Monday, May 30, 2011

Kek Coklat Lembap + Fudge Topping


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
11/2cawan serbuk koko + 1/2 cawan serbuk minuman koko (nak guna Milo pun boleh)
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt baking powder
* (4 bahan ni di ayak, dan asingkan dulu)

3 biji telur
1 sdt ovallete
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air + 1/4 cawan susu cair + 3 sdb susu pekat

1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco

Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang
- Masukkan air + susu cair + susu pekat, kacau hingga rata.
- Masukkan semua bahan yang diayak tadi, sedikit  demi sedikit sambil dipukul dengan speed slow. Ratakan bancuhan.
- Masukan minyak jagung, dan kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan coklat emulco dan cappucino emulco, dan kacau sebati.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu. Masukkan bancuhan kek tadi ke dalam loyang dan kukus kek selama 60-70 minit.

Fudge Topping 
(kredit untuk Yanie Anuar untuk topping yang best ini)
- 2 sdb mentega (saya guna Buttercup. Kalau mentega yang berkualiti tinggi, macam Anchor ke, lagi sedap)
- 3 sdb susu cair
- 1/2 cawan serbuk koko
- 4 sdb susu pekat
* Masakkan kesemua bahan di atas secara double boiler, dan bila sebati semuanya, curahkan topping di atas kek. Jangan masak terlalu lama kerana ia akan berketul. Dan taburkan atas kek dengan coklat rice

Laksa Versi Fiza

Laksa Versi Fiza
Bahan-bahan:
Laksa kering atau laksa basah (kalau laksa kering, rebus dulu laksa sehingga lembut)

Untuk kuah
- 1 kg ikan kembung - direbus dan diasingkan isi ikan, kisar. ( air rebusan ikan jangan dibuang, sebab nak digunakan untuk buat kuah)
- 1 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 1 inci lengkuas
*dikisar kedua2nya
- 5-6 sudu besar cili boh
- 10 keping asam keping
- 2 ikat daun kesum
- 3 kuntum bunga kantan
- garam dan gula sebagai perasa
- sedikit belacan ( saya tak letak belacan, sebab elejek :-))

Cara memasak
- Setelah isi ikan dikisar halus, masukkan isi ikan tadi dalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi. Hidupkan api sederhana kecilnya. Kemudian saya kisar tulang ikan, dan tapis, untuk elakkan tulang masuk sekali dalam kuah. Kasi kaw sikit!

- Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar, cili boh, bunga kantan, daun kesum, asam keping. Biarkan sehingga kuah masak. Api jangan terlalu besar, dan sesekali kacau2.

- Perasakan dengan garam dan gula..... Sonang eh masak kuah laksa ni....

Bahan aksesori
- Timun
- Cili merah
- Telur rebus
- Salad
- Nenas
- Limau kasturi
* semuanyua dipotong memanjang, ikut la nak besar mana. Jangan besar sgt sudah la.....

Sila nikmatinya :-D

Sunday, May 29, 2011

Singgang Ikan Tongkol

Singgang Ikan Tongkol
Ada macam2 versi nak masak ni. Tapi, ini versi saya.
Bahan2

  • bawang besar
  • bawang putih
  • serai ( dititik )
  • asam keping (2 atau 3 keping)
  • halia
  • ikan tongkol
  • air
  • garam dan sedikit gula
Caranya- rebuskan air hingga mendidih. masukkan semua bahan kecuali ikan. bila air rebusan dah mendidih, baru masukkan ikan tongkol. perasakan dengan garam dan sedikit gula.
bila dah masak, tutup api...siap dihidang. senang,kan?

Nasi Ayam Umisofie

Resepi ini dah lama saya tepek kat blog saya yang sana. Tapi, baru ni teringat nak tepek sini. 

 bahan untuk nasi:
  • 4 pot beras (basuh beras hingga bersih)
  • air rebusan ayam
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan
  • sesudu butter (untuk menumis) nak gunakan margerin pun boleh. minyak pun boleh.
caranya:
  • tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
  • masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan (mengikut kuantiti pot beras anda).
  • masukkan beras. kacau....
  • kemudian, masukkan susu pekat, garam dan daun pandan. kacau seketika, dan tutup periuk nasi. biarkan sehingga nasi masak dengan sendirinya. yang gunakan periuk nasi biasa, kena jaga2, takut nasi hangit pula!
Nasi yang baru dimasak..... 

bahan untuk ayam :

  • seekor ayam (sederhana kecil-tak besar sangat, tak kecil sangat) - ayam direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • madu
caranya:

  • selepas ayam ditoskan airnya, lumurkan ayam tadi dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, ayam tadi dibakar dalam oven.
sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.

ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.

bahan untuk membuat cili:

  • 5-6 tangkai cili merah - dibuang biji tau!
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos ikan
caranya:
  • cili merah, bawang putih, gula dan halia dikisar halus bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.
bahan untuk membuat kicap:
  • seulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • kicap pekat
  • sos tiram
  • sedikit sup
  • tepung jagung-untuk pekatkan kicap
caranya:
  • masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. bila dah mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5-6 sudu besar, dan kicap pekat juga dalam 5-6 sudu besar. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. siap....
ok, setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan sepertimana gambar pertama di atas tadi. hiaskan dengan salad, timun dan tomato.

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Saya sekeluarga peminat ikan keli. Kalau boleh setiap miggu mesti nak beli ikan keli. Masakan yang biasa dimasak untuk ikan keli selain sambal dan goreng begitu je, saya gemar masak ini....

Ikan Keli Masak Lemak Cekur
 Bahan2
  • Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
  • sedikit kunyit hidup
  • santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 10 helai daun cekur - dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :

  • Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
  • Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan ikan keli tadi.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Siap dihidang....
Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....

Daun cekur dan ubinya

Saturday, May 28, 2011

Begedil Daging

Resepi sempoi dan mudah....
Begedil Daging

Berkenan dengan begedil... suka akannya? Saya suka, ni cara saya buat begedil yang simple:
Bahan dan cara membuatnya:
- Kentang (direbus, toskan kemudian buang kulit dan tumbuk dengan lesung. Kalau nak ikut cara saya, mesti tumbuk dengan lesung,ok :-))
- Daging - (sukahatilah korang nak guna daging macam mana pun. Daging cincang ke, daging burger ke, daging biasa ke. Tapi saya gunakan daging burger oblong. Power punya ye! Daging ni korang masak dulu, pastu cincangkan bagi halus.)
- Daun sup dan daun bawang
- Lada sulah
- Serbuk daun basil (terpulang nak letak ke tidak. Saya letak sebab memang dah ada kat rumah.)
- Sedikit garam

*Semua bahan kat atas tu korang gaul je hingga mesra. Pastu bentuk2kan menjadi bentuk bulat. Celup dalam telur dan gorengkan kekuning2an. Siap la untuk dihidang...... Lebih sedap dimakan bersama soto atau bakso. (Lain kali kalau saya buat bakso, saya sharekan resepi kat sini)

*Kuantiti bahan, aci taram je.....( Fiza ni memang tak boleh jadi pakar masakan ye, dan tak boleh nak terbitkan buku masakan sebab tak ada talent pun.)

p/s: saya pernah tepek cara membuat begedil daging ni dalam SINI

Thursday, May 26, 2011

Puding Roti Sos Vanilla

Puding Roti Sos Vanilla
Saya pernah buat puding roti bersos kastad dulu. Tapi, kali ni resepi berbeza sikit.... saya dapat resepi dari blog adik Shila Dik, akak copy paste sini yer.... :-)


Bahan2:
8keping roti putih
4 biji telur
50gram gula
300ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
*Carik-carikkan roti dan tekan2 dalam loyang. Tabur kismis atau hirisan almond, letak nestum pon ok.
*Pukul telur + gula sampai kembang, agak2 kembang jer stop.
*Masukkan esen dan fresh milk, kacau.
*Tuang atas roti dan tekan2 supaya bahan2 di atas dapat meresap dalam roti. Biarkan kira2 10 menit dan bakar dalam oven 180celcius selama 45 minit.
*Sejukkan dan potong

Vanilla Sauce

Bahan
*300ml fresh milk
*50gram gula
*2 sudu besar kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
*1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
**Masakkan atas api susu dan gula sampai menggelegak.
**Masukkan esen dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak tutup api. Kalau rase cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.
**Tuangkan atas bread puding. Siap!

Bagi saya ada perbezaan rasa dan struktur pada puding roti ni. Ini bermakna ada 2 jenis puding roti yang saya pelajari. Pilih mana satu yang menjadi pilihan.

Wednesday, May 25, 2011

Bingka Keledek

Bahan-bahan:
2 cawan gula
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
600 gm keledek (boleh diganti dengan labu, atau keledek kuning. saya guna keledek putih)
500 ml santan / susu cair / susu segar
sedikit perasa vanila

Cara:
- Keledek direbus hingga lembut, kemudian lenyekkan hingga lumat.
- Masuk semua bahan dalam pengisar, dan kisar bahan sehingga halus.
- Masukkan bahan dalam loyang yang terlah disapu dengan marjerin/mentega.
- Bakar pada suhu 200 darjah calcius,  selama 40 minit hingga 1 jam.
- Tunggu sejuk, baru potong untuk dapatkan kuih yang solid n firm!

Wednesday, May 18, 2011

Home-made Roti John

Tutorial membuat roti john di rumah.... tak perlu lagi membeli di pasar. :-)

Bahan2:
- Roti Frankfurter (roti hot dog) - disapu sedikit marjerin)
- Telur gred AA
- Ayam - dimasak dahulu ( ala, goreng2 je atas kuali gunakan minyak yg sgt sedikit )
- Sosej - dipotong kecil2.
* ( boleh tukar nak citarasa apa pun, sardin lenyek pun boleh, tuna dalam tin pun boleh. Kalau ada lebihan kari ayam / daging lagi sedap )
- Daun sup dan daun bawang - dihiris
- Bawang besar - di potong dadu kecil
- Serbuk lada sulah sebagai perasa
- Sedikit marjerin / butter - untuk disapu pada roti dan oleskan pada kuali.

Cara membuatnya, (lihat gambarajah):
Satukan semua bahan kecuali marjerin dalam sebuah mangkuk. 
Kacau Rata.
Panaskan kuali leper, oleskan marjerin, 
dan letakkan bancuhan telur tadi  atas kuali secara memanjang. 
 Kalau kuali tu muat untuk 2 biji roti, jangan buang masa menunggu roti satu lagi siap. 
Buat je 2 biji terus macam dalam gambar tu.
Siap masak, angkat dan letakkan atas pinggan. 
Sapukan mayonis dan sos cili, letakkan salad. Katupkan roti.
Siap untuk di hidang, dan makan......
Kasi zoom sikit...... Hidangan untuk orang dewasa
Hidangan untuk kanak2 yang tak sukakan sos cili. 
Sekadar mayonis sebagai penambah perisa
Ini untuk Sofie dan Hijaz :-)
Senang je nak buat roti john. Buat sendiri lagi murah dan sedap... kita boleh ikut suka nak tambah apa dalam roti tu........ SELAMAT MENCUBA!

Monday, May 16, 2011

Sotong Masam Manis

Sotong Masam Manis


Bahan:
Sotong
Bawang besar
Sedikit minyak masak
Asam jawa
Sedikit air
Gula
Garam
Potongan cili merah sebagai hiasan

Cara memasak:
- Letak sedikit minyak masak dlm kuali, tunggu kuali betul2 panas.
- Masukkan sotong, dan gaul rata, masukkan air. Gaul lagi.
- Masukkan air asam jawa, kalau guna asam jawa adabi, tak payah bancuh dah. terus je masukkan...... Gaul rata lagi.
- Potong bawang besar, dan campak je dalam kuali tadi.
- Perasakan dgn gula dan garam. Disebabkan namanya sotong masam manis, lebihkan sedikit gula. Siap dihidang.....

Bubur Nasi Warisan Nenek

Bubur Nasi
Bahan2 untuk bubur nasi:
- 2 pot beras
- Seulas halia
- Sebatang kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- Ayam yang dipotong kecil
- Sepeket santan serbuk (itu je yang ada kat rumah)
- Air secukupnya (bubur nasi mesti air lebih ye)
- Garam, lada sulah dan sedikit gula sebagai perasa.
*campurkan kesemua bahan dan tanak nasi seperti biasa di atas dapur sehingga nasi menjadi bubur.

Bahan 'aksesori':
- Kacang tanah - digoreng dan ditumbuk (nak blend pun boleh, tapi jdn halus sgt, biar halus kasar2. Baru terasa kadcangnya )
- 2 ketul ayam - digoreng, dan diracik halus.
- Ikan bilis / udang kering - digoreng dan ditumbuk halus. (nak bg lagi halus, blend je)
- Sedikit lada putih - ditumbuk
- Bawang goreng - juga ditumbuk
- Daun sup - dihiris halus.
* Masukkan semua bahan dalam bekas besar, dan gaul rata. 

Wednesday, May 11, 2011

Nasi Dagang

Nasi Dagang
Boleh ye saya share resepi nasi dagang di sini.
saya bukan berdarah Pantai Timur, tapi, saya suka makan nasi dagang.
kalau malas masak saya beli je kat pasar, kalau rajin masak, saya akan masak sendiri.... Ini resepi saya.

Bahan2 untuk nasi: (resepi asal ibu saya)
- Beras nasi dagang - saya tak gunakan beras nasi dagang. saya gunakan 3 cawan beras biasa campur dengan 1 cawan beras pulut
- bawang merah, bawang putih dan halia dihiris
- 1 sudu kecil halba
- santan
- air
- sedikit garam
*satukan semua bahan, masak seperti biasa.

Untuk Gulai Ikan Tongkol:
- bawang merah, bawang putih dikisar halus
- rempah gulai nasi dagang
- ikan tongkol - direbus bersama asam keping dengan kuantiti air yang paras ikan sahaja/ boleh juga dikukus.
- asam keping
- santan

- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit gula merah (terpulang nak letak atau tak. saya letak sebagai penambah perasa)

Cara
* satukan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus bersama rempah gulai nasi dagang dalam periuk. Kacau rata.

*masukan santan, kacau lagi. Buka api, dan masak dengan api perlahan sehingga gulai mendidih.

*Bila dah mendidih, masukkan ikan tongkol, asam keping dan cili padi. Biarkan ia masak rata. Jangan dikacau selalu, dikhuatiri ikan hancur. Kacau dengan lemah lembut.

* Perasakan dengan garam, gula dan gula merah (kalau nak guna).

* Dah mendidih, rasa pun dah sebati dan enak, sila tutup api. Siap untuk dihidang.

Untuk Acar Timun
- Timun
- Nenas
- Cili merah
- Bawang besar
- sedikit garam, gula
- Sedikit cuka makan

* Timun, nenas, cili merah dan bawang besar dipotong ikut la korang nak potong macam mana. Dan satukan semua bahan dalam mangkuk, gaul.



Rempah Gulai Nasi Dagang

Sunday, May 8, 2011

Kek Lapis Asam Hawflakes




Bahan-bahan
150gm mentega
75gm gula kastor/ gula halus
3 sdm susu pekat
4 sdm kaya asli
1 sdt esen vanila
4 biji telur saiz AA
1 sdt ovellet
*180gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
1 sdt pewarna kuning
1 sdt pewarna hijau
30ml susu cair
Asam hawflakes secukupnya

Cara
- Pukul mentega bersama gula halus dan ovelllate sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga sebati.
- Masukkan susu pekat, kaya, esen vanila, tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
- Masukkan juga susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, kuning dan hijau.
- Tuang satu atau 2 senduk bancuhan kuning dalam loyang, ratakan, dan kukus selama 4 minit.
- Kemudian, susun asam hawflakes, dan tuang pulak bancuhan hijau. Selang selikan bancuhan sehingga habis.
Setiap lapisan, kukus selama 4 minit..
- Akhir sekali, kukus selama 10-15 minit. Sejukkan, dan potong......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...