Mari lihat bagaimana memasak telur itik ini.
Bahan-bahan:
6 biji telur itik - dibasuh bersih
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*8 biji cili padi - terpulang kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi.
*5 ketul ubi cekur
1 1/2 peket santan serbuk - bancuh dengan air
sedikit kunyit serbuk
10 helai daun cekur - dihiris halus
4 helai daun limau purut
Garam dan gula sebagai perasa
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan sedikit air dalam periuk / kuali. Sementara itu, tumbuk halus semua bahan yang bertanda *. Bila air sudah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan ia masak sehingga betul2 mendidih. Jangan lupa tambahkan serbuk kunyit sebagai pewarna, kacau.
- Masukkan santan, dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan daun limau purut, garam dan sedikit gula.
- Dalam kuali / periuk yang lain, didihkan air. Pecahkan telur itik satu persatu sehingga ia masak. Apabila telur sudah masak, angkat telur dan toskan air rebusan, kemudian masukkan telur ke dalam kuah bersantan tadi. Boleh juga kalau mahu pecahkan terus telur ke dalam kuah tadi. Tapi, harus berjaga2 kerana kalau kerap sangat dikacau, telur mudah pecah. Jadi jalan penyelesaian, rebus dulu telur dalam periuk lain, dan baru masukkan telur ke dalam kuah.
- Setelah semuanya sebati, tutup api. Dan hidangkan bersama nasi panas, buah durian dan ulam-ulaman.
Saya suka hirisan daun cekur yang banyak... sedap sangat!
Selamat mencuba!
sedapnye telur itik...
ReplyDeletemaaflah begitu kalut, x cek pula dah post resipi bingka roti berlauk tu. ok, dah update...plah salin nnt boleh try.sedap tau!!!
fiza nordin,
ReplyDeletehehe... tu la, saya seronok menyalin, tetiba tak cukup... nanti saya salin lagi.
hehe~~ nampak sgt sedap~ jeles tgk blog masakan ni~ i mmg kureng pndai bab2 masak~~ buleh blaja from experts like u all...jazakallah~
ReplyDeletesalam ziarah.. dan kenal..
ReplyDeleteGrreat reading this
ReplyDelete