Friday, October 21, 2011

Roti Tuna Keju

Assalamualaikum....
Roti lagi.... sebab sekarang memang tengah giler meroti. Kali ni buat roti berinti tuna bersama keju. Inspirasi dapat dari sebuah buku resepi Roti & Kek, tapi saya tak gunakan resepi doh dari situ. Saya ambil resepi doh dari CMG. Sebab CMG punya resepi memng terbaik!


Resepi untuk doh saya ambil dari CMG (http://www.tiffinbiru.com/2011/10/roll-tuna-bun-jadi-bujur.html)

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)



CARA MEMBUAT DOH :-)
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).


 Inti Tuna :
Tuna dalam tin (saya gunakan tuna flake cap ayam, yang dalam sunflower oil tu)
Sedikit mayonis
1 biji bawang besar, dipotong dadu
Sedikit daun sup dan daun bawang
Air perahan limau (1 biji)
Sedikit lada sulah
*Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.

Topping
Keju keping (di potong 4 bahagian)
Mayonis
Italian herb (optional, kalau letak lagi sedap. Ada aroma seperti pizza gitu :-))


Cara membuat roti tuna:
- Apabila doh roti sudah naik mengembang, bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (satu bahagian 25gm. Untuk bancuhan ini, saya dapat menghasilkaln 22 biji doh. 

- Bulat2kan doh, dan leperkan semula untuk memasukkan inti tuna. Kemaskan doh. Masuk ke dalam paper cup, dan biarkan roti mengembang sekali lagi. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius.

- Dan apabila doh sudah mengembang sepenuhnya, sapukan lebihan telur di atas permukaan roti. Letakkan keju keping (1/4 keping untuk 1 bahagian doh). Picitkan mayonis ikut suka, dan taburkan sedikit Italian herbs.

- Bakar dalam oven selama 12-15 minit.

Alhamdulillah, roti ni sangat sedap. Sampai ke pagi pun, roti tetap lembut dan gebu. Suami dan anak2 pun suka makan...... Terima kasih CMG atas resepi doh yang sangat menjadi ni... :-)

Monday, October 17, 2011

Bun Kentang

Assalamualaikum....
Lama dah nak buat roti/bun kentang ni. Lama juga resepi yang diambil dari blog CMG ni tersimpan lama.... Akhirnya, buat juga.... Sorry, gambar kurang menarik, sebab guna kamera henfon. Belum beli kamera baru sebagai ganti kamera yang rosak tu......


 Sumber resepi : http://www.tiffinbiru.com/2010/12/roti-kentangsesuai-untuk-sarapan.html

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner


Bahan Kastard - Resipi Mat sendiri :-)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...




Insya Allah, lain kali nak buat lagi roti kentang ni. Anak2 suka, lagi2 makan dicicah dengan air..... Terima kasih CMG! :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...