Dah 4 kali buat kek ni secara kukus. Resepi asal memang kena bakar pun, tapi memandangkan sebelum ni saya tiada oven yang sesuai, maka saya telah ubah suai sikit resepi untuk dikukus. Silalah ye, kalau nak tengok resepi yang kukus punya, boleh klik SINI.
Kek Marble Susu (versi bakar)
Bahan-bahan :
250 gm mentega ( saya guna marjerin je, mentega habis!)
150 gm gula perang ( boleh gantikan dengan gula pasir halus. Gula perang tu dikisar supaya halus)
2 sdt ovellate
4 biji telur (Gred AA)
225 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
60 gm susu pekat manis
2 sdb serbuk koko - diayak
2 sdb susu cair
1 sdt cappucino emulco (nak guna coklat emulco pun boleh)
130 ml susu cair
Cara-cara membuatnya :
~ Pukul mentega, ovallete dan gula sehingga kembang dan putih.
~ Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang dan berkrim.
~ Masukkan pula susu pekat dan gaul rata.
~ Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Gaul rata.
~ Tambahkan susu cair (130 ml ) ke dalam adunan, dan gaul sehingga sebati.
~ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, (setiap bahagian beratnya 550 gm):
1. biarkan pada warna asal
2. dicampurkan dengan susu cair ( 2 sdb), serbuk koko dan cappucino emulco. Gaul rata.
~ Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dengan adunan berwarna dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas surih. (Saya hanya sapukan marjerin pada loyang dan taburkan sedikit tepung). Hentak2kan loyang yang telah berisi adunan dengan lembut supaya adunan rata.
~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 60 minit, atau sehingga masak.
~ Nak tahu kek sudah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah2 kek. Kalau lidi bersih bermakna kek sudah masak.
Belum potong... baru keluar oven.
Saya masih gagal mengawal api atas menyebabkan bahagian atas kek tak sekata warnanya....
Tapi, bila dah potong.... mmmmm, lembapnya kek ni!
Memang sedap kek ni. Saya rasa lagi sedap versi bakar punya la.
Tapi, bergantung citarasa masing2, kalau suka kukus, silakan....
sedap ni.tapi akak ni asek fobia je nak buat marble kek.tak pernah nak jadi belang2 nya tu :(
ReplyDeletesalam kak anymz,
ReplyDeleteterima kasih singgah sini.
saya pun belajar dari kawan buat marble tu. hehe... buat beberapa kali baru menjadi. tapi, serius, kek marble susu ni mmg sedap.