Wednesday, October 10, 2012

Puff Pastri Inti Daging

Assalamualaikum.....
Hari ini pertama kali saya membuat puff pastri. Oooopppssss, puff pastrinya beli readymade. Tak reti2 nak membuatnya. Dah tengok2, nak membuat puff pastri agak rumit. Perlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkannya. Jadi, cik suami beli je yang readymade kat supermarket. Dan.... Insya Allah, saya akan cuba juga untuk membuat puff pastri sendiri. Kena tunggu si Amal kecik tu betul2 stabil dan tak banyak ragam. Tak pasal2, baru umminya nak start bancuh tepung, si kecik buat hal. Tak ke haru jadinya....


Terus pada point ok..... Saya buat puff pastri daging ni sebagai sarapan pagi tadi. Dapat la cik suami dan anak2 merasa sebelum ke sekolah. Saya buat 2 jenis inti tadi, daging dan tuna, tapi...... sob...sob...sob.... pastri yang inti tuna habis dikerjakan dek anak2 dan suami. Tak sempat nak berposing maut. Ni pun ditinggalkan 2 ketul untuk ummi yang belum merasa.....


Mari kita lihat bahan2 untuk membuat puff pastri daging.
Bahan-bahan Inti:
200 gram daging kisar
3 biji kecil bawang holand /kuning - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk kari daging / ayam
Sedikit oregano atau Italian Herbs - tak de pun tak pe
Hirisan daun bawang dan daun sup
Perasa garam dan gula
2 biji limau kasturi

Bahan lain yang diperlukan:
Puff pastri readymade jenama 'KAWAN'
Telur sebagai sapuan

Cara memasak Inti:
- Panaskan kuali dengan sedikit marjerin / butter / minyak.
- Masukkan bawang holand yang dipotong dadu, kacau sehingga agak layu.
- Kemudian, masukkan serbuk kari daging, masak sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging empuk dan bawang holan layu lagi.
- Taburkan dengan serbuk oregano atau Italian Herbs.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Perahkan air limau kasturi, kacau sehingga inti kering sedikit.
- Tutup api, dan taburkan daun sup dan daun bawang yang telah dipotong hiris tadi. Sejukkan seketika.....

Cara membuat puff pastri daging :
- Panaskan oven seketika, suhu 190 darjah celsius selama 10 minit.
- Ambil sekeping puff pastri KAWAN.
- Masukkan 1 sudu besar inti, dan lipat ikut suka anda. Mahu berbentuk 3 segi atau 4 segi.
- Tekan tepi puff dengan garfu, dan kelar2 atas pastri tadi.
- Susun dalam dulang pembakar
- Ulang sehingga siap.
- Bakar puff pastri anda selama 20-25minit. Tips: Kalau oven anda mempunya kipas, sila ONkan kipas untuk mendapatkan hasil pastri yang rangup.


Sebenarnya, saya kurang puas hati sangat dengan hasil pastri saya kali ni. Sebabnya, buat pagi2 agak kelam kabut. Anak2 pula nak ke sekolah. Jadi aci tarah je pastri tu. Tu yang nampak macam kureng sikit. Kalau nak buat lagi, kena buat time cuti sekolah ke.... boleh la buat shantek-shantek. Apapun, respon dari anak2..... memang uuummmmppphhh!!!! Ahak! Ye la, readymade, kan? Cer puff tu ko buat sendiri. Agak2 jadi tak cam ni.

Satu cabaran untuk saya cuba membuat puff pastri sendiri. Alahai.... bila agaknya mahu mencubanya ye. Tak boleh jadi, kena cari bahan juga. Insya ALLah, nanti bila saya dah cuba, saya akan update sini untuk dikongsikan bersama. :-)


Kawan2, kalau pergi shopping2 kat supermarket tu, jangan lupa jeling2 kat bahagian frozen ye. Nampak puff pastri jenama 'KAWAN', sambar je...... Ish, macam tukang iklan jer..... kena minta royalti ke cam mana eh! :-)

Selamat mencuba!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...