..... KEK KEJU ALA JEPUN MARBLE BERKARAMEL dengan berperisa KOPI. Alahai, panjangnya nama. Suka hati saya la ye. Saya yang buat. Hihihii.....


Tau dah... mesti ada yang teruja.... minta resepi please! Ok2.... marilah kita berkongsi resepi ye...


Bahan-bahan:

(A)
2-3 sudu besar gula } Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri.

(B)
½ tin susu cair (200 ml) (lebih pun tak pe, kalau lebih, tambah juga telurnya)
70 gm gula kastor
1 sudu teh perisa mocha
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

* Kesemua bahan ini dikacau perlahan-lahan di dalam periuk di atas dapur dengan api yang kecil. Pastikan gula larut. Sekiranya gula tak larut, karamel akan berlubang. 

Untuk Japanese Cheese Cake


(C)
200ml susu segar
5 keping cheddar cheese
50gm butter
* Panaskan susu segar, koyakkan cheese. Kacau selalu sehingga cheese larut. Masukkan butter, kacau sehingga butter cair. Ketepikan.

(D)
4 biji putih telo (dan saya campurkan dgn 3 biji lagi putih telo dari (B), bermakna 7 biji putih telo digunakan , mmg akan gemok melampau)
50gm gula halus (kurangkan gula sebab dlm lapisan susu berkaramel tu dah ada byk gula)
*Pukul putih telo sehingga berbuih, masukkan gula. pukul lagi sampai jagi mereng tu..... :-)

(E)
4 biji kuning telo
70gm tepung gandum-ayak
1 sdt baking powder- ayak
*Pukul kuning telo, masukkan bancuhan susu dan cheese (C) tadi. pukul lagi, masukkan tepung dan baking powder. Sebatikan....

Cara:
- Tuang bahan (B) ke atas bahan (A), Kukus atau bakar kedah steam bath selama 15 minit.

- Satukan (D) ke dalam (E) dengan kaedah kaup balik..... sebatikan.

- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.... satu plain, dan satu lagi tambahkan 1 sdt emulco cuppucino dan coffee.

- Tuang adunan secara berselang seli.

Bakar dlm oven selama 50 minit, suhu 160..... secara steam bath.



Sejukkan dahulu baru terbalikkan loyang. Kek akan lekang sendiri dari loyang, jadi mudah untuk kita terbalikkannya..... Masuk peti sejuk, baru makan. Kalau makan suam2, kek sangat gebus dan agak mudah pecah.


Mari kita tayang gambar lagi, kasi kecur air liur.... kasi motivasi kat korang nak mencuba.


Wahhhhh..... haaaa..... nah amik sikit satu potong.......hihihi.



Walaupun ini bukan resepi baru, saya tetap berbangga sebab ini satu kelainan yang saya buat pada japanese cheese cake. Rasa kopi yang dominan.... mmmmm, nyum...nyum...nyum...

Sunday, November 20, 2011

Terbaru dari Fiza

Assalamualaikum semua....
Lama saya tak update resepi kat sini.
Ada alasan tersendiri.... 
Saya sedang berusaha membangunkan bisnes kecil-kecilan saya.Cewah!

Ok, ini terbaru dari saya
Bisnes kecil-kecilan di rumah.... dan telah pun cuba memasarkannya di FB

Ada perkhidmatan penghantaran pos untuk roti dan kek, selain cheese cake
Ramai yang agak kecewa apabila saya batalkan penghantaran cheese cake melalui pos
Tapi, saya tak boleh nak buat apa, melainkan saya menggunakan ubat tahan.
Setakat ni, pelanggan yang berminat untuk mencuba cheese cake saya, mereka perlu datang ke Rawang untuk mengambilnya sendiri..... Maafkan saya!

Berminat, sila inbox saya di FB

Insya Allah, saya akan cuba cari masa untuk update resepi....
Sekian buat waktu ini.

Friday, October 21, 2011

Roti Tuna Keju

Assalamualaikum....
Roti lagi.... sebab sekarang memang tengah giler meroti. Kali ni buat roti berinti tuna bersama keju. Inspirasi dapat dari sebuah buku resepi Roti & Kek, tapi saya tak gunakan resepi doh dari situ. Saya ambil resepi doh dari CMG. Sebab CMG punya resepi memng terbaik!


Resepi untuk doh saya ambil dari CMG (http://www.tiffinbiru.com/2011/10/roll-tuna-bun-jadi-bujur.html)

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)



CARA MEMBUAT DOH :-)
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).


 Inti Tuna :
Tuna dalam tin (saya gunakan tuna flake cap ayam, yang dalam sunflower oil tu)
Sedikit mayonis
1 biji bawang besar, dipotong dadu
Sedikit daun sup dan daun bawang
Air perahan limau (1 biji)
Sedikit lada sulah
*Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.

Topping
Keju keping (di potong 4 bahagian)
Mayonis
Italian herb (optional, kalau letak lagi sedap. Ada aroma seperti pizza gitu :-))


Cara membuat roti tuna:
- Apabila doh roti sudah naik mengembang, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (satu bahagian 25gm. Untuk bancuhan ini, saya dapat menghasilkaln 22 biji doh. 

- Bulat2kan doh, dan leperkan semula untuk memasukkan inti tuna. Kemaskan doh. Masuk ke dalam paper cup, dan biarkan roti mengembang sekali lagi. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.

- Dan apabila doh sudah mengembang sepenuhnya, sapukan lebihan telur di atas permukaan roti. Letakkan keju keping (1/4 keping untuk 1 bahagian doh). Picitkan mayonis ikut suka, dan taburkan sedikit Italian herbs.

- Bakar dalam oven selama 12-15 minit.

Alhamdulillah, roti ni sangat sedap. Sampai ke pagi pun, roti tetap lembut dan gebu. Suami dan anak2 pun suka makan...... Terima kasih CMG atas resepi doh yang sangat menjadi ni... :-)

Monday, October 17, 2011

Bun Kentang

Assalamualaikum....
Lama dah nak buat roti/bun kentang ni. Lama juga resepi yang diambil dari blog CMG ni tersimpan lama.... Akhirnya, buat juga.... Sorry, gambar kurang menarik, sebab guna kamera henfon. Belum beli kamera baru sebagai ganti kamera yang rosak tu......


 Sumber resepi : http://www.tiffinbiru.com/2010/12/roti-kentangsesuai-untuk-sarapan.html

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner


Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...




Insya Allah, lain kali nak buat lagi roti kentang ni. Anak2 suka, lagi2 makan dicicah dengan air..... Terima kasih CMG! :-)

Thursday, September 29, 2011

Roti Lingkaran Coklat Kastard & Insiden Sedih

Assalamualaikum semua.....
Sekarang asyik meroti... giler meroti sungguh! Kejap2 nak buat roti, kejap2 nak buat roti, roti... roti... dan roti lagi. Baru2 ni, saya buat satu lagi roti. Saya dapat resepi dari buku ummi (mak saya). Tajuk buku, "Resepi Roti & Kek".

Sebenarnya, ini ialah gambar masakan saya yang terakhir selepas insiden yang berlaku pada kamera saya. Baca SINI ye, untuk tahu insiden apa. Sedih nak ulang cerita. Tak tahu la lepas ni nak amik gambar masakan macam mana. Nak guna handset, alahai... tak cantik la hasilnya. Mungkin kena cari ganti, kalau tak habis la aktiviti saya yang satu ni.

Apapun insiden, mari lihat bahan dan cara membuatnya:


Bahan-bahan Doh Manis:
500gm tepung berprotien tinggi
15gm yis segar (aktifkan bersama sedikit air suam)
100gm gula kastor
5gm garam
10gm susu tepung
260gm air ais
1 biji telur
50gm mentega
sedikit pembalut melekat (sehingga dapat menutupi doh)


Cara-cara buat doh manis:
1. Masukkan tepung, gula kastor, garam dan yis. ke dalam mangkuk. Adun sebati.
2. Tambahkan telur, susu tepung dan air ais. Adun sehingga ia membentuk doh kasar.
3. Alihkan doh ke atas papan pencanai yang bersih. Tambahkan mentega dan uli sehingga sebati. ( Cara saya, masukkan saja doh yang telah diuli bersama mentega ke dalam plastik yang bersih, dan terus uli sehingga doh kelihatan anjal dan licin.)
4. Bulatkan doh dan sapukan sedikit minyak masak di atas permukaannya. Tutup doh dengan pembalut melekat dan biarkan doh selama 40-60 minit.
5. Bahagikan doh kepada bebolah kecil seberat 60gm setiap satu bahagian.
6. Bulat2kan bebola kecil tadi, dan balut semula dengan pembalut melekat.
7. Biarkan doh itu naik lagi selama 15 minit, dan selepas itu doh sedia digunakan.


Bahan-bahan Pes Coklat Kastard:
A : 95gm tepung kastard
      250ml susu segar
      65gm coklat masakan
B : sedikit putih telur dan air


Cara-cara buat pes coklat kastard:
- Gaulkan semua bahan A dalam periuk, dan panaskan dengan api yang perlahan. Apabila coklat masakan sudah cair dan tepung kastard sudah sebati, teruskan kacau sehingga ia menjadi pes coklat.

- Masukkan pes coklat ke dalam bebola doh manis tadi, dan bulatkannya. Susunkan doh di atas dulang pembakar

- Apabila doh sudah naik dua kali ganda daripada saiz asalnya, sapukan bahan B pada permukaannya.

- Masukkan lebihan pes coklat ke dalam plastik kecil, dan guntingkan hujungnya sedikit. Picitkan jalur halus secara memusing pada permukaan doh.

- Bakar pada suhu lebih kurang 200 darjah celcius selama 12 minit.



Mungkin lepas ni kena bercuti dari beraktiviti mengambil gambar masakan..... Dan mungkin juga blog ini akan sepi seketika. tengok la macam mana nanti. Kalau dapat ganti yang baru tu cepat, maka cepat la blog ini  terupdate. Dalam kepala dah terbayang macam2 nak masak..... Harap2 ada la rezeki nak ganti yang baru. Amin!

Thursday, September 22, 2011

Donat Mayonis

Donat mayonis.... lain sikit dari donat2 yang saya pernah buat sebelum ni. Apa istimewanya? Nanti kita tengok resepi donat mayonis ni. Saya dapat resepi ni dari kak Asniza dari Enakrasa.com

Salut coklat masakan...

Bahan-bahan :
330gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk (saya guna susu Sustagen Sofie, dan pernah juga gunakan susu tepung Dutch Lady)
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin (guna butter lagi sedap)
3 sudu besar gula kastor
4 gram yis segera (saya guna yis segar yang telah diaktifkan bersama air suam)

Bahan untuk salutan - terpulang, ikut suka anda... Saya gunakan  cokelat masakan yang telah dicairkan secara double boiler. Dan sebahagian donat menggunakan gula halus.


Cara-cara

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli 

pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di 
bawah.


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips 
untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas 
beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan 
dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. 

Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, 

lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, 
angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan

*saya gunakan kaedah
2 jer sebab tak ada BM.



Salut gula pun sedap.....

Yang pasti, donat ni, strukturnya lembut sampai ke petang, Insya Allah..... SELAMAT MENCUBA YER!

Wednesday, September 21, 2011

Buttermilk Bun ~ Roti Mentega Susu~

Assalamualaikum....
Agak lama tak membuat roti. Hari ini, saya merajinkan diri menguli roti untuk anak2. Belek2 buku resepi, terjumpa roti mentega susu ni. Nampak menarik. Lagipun belum pernah cuba lagi. So, nekad di hati mencuba resepi baru ini. Nampak gaya, cara buat pun mudah. Dan kebetulannya, semua bahan ada di rumah. Rasanya yang sangat berkrim dan sangat bersusu membuatkan hati terpikat dengan roti ini. Cumanya, struktur roti ini tidaklah lembut dan gebu kerana memang begitu keadaannya, tapi rasanya sangat enak. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuat roti yang menarik ini.


Bahan doh roti:
A : 240gm tepung berprotien tinggi
        60gm tepung berprotien rendah
          3gm roti improver (saya tak guna pun benda ni)
         30gm gula kastor
         1/4sdt  garam
           4gm yis kering (dalam 2 sudu besar)
B :  80ml air
     100ml susu segar (saya gunakan 2 sudu besar susu tepung + 100ml air biasa)
C : 25gm mentega (suhu bilik)

Bahan inti perisa susu :
E : 100gm mentega tanpa garam (cairkan suhu bilik)
       30ml susu pekat
       70gm gula aising
        sedikit garam
F : 2 biji kuning telur
G : 120gm susu tepung (di ayak)
* sukatan ini boleh 2 kali bancuhan doh di atas. Boleh dibahagi 2.

Bahan Topping
H : 30gm mentega tanpa garam (cairkan pada suhu bilik)
      20gm gula kastor
I : 500gm tepung berprotien rendah (diayak)


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk, dan digaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh

2. Tambah bahan C, dan uli lagi sehingga tekstur doh menjadi licin dan anjal. Biarkan doh naik selama 50 minit.

3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil, (saya timbang 25gm satu bahagian), bulat2kan dan rehatkan doh selama 10 minit.

4. Untuk inti, pukul semua bahan E sehingga kembang. kemudian, masukkan bahan F diikuti dengan bahan G, adun sebati.

5. Ambil satu doh, tekan doh di tapak tangan, dan leperkan doh dengan menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Masukkan inti, tutup dengan kemas, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar. Ulang sehingga ke doh yang terakhir

6. Biarkan doh naik sekali lagi selam 25-30 minit.

6. Untuk topping, gaul rata bahan H, kemudian masukkan bahan I. Setelah sebati, taburkannya di atas doh tadi. Sebelum itu, bahagian atas doh hendaklah disapu dengan putih telur, baru ditaburkan bahan topping tadi. Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius, selama 15-20 minit.


Lihat bahagian dalamnya dari jarak dekat...... so milky and creamy!

Sekian untuk kali ini.....

Thursday, September 15, 2011

Chicken Crocket II

Assalamualaikum.....
Agak lama menyepi, maklum la lepas raya ni, banyak sangat makanannya, tapi tak tahu nak update mana satu. Macam biasalah makanan raya.... rata-rata lebih kurang jer. Lagipun mood untuk update blog ni tak datang lepas raya ni. Tu yang senyap sepi tu.....

Melayan permintaan tekak sendiri, berpuasa dan sangat teringin nak makan chicken crocket sebagai juadah berbuka. Saya pun buatlah petang semalam. Anak2 punya suka la.... terutama si Sofie dan Hijaz. memang banyak mereka makan.....


Kali ni, saya tidak menggorengnya, sebab memang sedang menjaga kesihatan dan kurangkan lemak dalam badan. Saya hanya menyapukan sedikit minyak jagung di atas kuali, dan terus meletakkan chicken crocket yang sedia ada ke dalamnya. Kira kaedah bakar atas kuali la......

Resepi..... saya pernah tepek dulu. Boleh ke SINI untuk resepi lanjut.


Sekian untuk kali ini.....

Saturday, August 27, 2011

Biskut Almond Snow

Ini pertama kali saya membuat biskut ini. Inspirasi dari kak Sue Aleen dan Atun RH. Tapi resepi asal saya ambil dari blog kak Wan, terima kasih kak Wan.... 

Biskut Snow Almond

Bahan-bahan:
Bahan A
260 gm mentega
150 gm gula kastor
1 sdt esen vanilla
50 gram serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung red rose (saya tak ada tepung ini, jadi, saya gunakan tepung gandum biasa jer)
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Hiasan: coklat masakan dan breadcrumb putih (saya gantikan dgn serbuk horlick )



Cara-cara membuatnya:
- Pukul bahan A sehingga berkrim, masukkan bahan B dah uli sehingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan yang disukai.
- Bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit
- Sejukkan biskut dan celup pada coklat masakan yang dicairkan secara double boiler dan salutkan biskut pada breadcrumb putih.
- Simpan dalam bekas kedap udara.

 Rangup.... enak rasa coklat dan horlick!

Simpan dalam bekas cepat2..

Terima kasih sekali lagi pada kak wan! :-) Tahun depan cari lagi resepi biskut yg best.....

Thursday, August 25, 2011

Biskut Kacang Mazola

Satu lagi biskut kegemaran yang wajib ada masa raya, biskut mazola. Kenapa panggil biskut mazola? Sebab orang gunakan minyak jagung jenama Mazola. Tapi, saya tak gunakan minyak jagung mazola, saya gunaka minya jagung Vcorn. Jadi, namanya biskut Vcorn ke? :-)

Tak kisah la, yang penting asasnya ialah kacang tanah. Jadi, namanya biskut kacang tanah....

 Biskut Kacang Mazola


Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
1 biji kuning telur
200 gm minyak jagung

Cara-cara:
- Gaulkan tepung gandum, gula halus, kacang tanah, kuning telur dalam satu bekas. Masukkan minyak jagung dan gaul sehingga membentuk doh.. Bulat2kan, dan letak atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kacang tanah, dan sapu kuning telur.
- Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.

Buat 2 bancuhan, dapat la penuhkan balang ni....
Macam tak cukup je.... kena bancuh lagi rasanya.

Ini biskut paling senang... silalah mencubanya yer... :-)

Tart Nenas

Seperti tahun lepas, tart nenas menjadi hidangan wajib di hari raya. Selalu beli je dengan ummi saya, tapi beberapa tahun kebelakangan ini, kuat betul hati nak buat sendiri. Jadi, tahun ni merupakan tahun kedua saya membuat tart nenas. 

Resepi saya, resepi dari seorang rakan RH, Atun. Terima kasih ye tun, 2 tahun berturut gunakan resepi Atun ni. Meh kita tengok resepinya macam mana...., disamping saya nak simpan di sini. Sebab simpan kat buku, asyik hilang jer. :-)

 Tart Nenas

Bahan-bahan:
  • 1 buku mentega (saya guna yang murah je, kalau nak lagi sedap boleh guna mentega Anchor atau SCS)
  • 1 cawan marjerin
  • 3/4 cawan tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sdb gula kastor
  • 3 sdb susu tepung
  • tepung gandum secukupnya, ikut kelembutan.
  • Jem nenas (saya gunakan jenama NONA)
  • Kuning telur sebagai sapuan.

 Sebelum dibakar
Cara-cara:
- Pukul mentega, merjerin, gula kastor dan kuning telur sehingga kembang dan berkrim
- Masukkan tepung kastard dan pukul lagi
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, juga susu tepung dan uli mengikut kelembutan yang diperlukan. (Untuk step ni, saya gunakan tangan je)
- Terap menggunakan acuan tart, letak jem, sapu kuning telur dan bakar pada suhu 170 darjah celsius, selama 30-40 minit (mengikut kesesuaian oven anda).

Tart nenas ni mempunyai peminatnya tersendiri. Rasa macam tak lengkap Aidilfitri tanpa tart nenas... Hehehe... Penting tau! Eceh..... kunun!

Siap untuk dimakan di hari lebaran.... hidang dalam pinggan je ke?
Uhuk.... bekas kuih raya tak do!

Dapat sebalang jer.... macam tak cukup. 
Nampak gaya kena beli bahan buat satu bancuhan lagi... Ngeeeee~~~~

Friday, August 19, 2011

Sambal Lemak Lengkuas / Sambal Tahun

Salam Ramadhan semua...
Anda pernah makan sambal tahun, atau orang berketurunan Jawa memanggil ia sebagai sambal taon. Sambal lemak lengkuas tu, saya sendiri beri nama sebab nak publishkan di sini. Bukan semua mereka yang berkunjung ke sini berketurunan Jawa, kan? Jadi, saya telah mencipta nama Melayunya tersendiri.

Saya tak tahulah kenapa orang Jawa memanggil ia sebagai sambal tahun, atau sambal taon. Mengikut sejarah dulu-dulunya, masakan ini boleh bertahan agak lama, kerana setiap hari mereka akan memanaskan sambil menambah apa2 bahan yang kurang. Andai kurang kerang keesokan harinya, mereka akan menambah kerang, andai kurang lengkuas, lengkuaslah yang akan ditambah. Masakan ini, semakin dipanaskan, ia semakin sebati dan sedap. Kombinasi santan dan lengkuas memang kombinasi yang sangat menyelerakan, sehinggakan kita tidak perasan yang kita akan bertambah nasi. Memang menyelerakan.....

Biasanya, selain kerang, ada juga orang menambah babat lembut (perut lembut yang macam tuala tu...) sebagai bahan utama selain ikan bilis. Tetapi, untuk resepi kali ini, kombinasi yang saya ciptakan agak berlainan sedikit dari yang biasa saya makan di kenduri2 kahwin orang Jawa. Mari lihat resepi saya.....


 Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi - kalau ada cili burung lagi bagus, sebab cili burung lagi pedas dari cili padi biasa tu.
  • Lengkuas - kuantiti ikut suka, krn lagi banyak, lagi sedap - di hiris nipis dan memanjang.
  • 1/2 kerang - direbus, dan diambil isinya
  • 300 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 150 gm ikan bilis
  • 3 bungkus tempe - yang berisi dalam daun pisang
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Garam, gula dan bahan perasa (saya gunakan perencah masakan HILAL)


 Cara-cara membuatnya:
- Tumbuk bawang besar dan bawang putih bersama beberapa biji cili padi, ikut kepedasan yang anda suka. Lagi pedas, lagi menyelerakan. Dan cili padi selebihnya, biarkan ia dalam keadalan asal.

- Panaskan sedikit air di dalam kuali, bila air sudah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau rata, masukkan juga kesemua lengkuas yang telah di potong nipis dan memanjang. Biarkan seketika sehingga ia naik bau.

- Masukkan ikan bilis dan isi ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak dengan sempurna.

- Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua santan pekat dan santan cair, dan sentiasa di kacau. Masukkan juga kerang. Apabila sudah masak kesemuanya, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa anda. Siap untuk dihidang bersama nasi panas....


Mari zoom sikit, kita lihat isi dalam sambal ini. 
Ada kerang, tempe, lengkuas..... mmmmm, enak sungguh!

Anda yang buka berketurunan Jawa, boleh lah mencuba resepi ini sebagai hidangan kepada keluarga. Tak rugi mencuba, kerana saya jamin, ianya satu masakan yang enak dan lazat. Kalau ada anak2 kecil, m,ungkin boleh kurang cili padi yang ditumbuk, hanya letaka je cili bulat2 tu.... macam yang saya buat. Rumah saya ramai anak kecil, jadi saya tak boleh fikirkan perut saya sendiri. SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, August 17, 2011

Ayam Goreng Halia

Salam Ramadhan ke-17, untuk bulan Ramadhan ni, jarang betul blog ini terupdate. Ntah kenapa, malas betul nak berphoto shoot dengan makanan dan masakan. Ok, demi tak mahu blog ini terus sepi, hari ini saya masak ayam goreng halia sebagai menu sahur keluarga saya.

 Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan :
Beberapa ketul ayam - dilumur bersama garam dan kunyit, digoreng dahulu, dan diketepikan seketika
1/2 biji bawang besar - dihirs
5 ulas bawang putih - diketuk
Halia muda - lagi banyak lagi sedap.- di hiris
2 sdb sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :
- Tumis semua bahan yang telah dihiris dan diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak kering, masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata....
- Tak perlu perasakan bersama garam kerana ayam telah pun masin.
- Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

Biskut Marble Susu Cappucino

Salam Ramadhan ke-11,
Saya sedang mencari aneka biskut / kuih raya sebagai hidangan di hari raya nanti. Saya sudah pun mencuba membuat sejenis biskut. Tapi, biskut ni macam tidak menepati selera suami. Resepi agak ringkas, tapi sedap juga sebab ada rasa cappucinonya.

Kalau mahukan resepi biskut yang ringkas, mungkin boleh mencuba biskut ini.

Biskut Marble Susu Cappucino
Bahan-bahan:
125 gm mentega lembut
95 gm susu pekat
1/2 sdb gula halus
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak
1/2 sdk esen vanilla
1 sdb serbuk koko - diayak
1 sdt cappucino emulco 

Cara membuatnya:
- Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)
- Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.
- Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.
- Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
- Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.
- Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Mungkin lagi enak kalau kita campur aneka kekacang di dalam bancuhan.... hazel ke, almond ke.

Saturday, August 6, 2011

Chicken Floss Bun / Bun Serunding Ayam

Salam Ramadhan Karim....
Sudah masuk 6 hari berpuasa, tak pernah lagi update resepi kat sini. Kali ni, nak share resepi roti dengan semua......

 Chicken Floss Bun


Bahan-bahan :

250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
35 gram gula kaster
1/2  sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135  ml  susu segar 
 30 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara:
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air/ susu segar. Putar selama 1 minit pada kelajuan
perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga
sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 

Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.

Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 10-15 minit sahaja....


Topping:
1 sdm mayonis
1 sdm susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

 Enak di makan begitu sahaja....

 Chicken floss......
Saya beli ni di TwoPly, 1 kg = RM31

Makan begitu saja pun enak.... :-)

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...