Saturday, April 30, 2011

Kek Marble Susu (Kukus)

Kek Marble Susu Versi 1
Resepi saya dapat dari diskusi forum di Ratuhati.com.
Pautan : http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1892.30.html#bot
Dan ini ialah resepi asalnya.

Bahan-Bahannya
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (saya guna 150 g gula perang sahaja. rasa dia tak manis sangat sebab ramai yang review manis ikut sukatan asal)
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (saya pakai cappuccino paste)
*Saya tambah lagi 100 ml susu cair ke dalam adunan ini pada step ke-2 sebelum adunan dibahagi 2

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
 
Nota saya :
* saya tidak ada coklat emalco dan paste cappucino, jadi saya campurkan kopi bersama serbuk minuman koko, dijadikan pes.
* kek ini saya tak bakar seperti resepi asal. Saya kukus selama 1 jam 15 minit.

UPDATE 6 Mei 2011
Kek Marble Susu Versi 2
Nota untuk versi 2:
* saya kurangkan tepung gandum menjadi 250gm
* saya tambah lagi 30ml susu cair sebelum adunan dibahagi 2.
* saya juga menggunakan choc emulco dan cappucino paste
* dan sangat berpuas hati dengan rasa utk kali kedua ini, kek lebih gebu, lembap dan enak.
* cuma, saya tak berpuas hati dgn kombinasi warna, sebab warna putih lebih dominan

Monday, April 25, 2011

Chicken Crocket

Chicken Crocket

Bahan-bahan dan cara membuatnya:
- 5 biji kentang - direbus dan dilenyek
- 3 sudu besar susu cair
* 2 bahan ni digaul sebati.
- Ayam - direbus/ disup, kemudian diracik kecil-kecil.
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk pati ayam atau sedikit air rebusan ayam tadi, gaul rata.
- Masukkan ayam yang telah diracik tadi, gaul lagi sehingga kering. Perasakan dgn sedikit garam.
- Bila sudah kering, masukkan hirisan daun sup.
- Ayam yang telah dimasak tadi, disatukan bersama kentang lecek yang telah digaul dengan susu cair. Gaul rata.
- Kepal-kepalkan adunan tersebut, kepal ikut suka saiz yang disukai.
- Celup dalam telur dan serbuk roti.
- Goreng dgn minyak yang sedikit dan api yang panas. Goreng sehingga kekuningan.

Kek Kaya Kukus

Kek Kaya Kukus

Bahan-bahan:
180 gm mentega
100 gm gula kastor
3 sd makan susu pekat
4 sd makan kaya asli
1 sdt esen vanilla
5 biji telur
*180 gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
1 sdt pewarna kuning
1 sdt pewarna merah
1 sdt pewarna hijau
*warna boleh ubah ikut suka

Cara membuatnya:
- Pukul mentega bersama gula kastor hingga kembang
- Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul sehingga sebati.
- Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, kuning, merah dan hijau.
- Tuang adunan dalam loyang ikut suka macam mana nak letak. Corakkan adunan dengan lidi.
- Kukus selama 1 jam atau lebih. Api sederhana.

Sunday, April 24, 2011

Kek Kukus Batu Saudah

Kek Kukus Batu Saudah



Bahan-bahan:
5 biji telur
100 gm gula kastor
150 gm mentega
150 gm susu pekat
125 gm tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt ovellate
3 sudu makan kaya
1 sudu makan nescafe / kopi pra-campuran
1 sdt pes koko
1 sdt esen vanilla
1 sdt pewarna merah

Cara membuatnya:
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi.
- Masukkan ovallete dan susu pekat, pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, kaya dan esen vanilla. Gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
1. campuran nescafe / kopi dan koko
2. campuran merah 
- Sediakan kukusan dahulu, dan kukus adunan warna merah dahulu selama 10 minit, kemudian diikuti dengan warna coklat.
- Kukus kek selama 40 minit hingga 1 jam.

Cara Berlauk

Cara Berlauk Daging Oblong

Cara Berlauk Ayam

Resepi asal sendirian berhad....

Bahan untuk lauk:
Daging burger oblong/ daging atau ayam kisar
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili merah - dihiris
Daun sup dan daun bawang
Garam dan gula

Bahan untuk kuih cara:
2 cawan tepung gandung
1 peket santan serbuk
1 biji telur
3 cawan air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging atau ayam. Kacau sehingga masak. Perasakan dgn sedikit garam dan gula. Dah siap masak, masukkan hirisan cili merah dan hirisan daun sup serta daun bawang.

- Untuk bancuhan kuih, campurkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian, masukkan bancuhan dalam acu kuih cara, dan letakkan sedikit lauk di atas bancuhan kuih cara tersebut. Tutup acu dengan tudung periku, dan biarkan ia masak selama 5 minit.

Oooopppssss, acu cara tu letak je atas dapur gas mcm kita letak kuali, periuk kita....

Apam Puteri Ayu

Apam Puteri Ayu

Resepi asal dari, blog Vill. Tq Vill, sebab sharekan resepi yang best ini. Resepi asal di SINI.

Bahan-bahan:
5 biji telur (saiz kecil) - saya guna 4 biji telur saiz besar
250 gm tepung gandum
300 gm gula - saya kurangkan pada 250 gm sahaja
2 camca teh ovallete
1 camca teh baking powder
250 ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan - saya gunakan 3 helai daun pandan, dikisar bersama 100 ml air. Ambil airnya sahaja.
kelapa putih secukupnya, digaulkan bersama sedikit garam dan tepung ubi.

Cara membuatnya:
- Panaskan kukusan dahulu, dengan menggunakan api yang kecil.
- Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder dan air pandan / paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan kelapa putih dubahagian bawah acuan dan mampatkan.
- Masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 5-10 minit.
- Setelah keluarkan dari kukusan, biarkan ia sejuk seketika supaya senang untuk dikeluarkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...