Friday, October 4, 2013

Kek Lapis Kastard Pandan

Assalamualaikum....
Sejak saya mula menjual kek lapis pandan, dan mengepos gambar kek ini di FB, ada beberapa orang yang cuba2 mengorek resepinya daripada saya. Hehehe..... Masing2 bertanya, "ada ambil kelas ke?" Tak la, saya belajar sendiri. Berguru dengan mak saya semestinya. Alhamdulillah, ia menjadi sebahagian. antara produk kegemaran pelanggan saya.

Ada yang bertanya, "Boleh ke nak minta resepinya?" Insya Allah, boleh aje. Maaf banyak2 pada yang minta resepi, saya agak lewat untuk mengemaskini di blog ini. Ini saya curi masa sementara menunggu roti2 dibakar, kebetulan anak2 pun sudah lena. Kalau tak, tiada peluanglah saya menggunakan PC. Online hanya di henpon.

Mari lihati bahan2 dan cara membuat kek lapis pandan

Dengan salutan kelapa kering

KEK LAPIS KASTARD PANDAN

Untuk kek:
BAHAN A:
4 biji kuning telur saiz AA - kalau guna saiz B, tambah lagi sebiji
*150gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
- satukan bahan bertanda *, dan ayak
100ml susu segar + 50 ml jus pandan ( kisar 10 helai daun pandan bersama 1 liter air, ambil sedikit jusnya )
75ml minyak jagung
Sedikit pewarna hijau

BAHAN B:
4 biji putih telur
100gm gula kaster

Cara membuatnya:
- Sediakan loyang 8x8inci, letak baking paper di dasar loyang. Tak perlu sapu mentega atau minyak.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.

- Asingkan putih dan kuning telur.
- Untuk bahan B, pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kaster dan terus memukul lagi sehingga kental dan menjadi meringui. Ketepikan.
- Untuk Bahan A, satukan kuning telur, minyak jagung dan campuran susu dengan jus pandan. Pukul seketika.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul perlahan.
- Masukkan sedikit pewarna hijau. Gaul sebati.
- Masukkan bahan A (meringui) ke dalam mangkuk bahan B secara sedikit2. Kaup balikkan adunan dengan lembut.
- Masuk dalam loyang, dan bakar secara stem bath selama 45 minit atau sehingga masak.
- Siap masak, sejukkan.
- Belah pada 3 bahagian.

Tanpa sebarang dekorasi.
Sila pastikan plastik yang diletakkan pada permukaan loyang sebelum kastard dituangkan dalam keadaan yang benar2 licin tanpa sebarang gelembung udara. Kalau tidak, pasti hasilnya akan jadi seperti ini.
Lapisan Kastard
Bahan-bahan:
1000ml santan dicampur bersama lebihan jus pandan (pada resepi kek di atas) + 200ml susu cair - jadikan cecair ini 1200ml
13gm serbuk agar (plain)
85gm tepung hoen kwe -colour hijau
75gm gula pasir
- Satukan semua bahan dalam periuk, panaskan dengan api sederhana sehingga adunan likat dan pekat.

Cara untuk melapis kek:
- Alas loyang dengan plastik supaya mudah untuk keluarkan kek nanti.
- Masukkan 1/3 bahagian kastard ke dalam loyang. Ratakan.
- Letak lapisan kek pertama
- Letak lapisan kastard, ratakan. Siapkan untuk semua lapisan.
- Masukkan lebihan kastard ditepi2 loyang, hentak2 kan secara perlahan.
- Sejukkan dalam peti, dalam 2 jam selepas itu, boleh telangkup loyang, dan hidangkan.....

Saya mejual kek lapis kastard pandan dengan dekorasi mengikut pilihan pelanggan. Ada juga yang meminta hanya dikosongkan sahaja seperti gambar di atas. Antara dekorasi kek pandan yang pernah saya buat:




Berminat mahu menempah, silalah hubungi saya di FB ye. Kalau nak buat sendiri mengikut resepi saya ni pun, tak ada masalah. Saya halalkan dunia akhirat, insya ALLAH!

Selamat mencuba, dan jumpa lagi untuk lain resepi.......

Thursday, October 3, 2013

Rambu Ramba Kek Coklat dengan Bekuan Krim Keju

Assalamualaikum.....
Sekali lagi, lama tidak bersua. Semalam hari kelahiran anak ke-4 saya, Hijaz. So, sempat la juga buat sebiji kek untuk dia. Tu pun selepas dia minta kek hari jadi. Gigih juga membuatnya.

Saya hanya menggunakan kek coklat lembap sebagai asas kek. Kebetulannya, ada orang menempah kek coklat, dan saya lebihkan 1/2 bancuhan. Dapat kek yang kecil pun sudah cukup buat dia. Bila keknya sudah siap, saya agak buntu, bagaimana mahu didekorasikan kek ini. Sekadar menyimbah coklat ganache? Ah.... sudah biasa sangat. Cadangnya nak buat ala2 russian black and white cake, tapi ada beberapa bahan sudah kehabisan stok. Sekadar menggunakan stok yang ada, maka saya coatingkan saja dengan cream cheese frosting. Mmmmmm...... Ala2 red velvet cake la gitu.


Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan minyak masak
- Satukan semua bahan ini dala periuk, dan masak atas api sederhana sehingga kesemua bahan sebati dan larut. Biarkan ia sejuka seketika.

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
- ayak kesemua bahan.

Bahan C:
2 biji telur saiz AA
1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya:
- Sediakan kukusan.
- Pukul bahan C dengan menggunakan hand whisk sahaja.
- Masukkan bahan A, dan sebatikan. Jangan masuk ketika masih panas, takut telur masak.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, gaul sebati dengan senduk kayu.
- Masukkan adunan dalam loyang 4 segi 8x8 inci, atau boleh guna menggunakan loyang bulat saiz 9".
- Kukus dengan api perlahan sehingga kek masak, anggaran waktu masak 45 minit hingga 1 jam.
- Sejukkan dahulu sebelum dilepa dengan krim.



Ok, bila dah beberapa jam, kek pun dah sejuk, masa untuk ditoppingkan. Macam2 gaya boleh digayakan kek coklat ni. Mahu simbah saja coklat ganache pun boleh. Mahu didekorasikan dengan krim mentega juga boleh. Ikut selera masing2. Untuk kali ini, saya dekorasikan kek ini bersama cream cheese frosting yang enak dan lazat. Serius! Ia benar2 lazat! Makan seketul, kita bagai lupa yang kita sedang berdiet..... Rasa nak patah balik. Makan hanya sepotong kek. Lebihkan senaman dan minum air suam banyak2. Heheheh.....


Ada pelbagai resepi cream cheese frosting. Kalau tanya pakcik Google, memang akan keluar pelbagai resepi. Pilih sahaja mana yang berkenan. Untuk kek kali ini saya memilih resepi yang simple sangat. Bahan2nya pun siap sedia di rumah. 

Cream Cheese Frosting
Bahan2:
500gm cream cheese - saya guna Tatura, kadang2 guna Philadelphia juga. Tengok stok dalam peti ais.
250gm butter - saya guna Buttercup je. Nak guna jenama lain, terpulang.
200gm gula aising - diayak
1 sdt esen vanilla
1 sdb jus lemon - boleh digantikan dengan jus limau, atau sunquick.

Caranya:
- Pukul cream cheese bersama butter sehingga kembang dan nampak creamy.
- Masukkan esen vanilla
- Masukkan gula aising, pukul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan jus lemon. Sebatikan
Siap untuk dilepa pada kek.

Cara saya sama saja dengan cara orang lain. Belah kek kepada 2 atau 3 bahagian. Lepakan krim keju dan lapiskan. Crumb coatkan seluruh kek. Tepekkan coklat urai di tepi2 kek. Masukkan lebihan krim keju ke dalam plastik atau kertas surih. Gunting sedikit dihujung plastik, dan picitkan sesuka hati atas kek. Rambu rambakan ia..... Gaya begini amat sesuai untuk orang malas seperti saya. Atau pembuat kek amatur yang belum pandai membentuk bunga menggunakan krim keju, boleh buat gaya rambu ramba begini. Mendeko bersama krim keju agak renyah sedikit, dan memerlukan resepi yang lain supaya deko lebih cantik dan kemas.

Selesai semua, simpan dalam peti sejuk sebelum ia dijamah oleh anda..... Memang sedap dan berbaloi!


Selamat mencuba!
Nota umisofie: Untuk bancuhan kek hari lahir Hijaz ini, adunannya saya bahagi 2. Begitu juga dengan frostingnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...