Roti Boy / Mexican Bun
Bahan-Bahan
· # Bahan untuk Inti #
· 50 gram mentega bergaram, dilembutkan
· 1/4 sudu teh esen vanilla
· 25 gram gula perang
· # Bahan untuk Topping #
· 50 gram mentega, dilembutkan
· 40 gram gula aising, diayak
· 1 biji telur, dipukul sedikit
· 1 1/2 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 1 sudu besar air
· 50 gram tepung serbaguna, diayak
· # Bahan untuk Doh Manis #
· 250 gram tepung roti, diayak (saya guna tepung superfine)
· 10 gram tepung susu, diayak (saya tak guna, sebab dah guna susu segar)
· 35 gram gula kaster
· 1/2 sudu teh) garam
· 1 1/2 sudu teh yis segera
· 1/2 biji telur, dipukul sedikit
· 135 gram (135 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) - (saya guna susu segar)
· 30 gram mentega, dilembutkan
Cik suami saya tengah pipekan topping kat atas roti sebelum roti masuk oven
Roti yang sudah sedia untuk dibakar
Cara-cara
1. Cara untuk Intinya : Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2. Cara untuk Topping : Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi atau NESCAFE. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag (saya masukkan dalam plastik je, sebab tiada piping bag) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. (Selepas menguli gunakan mixer, saya uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (boleh dapat 13 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4. Cara untuk membuat Roti Boy : Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
Hasil selepas bakar, baru keluar oven, panas-panas terus snap gambar
Excited wei! Heheheh...
Finally.... Hehehe... sama macam kedai punya daaa....!
Memang best bila dapat hasilkan sendiri roti ni, roti kegemaran saya sekaluarga. Jadi, apa tunggu lagi, mari mencuba!
terliur! nyum-nyum nyum, buleh cuba nanti :)
ReplyDeletewah...suka sgt roti nie..papa roti kn..alamak...byk nya nk kena buat ..huhuhu....sedap nie fiza....tp malas la nk buat ..byk sgt bhnnya....huhuuhu
ReplyDeleteidaz,
ReplyDeletebuat la ida.... masuk list! heheh
ayu ibrahim,
ReplyDeletesebenarnya, bhn tak byk mana, cuma byk step jer....
marvellous...nida penah buat roti biasa tp mixer (elba) mcm x boleh nk uli doh, nmpk mcm berat je..terpaksa guna tangan. nk cuba seali lagi wat roti tp kali ni roti boy plak
ReplyDeletenieda,
ReplyDeletemixer fiza pun tak boleh uli jauh, dpt uli separuh jalan je, pastu sambung dgn tgn. try la... tak rugi tau!
WuMing simpan kat menu bar terus blog nii... suka resipi buat kuih ni..Bagi isteri
ReplyDeleteboleh gak nak cuba satu hari nanti (bila tu x tahu lah he..he..). buat roti ni takut nak cuba pasal takut tak jadi!
ReplyDeleteWuMing,
ReplyDeleteterima kasih... dtg lagi sini ye.
Hafidzin,
ReplyDeleteinsya ALLAH menjadi... cuba la.
salam, nk tanye
ReplyDeleteKetepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. suhu suam ni mcm mane? x fhm sgt :)
liyana,
ReplyDeletesaya dah jawab kat shoutmix awak yer... terima kasih!
nak tanya mentega bergaram dan x bergaram tu macamana..adakah mentega biasa tu je..
ReplyDeleteassalam .. sis fiza .. sy followers baru kak fiza .. terima kasih atas segala resepi yg diberikan ye .. :)
ReplyDeleteSalam sisi, time kasih share resipi.. nt nk try :)
ReplyDeleteTq atas perkongsian resepi..jariah anda saya hargai..syukran jazilan..hrp roti kopi pertama saya menjadi..
ReplyDeleteterima kasih. dah cuba mmg cantik kejadiannya...
ReplyDelete