Thursday, December 13, 2012

Cakoi & Sos Kastard Manis

Hai.... Selamat malam dan Assalamualaikum.
Suka makan cakoi? Semua orang suka rasanya. Anak2 saya memang gemarkan cakoi. Pantang nampak orang jual tepi jalan, mesti minta dibelikan. 4 seringgit, kan? Ke 3 seringgit ye? Cakoi memang sedap, lagi2 makan bersama sos manis. Tapi.... sos manis yang selalu beli tu, alahai..... macam kedekut tepung je si penjual. Apa la salahnya lebihkan sedikit tepung kasi pekat sikit. Bila sosnya pekat, bila cakoi dicicah barulah terasa uuummmppphhhhh, kan. Ini tak, cicah cair je. Tak melekat pun kat cakoi.

Hari ni buat cakoi. Belajar2 nak buat sendiri. Mencari resepi.... owh mudah amat. Lagi2 dengan adanya robot si tukang uli doh. Mudah amat. Tak penat langsung.....


Cakoi
Sumber : Kongsi Resepi

Bahan-bahan:
400gm tepung gandum ~ di ayak
1/2 soda bikarbonat ~ ayak bersama tepung
1 cawan air
1 sdb marjerin ~ dicairkan
1 sdk garam
1 sdb gula
1 sdb susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sdk yis segera

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
1. Satukan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar . Kacau agar sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan diatas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari .Biarkan selama setengah jam .bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6.Rendamkan lidi di dalam air . Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut .

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng keperangan.

* Saya menggunakan khidmat robot untuk menguli. Bread maker la tu.... Masuk semua bahan ikut urutan BM, dan tekan SET 8 DOUGH. Biarkan BM melakukan kerja. Dan terus sambung pada langkah 4. Sementara BM buat kerja, bolehlah siapkan sosnya.


Sos Kastard Manis

Bahan-bahan
1 1/2 sdb tepung kastard
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air biasa
5 sdb gula
2 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana, kacau sehingga gula hancur dan bancuhan agak likat dan berkilat. Kalau bancuhan terlampau likat, boleh tambah air sikit. 

Selamat mencuba la yer....
Sekian buat waktu ini.

Sunday, November 25, 2012

Kek Batik ~ Kenangan 15 tahun lepas ~

Teringat dulu, masa pertama kali membuat kek batik.... saya baru berusia 16 tahun, tingkatan 4. Masih muda belia. Belajar dari seorang senior sekolah. Saya duduk asrama ketika itu. Suka dengan kek batik yang dibuat oleh kakak senior itu. Duduk satu bilik dengan kakak senior itu, tiap kali pulang dari kampung, malam tu, kami satu bilik bersama2 kawan2 lain selalu berkumpul untuk makan2. Pada masa itu, masing2 akan keluarkan segala aneka makanan yang dibawa dari kampung. Owh.... manisnya kenangan ketika sekolah. :-)


Hari ni tiba2 rasa macam nak makan kek batik. Lama dah saya tak membuatnya. Rasanya kali terakhir saya buat kek ini 2 atau 3 tahun lepas. Masa tu buat pun sebab nak jamu tetamu yang datang. Lepas tu, langsung tak membuatnya. Sehinggalah, pada minggu lepas, saya menonton rancangan 5 Rencah 5 Rasa, oleh Chef Sherson di TV3. Tema masakan minggu itu ada minum petang tak silap. Chef Sher buat pulak kek batik. Alahai.... terus kecur air liur. Bukan susah pun nak membuatnya. Cuma...... ehem...ehem..ehem.... Paham2 je la.

Ok, ini resepi mudah kek batik saya.....

Kek Batik
Bahan:
200 biskut Marie - dipotong 4
200 gm mentega
1 cawan Milo / serbuk minuman koko - Saya guna serbuk minuma koko Aeman
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/4 cawan air panas
1 biji telur


Cara buat:
- Ketepikan biskut Marie yang telah dipotong 4.
- Alas loyang dengan baking paper atau plastik. Saya tak buat pun, malas.....
- Panaskan kuali.
- Masukkan mentega, cairkan.
- Masukkan serbuk koko, serbuk minuman koko/ Milo, air panas dan susu pekat. Masak sehingga kesemua bahan ini sebati dan pekat.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau dengan cepat. Ini merupakan langkah yang penting bagi memastikan telur masak serata.
- Akhir sekali masukkan biskut Marie dan gaul rata.
- Masuk dalam loyang, dan ratakan. Tekan2 adunan supaya lebih kemas dan mampan.
- Masukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang.....

 - Sedap dimakan ketika sejuk, terasa crunchy2 biskut Marie tu.....


Kepada adik2 yang baru nak belajar buat kek, mari mulakan dengan membuat kek batik yang mudah ini.
Sekian buat waktu ini.....

Thursday, November 22, 2012

Hitam Putih kek Coklat

Inspirasi ini daripada Black and White Russian Cake. Nama asal kek ini amat mewah, dan ia juga dianggap kek yang mewah sebenarnya. Siapalah yang mencipta kek ini yer... tapi, kredit la untuk si pencipta kek. Bagi inspirasi untuk peminat kek seperti saya. Hitam putih kek coklat adalah nama yang saya reka sendiri untuk disesuaikan dengan diri saya yang berasal dari keturunan jawa. Hahahaha.... Saya bukan orang Rusia!


Saya paksa diri cuba membuat kek ini bila ada orang tanya saya, bolehkah saya membuat black and white russian cake? :-) Sejujurnya, sebelum ini memang saya belum diberi kesempatan untuk mencuba resepi kek ini. Walhal resepinya sudah ada. Setiap kali online, asyik la membelek dari satu blog ke satu blog berkaitan dengan kek ini. Siap menonton video sekali. Tapi, nak mencubanya.... alahai.... bercinta!

Di saat cuti sekolah ini, tempahan roti pun tiada, dengan stok cream cheese yang masih berbaki di dalam peti sejuk, saya gagahkan diri dan perasaan untuk mencuba kek mewah ini. Inspirasi utama saya membuat kek ini ialah dari blog kak Ita. Tengok gambar black and white russian cake dalam blog dia.... alahai... kecur air liur.    Tapi saya ada la derhaka sikit, memandangkan stok cream cheese saya yang tinggal sikit. Kak Ita buat 3 layer, tapi saya terpaksa buat 2 je. Sapuan frosting kak Ita pada keseluruhan kek pun sangat2 mengujakan.

Kek pun saya derhaka. Saya tambah dark chocolate pada bancuhan kek, jadi rasa kek.... wallahhhhh..... Pada pengamatan saya, kek untuk kek ini menggunakan kek coklat lembap. Jadinya, saya hanya menggunakan resepi kek coklat lembap sebagai asas keknya.

Saya ni pulak, disebabkan buat hanya untuk makan anak2, jadi sapuan frosting cincai2 je. Cream cheese sikit, jadi sapuan pun tak banyak mana. Cukup sekadar untuk disapu seluruh sebagai penutup kek. Tak nak bebel panjang2, saya mahu kongsikan resepi yang saya gunakan untuk membuat kek yang agak mewah ini.

Kek Coklat Lembap:
Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
200gm mentega
250gm dark chocolate

- Panaskan semua bahan ini secara doubler-boiler sehingga semuanya sebati. Bila mentega dan dark choc dah cair, dan bancuhan kelihatan berkilat, tutup api dan ketepikan seketika.

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
- Ayak semua bahan ini

Bahan C 
4 biji telur - Gred B. Kalau guna telur gred A, 3 biji dah cukup
- Dikisar dengan pengisar. Tapi, saya malas nak buka blender, saya pukul je dengan garfu. Pukul dengan kuat sehingga berbuih. Letih gak la tangan.....

Caranya:
- Panaskan air kukusan.
- Masukkan bahan A dalam bekas yang lebih besar.
- Masuk bahan B diselangselikan dengan bahan C - dahulukan dengan B dan diakhiri dengan B juga. ( B-C-B-C-B)
- Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Griskan loyang 8" dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.
- Masukkan bancuhan kek ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil. Jangan dikemaskan pada bahagian mulut loyang, sekadar letak begitu sahaja sehingga menutupi loyang.
- Biarkan kek dikukus selama 1 jam atau kek dimasak dengan sempurna.
- Bila kek sudah masak, biarkan seketika dalam 15 minit, kemudian terbalikkan untuk disejukkan....
- Apabila kek sudah sejuk, belah kek kepada 3 atau 4 bahagian. Saya belah 3 bahagian sahaja.

Kek ini sudah sejuk, saya alihkan pada pinggan leper supaya mudah untuk dibelah 3. 
Kalau ada papan kek, lagi senang. Saya tiada stok masa ni.
Tengok hasil kek, tinggi, kan?

Bahan untuk Chocolate Ganache saya menggunakan resepi saya sendiri. Mudah dan tak memerlukan bahan yang banyak. Saya tak guna resepi Kak Ita sebab banyak bahan yang kak Ita guna tiada dalam stok saya. Kalau mahukan resepi Kak Ita, boleh tengok kat blog Kak Ita. Saya dah bagi link kat atas. Sila scroll atas....

Chocolate Ganache (Versi saya):
500gm dark chocolate - saya guna dark chocolate Beryl`s
200ml susu segar
50gm mentega
- semua bahan dipanaskan secara double-boiler sehingga chocolate dan mentega cair.
- Bila chocolate dah sejuk, masukkan dalam piping bag. Saya masukkan dalam plastik je. Simpan dalam peti sejuk supaya ia mengeras sedikit.

Frosting Cream Cheese:
250gm cream cheese Philapedia (lain kali kena lebihkan sikit)
30gm mentega
100gm gula kastor
1 sdb susu segar
1 sdt esen vanilla
1 sdt jus limau
- Pukul cream cheese dan mentega sehingga creamy, masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan lain, dan sebatikan.
- Saya masukkan dalam plastik dan simpan seketika dalam peti sejuk.

Cara membuat black and white russian cake adalah seperti berikut:
1. Belah kek kepada 3 atau 4 bahagian, bergantung pada banyak mana cream dan chocolat yang anda ada. Saya sendiri hanya belah 3 bahagian kerana stok cream yang kurang. Letakkan kek atas pinggan leper atau papan kek. Kalau tak de papan kek pun tak mengapa, boleh gantikan tudung periuk yang sama saiz dengan kek atau lebih besar sedikit.

2. Buat bulatan sebesar syiling 50sen ditengah2 kek yang telah dibelah, dan diselang-selikan dengan chocolate ganache. Buat sehingga habis untuk 2 keping kek sahaja. Kalau belah 4, buat lingkaran itu pada 3 keping kek. Simpan kek dalam peti sejuk seketika, dalam 10minit la gitu.

Buatlah dengan cermat supaya hasilnya lebih baik. Saya buat ni, lepas maghrib, dan tiba2 si kecil saya menangis. Kelam kabut saya menyiapkannya. Tengoklah hasil..... sangat tidak puas hati. Jeling sikit pada kepingan kek sana tu.... saya gunakan tudung periuk je :-)

3. Setelah keluarkan lapisan2 kek dari peti sejuk, tindihkan satu keping kek di atas lapisan kek yang bawah. Begitulah seterusnya.... salutkan kek dengan frosting cream cheese secara menyeluruh. Tebal sikit pun ok. Macam yang saya beritahu tadi, stok cream cheese saya terhad, jadi saya hanya sapu nipis.

4. Tuangkan lebihan chocolate ganache dan goyang2 kek perlahan2 supaya chocolate jatuh dengan sendiri.

5. Hiaslah kek anda ikut kreativiti anda sendiri.

Ini hasil yang saya buat untuk anak2 saya. Saya cuma parut dark chocolate pada permukaan atas kek dan tepekkan dengan coklat urai pada sisi kek. Simple je...... :-)

Saya paksa suami saya merasa kek ini. Memandangkan suami saya memang jenis tak suka makan kek, jadi, dia makan sikit je. Huhuhuu.... Kek apa pun, kalau bagi kat dia, memang dia jamah secubit dua je. Jadi, kalau tak offer kat dia pun tak pe eh. Kat rumah ni, yang hantu keknya anak kedua saya, Amniy juga Sofie. Mereka berdua memang gemar kek macam ummi mereka. Hijaz juga gemar, cuma tak sehebat Amniy dan Sofie.

Operasi membedah kek .... Sangat tak sabar nak tengok hasil dalamnya

 Belek2 lagi sebelum berkongsi kek mewah ini dengan jiran kiri kanan rumah

Selepas berkongsi dengan jiran, tinggal la separuh je kat rumah ni.

Pada saya, kek ini sedap. Rasa kek coklat lembap dengan gabungan rasa cream cheese yang sedikit masam, dan setiap gigitan kek akan terasa coklat kemasaman. Masam datang dari cream cheese. Memang sedap la...... Kalau chocolate ganache ikut resepi Kak Ita, mesti lagi sedap rasanya. Dengan rasa coklat yang berjel lagi..... Mmmmm, susah nak terangkan rasanya.

Jadi, sesepa penggemar kek yang belum mencuba buat sendiri kek ini, silalah cuba ye. Agak remeh tapi, puas hati. Adakah selepas ini saya akan menjual kek ini? Tengok la nanti macam mana. hehehe...

Sekian buat waktu ini :-)


Sunday, November 18, 2012

Kuih Cara Berlauk Tuna Telur

Assalamualaikum.... selamat petang.
Apa menu petang ni? Kat tempat saya hujan.... perut dah kenyang. hehehehe

Pagi tadi bersarapan kuih cara. Anak saya minta kuih cara berlauk. Sedap sangat kalau lauk tu lauk daging lembu. Tapi memandangkan encik suami tak boleh makan daging, saya bercadang nak buat lauk sardin ke... tapi..... sardin juga encik suami tak boleh makan. Akhirnya ambil keputusan untuk jadikan tuna sebagai lauk.

Saya pernah post resepi kuih cara ni dulu. Tapi tu saya gunakan daging burger oblong. Refer SINI please...


Bahan untuk Inti:
1 tin tuna flake in olive oil (nak guna tuna yang lain pun ok je)
2 biji telur - goreng hancur dulu
1 biji bawang holand - dipotong dadu kecil
2 batang cili merah - dihiris
Hirisan daun sup secukupnya
1 biji jus limau kasturi
Bahan perasa garam dan sedikit gula

Bahan untuk kuih cara:
2 cawan tepung gandung
1 peket santan serbuk
1 biji telur
3 cawan air
Sedikit garam 
Sedikit pewarna kuning/hijau

1 sudu besar minyak masak - utk elakkan kuih melekat pada pan cara.


Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan tuna. Tak perlu minyak kerana tuna sudah ada minyak zaitun. Kacau rata. Masukkan bawang holand yang dipotong dadu, telur hancur, cili merah, dan perasakan ia. Masukkan daun sup, dan jus limau. Kacau rata. Ketepikan.... Kemudian, bancuh tepung untuk kuih cara. Sebelum menbancuh tepung, panaskan pan acuan cara anda dengan api sederhana.

Untuk bancuhan kuih, campurkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian, masukkan bancuhan dalam acuan kuih cara, dan letakkan sedikit lauk di atas bancuhan kuih cara tersebut. Tutup acuan dengan tudung periuk, dan biarkan ia masak selama 5-7 minit. Gunakan api sederhana. Jangan besar sangat, nanti kuih cepat hangus.



- Apabila sudah masak, angkat kuih dengan menggunakan sudu.

Disebabkan lauk sedikit pedas, saya lebihkan sedikit tepung untuk membuat kuih cara manis. Kuih cara manis untuk si kecil saya yang berdua tu. Cara yang sama dengan kuih cara berlauk, cuma selepas isikan bancuhan tepung ke dalam acuan cara, masukkan sedikit gula. Tutup pan dengan tudung periuk, dan biarkan ia masak sepenuhnya.


Kalau makan kuih cara manis, saya teringat masa kecil2 dahulu. Terfikir, macam mana kuih ini boleh ada air gula dalamnya. Hehehehe...... Pandaikan orang2 dulu mencipta resepi. Kekal sampai sekarang..... :-)

Oooooppppssss, lupa pulak. Kelmarin buat kuih cara gak, tapi inti kaya. Boleh tengok SINI untuk tutorialnya sekali. :-)


Sekian buat waktu ini........
Wassalam.......

Kek Coklat Berkaramel

Berderet gambar masakan dalam file saya. Masing2 sedang menunggu giliran untuk diupdate kat sini. Hai la empunya blog.... kenapa kamu sangat2 sibuk sampai tiada masa untuk jeling2 manja ke mari. Uhuk...uhuk...uhuk....

Ok, disebabkan sudah agak lewat malam, so, saya nak update resepi kek karamel. Tapi, kek karamel ni agak lain sikit dari kek karamel biasa. Ia diberi nama caramel chocolate cake. Puding karamel saya agak tebal. Jadi tak mahu ambil risiko, saya kukus seketika pudingnya sebelum masukkan adunan kek. Kalau rasa mampu tanggung risiko, tak yah la kukus dulu. terus je bakar. Heheheh.... Takut je karamelnya runtuh. Al-maklumlah, ini karamel tebal punya. :-)

Mari kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.


Bahan-bahan karamel:
2 sudu besar gula pasir - ratakan dalam loyang ukuran 8'', dan panaskan atas api sehingga gula menjadi keperang2an dan ratakan seluruh loyang. Ketepikan dan biarkan ia mengeras.

Panaskan air kukusan, sementara itu sediakan bahan2 untuk membuat pudingnya.

Bahan-bahan puding karamel:
1 tin susu cair
150 ml air biasa
3 biji telur kuning
1 biji telur penuh
70 gm gula
1 1/2 sdt tepung kastard
- Kisar semua bahan sehingga gula hancur. Tapis adunan ini ke dalam loyang tadi, dan kukus selama 7-10 minit.
- Sementara menunggu puding siap dikukus, siapkan adunan untuk kek coklat pula.


Bahan-bahan kek:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
* Ayak semua bahan tersebut

Bahan B:
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
* Satukan semua bahan ini dalam mangkuk

Bahan C:
1 cawan air panas

Cara membuatnya:
- Pukul bahan B sehingga kembang dan gula hancur.
- Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan.
- Panaskan oven 160 darjah celsius.
- Masukkan adunan kek ini ke atas puding karamel yang telah dikukus tadi.
- Bakar kek dengan kaedah double-boiler selama 45 minit.
- Sejukkan kek, baru terbalikkan dalam pinggan.


Untuk rasa kek yang lebih sedap, masukkan dala peti sejuk dulu. Kek karamel jenis ini sudah ramai orang membuatnya, tapi saya tetap mahu simpan resepi ini di sini sebagai rujukan saya. :-)

Wednesday, October 10, 2012

Puff Pastri Inti Daging

Assalamualaikum.....
Hari ini pertama kali saya membuat puff pastri. Oooopppssss, puff pastrinya beli readymade. Tak reti2 nak membuatnya. Dah tengok2, nak membuat puff pastri agak rumit. Perlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkannya. Jadi, cik suami beli je yang readymade kat supermarket. Dan.... Insya Allah, saya akan cuba juga untuk membuat puff pastri sendiri. Kena tunggu si Amal kecik tu betul2 stabil dan tak banyak ragam. Tak pasal2, baru umminya nak start bancuh tepung, si kecik buat hal. Tak ke haru jadinya....


Terus pada point ok..... Saya buat puff pastri daging ni sebagai sarapan pagi tadi. Dapat la cik suami dan anak2 merasa sebelum ke sekolah. Saya buat 2 jenis inti tadi, daging dan tuna, tapi...... sob...sob...sob.... pastri yang inti tuna habis dikerjakan dek anak2 dan suami. Tak sempat nak berposing maut. Ni pun ditinggalkan 2 ketul untuk ummi yang belum merasa.....


Mari kita lihat bahan2 untuk membuat puff pastri daging.
Bahan-bahan Inti:
200 gram daging kisar
3 biji kecil bawang holand /kuning - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk kari daging / ayam
Sedikit oregano atau Italian Herbs - tak de pun tak pe
Hirisan daun bawang dan daun sup
Perasa garam dan gula
2 biji limau kasturi

Bahan lain yang diperlukan:
Puff pastri readymade jenama 'KAWAN'
Telur sebagai sapuan

Cara memasak Inti:
- Panaskan kuali dengan sedikit marjerin / butter / minyak.
- Masukkan bawang holand yang dipotong dadu, kacau sehingga agak layu.
- Kemudian, masukkan serbuk kari daging, masak sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging empuk dan bawang holan layu lagi.
- Taburkan dengan serbuk oregano atau Italian Herbs.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Perahkan air limau kasturi, kacau sehingga inti kering sedikit.
- Tutup api, dan taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong hiris tadi. Sejukkan seketika.....

Cara membuat puff pastri daging :
- Panaskan oven seketika, suhu 190 darjah celsius selama 10 minit.
- Ambil sekeping puff pastri KAWAN.
- Masukkan 1 sudu besar inti, dan lipat ikut suka anda. Mahu berbentuk 3 segi atau 4 segi.
- Tekan tepi puff dengan garfu, dan kelar2 atas pastri tadi.
- Susun dalam dulang pembakar
- Ulang sehingga siap.
- Bakar puff pastri anda selama 20-25minit. Tips: Kalau oven anda mempunya kipas, sila ONkan kipas untuk mendapatkan hasil pastri yang rangup.


Sebenarnya, saya kurang puas hati sangat dengan hasil pastri saya kali ni. Sebabnya, buat pagi2 agak kelam kabut. Anak2 pula nak ke sekolah. Jadi aci tarah je pastri tu. Tu yang nampak macam kureng sikit. Kalau nak buat lagi, kena buat time cuti sekolah ke.... boleh la buat shantek-shantek. Apapun, respon dari anak2..... memang uuummmmppphhh!!!! Ahak! Ye la, readymade, kan? Cer puff tu ko buat sendiri. Agak2 jadi tak cam ni.

Satu cabaran untuk saya cuba membuat puff pastri sendiri. Alahai.... bila agaknya mahu mencubanya ye. Tak boleh jadi, kena cari bahan juga. Insya ALLah, nanti bila saya dah cuba, saya akan update sini untuk dikongsikan bersama. :-)


Kawan2, kalau pergi shopping2 kat supermarket tu, jangan lupa jeling2 kat bahagian frozen ye. Nampak puff pastri jenama 'KAWAN', sambar je...... Ish, macam tukang iklan jer..... kena minta royalti ke cam mana eh! :-)

Selamat mencuba!!!!!!

Saturday, September 29, 2012

Dulce de Leche.... sos karamel susu!

Assalamualaikum....
Maaf ye, dalam berpantang hari tu, tak de masak2. Kalau ada pun masak simple2 utk makan anak2. Sekarang dah 2 bulan lebih, baby Amal pun dah agak besar dan cerdik, boleh la mulakan aktiviti dulu. Kalau sempat update, insya Allah saya akan terus update.

Gambar ihsan pak Google

Lama saya mencari resepi karamel susu sebegini. Tanya dengan rakan2, namanya tak reti nak menyebut. Dulce de eche ke, atau dulce le leche.... tak tau la sebenarnya gunakan 'le' atau 'de'. Hehehhe... Melalui pembacaan saya, ia seperti karamel, tapi karamel dibuat daripada gula yang dipanaskan, manakala dulce de leche dibuat daripada susu pekat manis. Ia merupakan satu sajian dessert yang berasal dari negara2 Selatan Amerika termasuk Argentina dan Uruguay.

Biasanya, karamel susu ini banyak didapati pada coklat2, gula2, dijadikan filling muffin, dijadikan topping kek keju, kek coklat juga sebagai sapuan pada roti. Rasanya amat2 manis, kerana ia sepenuhnya daripada susu pekat manis. Untuk membuat sos karamel susu ini, prosesnya sangat2 mudah dan senang, tapi mengambil masa yang sangat panjang. Sabar menunggu sangat perlu.

Bahan yang diperlukan:
1 tin susu pekat manis (ikut review, brand FnN lebih baik, sedap dan cantik warnanya. Tapi, saya silap, untuk kali ni saya hanya gunakan susu brand Tea Pot)
Air
Periuk (gunakan rice cooker pun boleh)

Caranya:
- Tanggalkan label pada tin susu.
- Masukkan tin yang berisi susu itu ke dalam periuk yang penuh dengan air. Jangan buka tinnya.
- Rebus selama 3-4jam...... Sabarlah menanti.
- Sudah selesai merebus, sejukkan seketika. Buka tin, dan lihatlah hasil karamel susu yang menyelerakan....

 Ni hasil 4jam saya merebus.... 
Warnanya saya masih belum puas hati, mungkin kerana brand susu yang gunakan.
Atau bagaimana? Mungkin ada pakar2 boleh tolong saya bagaimana mahu dapatkan karamel susu yang lebih gelap dan lebih likat.....
Perlukah saya merebus lebih dari 4 jam? 5jam mungkin......

 Nak simpan dam peti sejuk....

Dijadikan topping pada kek coklat.
Kek haruslah kurang manis.

Selepas ini saya akan memperbaiki karamel susu saya ini, supaya warnanya menjadi lebih coklat gelap sedikit, dan strukturnya lebih likat dan pekat. Insya Allah, saya akan cuba susu FnN pula lepas ni. Terima kasih pada sahabat saya, Shila yang baik hati atas tip dan tunjuk ajar yang diberikan. Shila memang best, kek dia.... superb! Hehehhe....

Ok, sekian untuk waktu ini. Jumpa lagi dalam resepi yang lain akan datang. :-)

Friday, June 15, 2012

German Cookies

Salam bahagia semua....
Lagi sekali buat hal si penulis blog ni... senyap sunyi manjang. Alahai, sibuk amat, lagi2 hamil dah masuk minggu ke 32 ni, lagi la masa terhad. Dengan bangganya nak beritahu, saya telah tutup semua order utk aneka roti sebab sangat2 tak larat nak membuat roti dah. Bila perut makin ke depan, roti pun asik hampeh je. Penat la buat roti ni. Sesekali buat untuk makan anak2, memang seronok. Tapi, kalau dah ngadap hari2 pagi petang dan malam, mau tak termuntah ijonya..... Akhirnya, terpaksa diputuskan berhenti seketika membuat roti sehinga selamat melahirkan dan habis tempoh berpantang.

Bila empunya blog dah melalut, semuanya nak dikecohkan. Sebenarnya nak share satu resepi yang saya telah dapat lama dulu, tapi belum sempat2 membuatnya. Bila dah tak buat roti ni, baru boleh cuba resepi ni. Resepi biasa je, ramai orang dah cuba buat. Saya je baru terhegeh2 mencuba. Sebenarnya, resepi ni saya dapat dari kawan RH, Della.... intai2 resepi dia, alahai senang amat. Ikut mood rajin ke tak nak membuatnya. Tapi akhirnya, selamat sudah..... dan selamat juga balang tu kosong. Pernah dengar germen cookies, kan? Tentu la pernah..... Lepas ni, boleh try test utk persediaan cookies di hari raya......


Rasanya sangat2 la enak. Kalau sampai cik suami kata cookies ni, sedap, anak2 request minta repeat lagi, memang confrim, cap jari ini ialah cookies yang enak..... rasanya lemak dan mencair je dimulut.....

Mari, saya tepek resepi di sini buat panduan dan simpanan saya.



Germen Cookies (Sumber: FB Della)

Bahan-bahan:
250 gm butter
80 gm gula aising
250 gm tepung kentang (boleh dapat di kedai2 bakery)
160 gm tepung superfine (saya guna tepung gandum biasa yang diayak 3-4 kali)

Cara membuatnya:
- Pukul butter bersama gula aising sehingga sebati.
- Masukkan tepung kentang dan tepung gandung superfine. Gaul dengan menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh.
- Bulat2kan dan tekan dengan garfu.
- Hiaskan dengan love deco atau ceri merah. Nak kosong tanpa hiasan pun boleh.
- Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit.



Haaa.... mudahkan? Simple sesangat. Buang siM, maka akan terhasillah cookies yang enak ini.

Tuesday, April 17, 2012

Kek Lobak Merah Chocolate chip

Salam semua.....
Entry pasal kek pulak ye. Hai.... panjang la pulak nama kek ni..... Orang lain lama dah buat kek ni. Saya pulak baru pertama kali mencubanya. Bukan tak nak cuba sebelum ni, tapi tiap kali nak buat kek ni, beli je lobak merah, pasti si lobak habis dibuat sayur. Tak sempat nak mengekek. Kali ni, saya tekad..... nak juga mengekek dengan si lobak merah. Meskipun lobak merah di peti sejuk tinggal 3 batang, tak danya saya peduli. Habis, beli la lagi, kan?

Resepi asal untuk kek ini saya dapat dari seorang teman dari FB Hidangan Sedap, kak Reen Khan Shariff. Tapi ada buat penambahan sikit. Simple sangat membuatnya. Saya tak guna mixer pun, cuma kisar dengan blender dan kacau guna senduk kayu je. Malas nak keluarkan mixer pun iyer... Hihihihi....

Tak secantik orang lain punya, Tapi serius, kek ni memang sedap.
Jom tengok resepi;
Sumber Asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=411559848854954&set=o.158397134229582&type=1&theater

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dihiris halus (saya parut)
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Daisy)
1 cawan gula halus (saya guna gula perang, sebab gula halus habis)
3 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1 sdt baking powder
- ayak bahan bertanda *
1 cawan chocolate chip (ini kak reen tak guna, saje saya tambah)
Sedikit emping jagung sebagai hiasan atas (ini pun kak reen tak guna, saje saya tambah)

Cara-cara membuat:
- Kisar lobak yang telah dipotong kecil bersama minyak, gula dan telo sehingga lobak hancur. Masukkan dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit, kacau rata dan sebati.
- Parutkan lobak merah ke dalam mangkuk adunan tadi. Gaul sebati.
- Masukkan chocolate chip, gaul rata lagi.
- Sediakan oven pada suhu 160-170 darjah celcius (bergantung pada oven masing2)
- Sapukan loyang dengan mentega sehingga rata, dan taburkan tepung. Nak lapik guna baking paper pun boleh. Saya tak de baking paper.
- Masukkan adunan dalam loyang pembakar, dan bakar selama 20-30minit. Sebelum bakar, hiaskan permukaan atas kek dengan lebihan chocolat chip jika suka. Saya tambah emping jagung sikit sebagai hiasan atas. Saje jer..... :-)

* Nak buat kek cawan pun boleh, masukkan je dalam paper cup. Kek ini juga boleh dicampur dengan buah-buahan campuran atau kismis kalau tak minat dengan chocolate chip.

Baru lepas keluar oven..... Aromanya, aduhai.... satu rumah ok!
Carrot Cake!
Mudah je sebenarnya nak membuatnya. Terpulang pada kerajinan juga sebenarnya. Kalau penyakit M datang, saya rasa, saya pun malas kot nak buat. Selama ni dok sibuk nguli tepung untuk roti, nak cuba buat kek yang lain, tak sempat.... dan bila dah penat, memang la malas. Tapi, sebab hari ni tak uli tepung, saja rajinkan diri mencubanya walaupun agak terlewat berbanding orang lain. :-)

Friday, April 13, 2012

Roti Daging Berkeju

Salam pagi Jumaat.....
Sekali lagi, sepi pula halaman ini. Dan baru inilah ada masa untuk mengupdate sesuatu di sini. Sekali lagi, roti.... roti, roti dan roti...... Muka empunya blog pun dah naik macam gebu roti.....

Roti daging berkeju ini merupakan salah satu punca side income keluarga saya. Ramai yang menggemarinya. Dan tiba-tiba hati terusik untuk berkongsi resepi ini dengan semua.


Bahan-bahan untuk doh roti:
500gm tepung berprotien tinggi (tepung roti)
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin. Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)
- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.

Bahan untuk inti daging:
Sediakan bahan inti ketika doh dalam proses mengembang
1 keping daging kisar (saya gunakan daging kisar Ramly)
3 biji bawang holland - dipotong dadu kecil
1 sdb serbuk rempah kari daging
1 sdb serbuk rempah kurma
1 sdb butter
Sedikit Italian Herbs (optional)
2 cawan air ( lebih kurang)
Garam dan gula sebagai bahan perasa
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Hirisan daun sup dan daun bawang

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan butter. Biarkan ia mencair.
- Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu. Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, kacau rata.
- Masukkan pula rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan terus tambahkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau. Sekiranya air kurang, boleh ditambah. Biarkan daging masak sehingga empuk.
- Taburkan dengan Italian Herbs, Kacau lagi.
- Apabila daging sudah masak, biarkan sehingga daging kelihatan kering. Tambahkan perasa garam dan gula.
- Tambahkan jus limau. Dah betul2 kering, tutup api, dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.





Bahan Hiasan:
Keju keping (dipotong 4 bahagian)
Mayonis

Untuk membuat roti daging:
- Ambil seketul doh kecil (60gm). Bulat2kan dan leperkan di atas tapak tangan. Boleh juga menggunakan penggelek.
- Masukkan inti daging tadi, dan tutup kembali dengan kemas.
- Letakkan ia di dalam aluminium cup atau paper cup. Nak letak terus atas dulang pembakar pun boleh.
- Ulang dan siapkan sehingga ke doh yang terakhir.
- Setelah semuanya selesai, biarkan doh sekali lagi sehingga ia naik dua kali ganda.
- Dan setelah doh mengembang sepenuhnya, boleh sediakan oven. Panaskan oven lebih kurang 5-10 minit. Sementara menunggu oven panas, potong keju keping dan letakkan keju diatas roti.
- Taburkan dengan Italian Herb (jika mahu)
- Dan bakar roti dengan suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit. (Bergantung pada oven masing2)
Boleh juga sapukan kuning telur sebelum dibakar (jika mahu).


- Selesai membakar roti, keluarkan dan terus sapukan roti dengan mentega atau marjerin supaya roti kelihatan cantik dan berkilat.
- Picitkan mayonis kegemaran. (masukkan dalam plastik, dan gunting bucu plastik)
- Sedia untuk menikmatinya. :-)

Selamat mencuba!

Sunday, April 1, 2012

Roti Kopi ~ Mexican Bun lagiiiii

Hari ini agak free, sebab tiada bancuhan roti yang banyak untuk jualan. Tekak sangat teringin nak makan roti kopi. Hari tu pegi Tesco, lalu depan kedai bakery dia, alahai..... rasa nak beli je roti kopi. Tapi, memandangkan yang kita ni pernah buat dan boleh buat sendiri, terus tak jadi nak beli. Selain tu, rasa was-was dengan kek dan roti Tesco pun masih ada. Kalau ada halal, cuba la letak sijil HALAL JAKIM ke.... tidaklah pengguna Muslim ni ragu2, kan?

Sebenarnya, saya pernah buat roti ni tahun lepas. Makanya, dah hampir setahun la saya tak makan roti kegemaran saya ni. Sibuk sangat sejak akhir2 ni, sampaikan nak buat roti kegemaran pun tak sempat. Masa entry roti boy yang dulu, saya menggunakan resepi dari Diana @ MyResepi. Tapi untuk kali ni, bahagian doh manis dan topping saya ubah sikit.


Meh tengok resepi

Bahan untuk inti:
100 gm mentega tanpa garam
1/4 sdt esen vanilla
35 gm gula perang
(sama denga resepi Diana)

Cara
- Pukul mentega hingga kembang, masukkan gula perang dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. Dah siap, simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Bahan untuk doh:
500 gm tepung roti
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin.   Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)

- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.



Bahan untuk topping 
Untuk bahan ini, ada sedikit yang saya ubah.

200 gm mentega lembut
160 gm gula halus (saya guna 80gm je gula halus sebab saya tambahkan 80 gm lagi gula perang. Kes tak cukup gula halus dan malas blend! hehehe)
3 biji kuning telur
1 sdb Nescafe yang telah dicampur dengan 1 sdb air panas. (derhaka lagi sbb tak mo kasi rasa pahit)
1 sdt emulco coffee
200 gm tepung gandum, diayak

Cara
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, ringan dan lembut.
- Masukkan kuning telur sebiji demi sebijik, dengan speed mixer yang perlahan
- Masukkan campuran Nescafe dan emulco coffee, sebatikan.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sebatikan, dan masukkan dalam piping bag, atau plastik je pun ok. Simpan dalam peti sejuk untuk bekukan.


Cara buat roti kopi:
- Bahagikan doh manis, timbang seberat 50gm. Bulat2kan, dan leperkan atas tapak tangan. Masukkan inti, dan tutup dengan kemas. Pastikan tutup dengan kemas ye, kalau tak nanti ia akan meleleh keluar.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega / marjerin. Biarkan ia kembang selama lebih kurang 45minit.
- Bila dah kembang, pipekan topping kopi atas doh roti tadi secara spiral.

Begini la keadaannya bila dah pipekan topping.
Sumber gambar dari entry roti kopi

- Sambil spiralkan topping atas doh, bolehlah dipanaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20minit.



Sebenarnya, saya sedang mencari rahsia topping dari roti boy tu.....
Sekian!

Saturday, March 24, 2012

Puree Kari Ayam

Assalamualaikum.....
Hari ini masak lain sikit sebagai hidangan tengahari. Kunun nak masak nasi la juga. Sekali tengok, beras habis. Alahai.... macam mana boleh lupa nak kabo pada big boss yang beras dah habis ni. Kari ayam pulak sedang dimasak. Fikir punya fikir....  ah... puree je la.....

Maka, jadilah puree sebagai hidangan tengahari saya anak beranak. Saya belajar buat puree dari MIL saya. Boleh guna tepung atta juga, tapi saya lebih suka guna tepung gandum... Mari, lihat resepinya bagaimana.


Bahan-bahan puree:
4 cawan tepung gandum
2 sdb marjerin
Air secukupnya

Caranya- Gaulkan tepung bersama marjerin, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh seperti doh capati.
(Lihat gambar dibawah)

 Doh yang telah siap akan jadi seperti ini.

Dan bulatkan doh kepada bentuk yang kecil seperti ini.

 Leperkan doh dengan penggelek. Jangan tebal sangat..

 Goreng doh puree dalam minyak yang betul2 panas
(Sila abaikan kuali yang dah digunakan selama 10 tahun itu :-))

 Puree akan mengembung dengan sendirinya dalam minyak panas tu....
Hati2 ye :-)

Dan hasilnya..... Memang superb la!

Untuk kuahnya, boleh dibuat mengikut kegemaran masing2. Sama ada kurma atau kari. Untuk kali ini saya menggunakan kuah kari ayam sahaja. Mudah! Kalau dapat kari daging ke.... mak eh.... sungguh, saya akan jadi ular sawa sebab akan makan bertambah2. Hahahahah.....

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...