Salam Ramadhan Karim....
Sudah masuk 6 hari berpuasa, tak pernah lagi update resepi kat sini. Kali ni, nak share resepi roti dengan semua......
Chicken Floss Bun
Bahan-bahan :
250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak
35 gram gula kaster
1/2 sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135 ml susu segar
30 gram mentega, dilembutkan
Cara-cara:
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air/ susu segar. Putar selama 1 minit pada kelajuan
perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga
sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.
Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 10-15 minit sahaja....
Topping:
1 sdm mayonis
1 sdm susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam
Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.
Enak di makan begitu sahaja....
Chicken floss......
Saya beli ni di TwoPly, 1 kg = RM31
Makan begitu saja pun enak.... :-)
Selamat mencuba!
simplenya resepi..mana nk cayik sunding bln2 pose ni..
ReplyDeletekat kedai bakery ada kak hanie....
ReplyDeleteBulan pose cari nasik baru puas hati. Laponyee
ReplyDeletenorasikin,
ReplyDeletesaya mmg tak makan nasi time berbuka.
Dlm resepi ni kena letakkan air.. Tp sukatan air tu byk mana eh?
ReplyDeleteair 125ml
Deleteboleh guna air or susu Segar ka
Deletenak tanya chicken floss kat kedai bakeri tu halal ka.. saya tengok bakeri ada jual tp tak tau benda tu halal ka dak..
ReplyDeleteada jual kat kedai bakery...kena cari yg halal.
ReplyDeleteSalam sis. Tk payah guna pelembut roti & beras improver ke?
DeleteKena guna air suam atau air yang sejuk
DeleteSalam sis. Tk payah guna pelembut roti ke?
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeletewww.momstoreretail.blogspot.con
www.momstoreretail.blogspot.com
ReplyDeletewww.momstoreretail.blogspot.com
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeletewww.momstoreretail.blogspot.con
Sedapnya
ReplyDeletewww.momstoreretail.blogspot.con
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete