Wednesday, September 21, 2011

Buttermilk Bun ~ Roti Mentega Susu~

Assalamualaikum....
Agak lama tak membuat roti. Hari ini, saya merajinkan diri menguli roti untuk anak2. Belek2 buku resepi, terjumpa roti mentega susu ni. Nampak menarik. Lagipun belum pernah cuba lagi. So, nekad di hati mencuba resepi baru ini. Nampak gaya, cara buat pun mudah. Dan kebetulannya, semua bahan ada di rumah. Rasanya yang sangat berkrim dan sangat bersusu membuatkan hati terpikat dengan roti ini. Cumanya, struktur roti ini tidaklah lembut dan gebu kerana memang begitu keadaannya, tapi rasanya sangat enak. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuat roti yang menarik ini.


Bahan doh roti:
A : 240gm tepung berprotien tinggi
        60gm tepung berprotien rendah
          3gm roti improver (saya tak guna pun benda ni)
         30gm gula kastor
         1/4sdt  garam
           4gm yis kering (dalam 2 sudu besar)
B :  80ml air
     100ml susu segar (saya gunakan 2 sudu besar susu tepung + 100ml air biasa)
C : 25gm mentega (suhu bilik)

Bahan inti perisa susu :
E : 100gm mentega tanpa garam (cairkan suhu bilik)
       30ml susu pekat
       70gm gula aising
        sedikit garam
F : 2 biji kuning telur
G : 120gm susu tepung (di ayak)
* sukatan ini boleh 2 kali bancuhan doh di atas. Boleh dibahagi 2.

Bahan Topping
H : 30gm mentega tanpa garam (cairkan pada suhu bilik)
      20gm gula kastor
I : 500gm tepung berprotien rendah (diayak)


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk, dan digaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh

2. Tambah bahan C, dan uli lagi sehingga tekstur doh menjadi licin dan anjal. Biarkan doh naik selama 50 minit.

3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil, (saya timbang 25gm satu bahagian), bulat2kan dan rehatkan doh selama 10 minit.

4. Untuk inti, pukul semua bahan E sehingga kembang. kemudian, masukkan bahan F diikuti dengan bahan G, adun sebati.

5. Ambil satu doh, tekan doh di tapak tangan, dan leperkan doh dengan menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Masukkan inti, tutup dengan kemas, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar. Ulang sehingga ke doh yang terakhir

6. Biarkan doh naik sekali lagi selam 25-30 minit.

6. Untuk topping, gaul rata bahan H, kemudian masukkan bahan I. Setelah sebati, taburkannya di atas doh tadi. Sebelum itu, bahagian atas doh hendaklah disapu dengan putih telur, baru ditaburkan bahan topping tadi. Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius, selama 15-20 minit.


Lihat bahagian dalamnya dari jarak dekat...... so milky and creamy!

Sekian untuk kali ini.....

12 comments:

  1. aslmkm Fiza, sedapnya rasa lemak susu kan..kalau buat doh lain & boh inti guna rsp ni blh kot,..nak cubala kalo ada masa..

    ReplyDelete
  2. w salam kak anna qawina,
    boleh je buat doh lain, tapi intinya guna resepi ini. rasanya tak de masalah.... mmg sedap kak, rasa lemak2 susu tu.... utk org nak tambahkan berat badan mmg sesuai. hehhe

    ReplyDelete
  3. tepung berprotein rendah tu tepung apa.. kalau guna tepung cap sauh biasa je tak boleh ke

    ReplyDelete
  4. dieyna,
    tpg berprotien rendah tu, tepung gandum biasa tu la...boleh je...

    ReplyDelete
  5. Assalam sis.. Tgah duk mencari resepi roti terbaru, terjumpa plak blog sis fiza nie ..syukur alhamdulillah ..thanks sis utk semua resepi yg dikongsikan :-)

    ReplyDelete
  6. Menarik la....I want to try at home. Tq for the recipe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk resepi..sedap....

    ReplyDelete
  8. Kalau guna tepung gandum jer boleh ke? Pasal saya tak tahu mana nak beli dan bezakan high protein ni.

    ReplyDelete
  9. Maksud saya guna 300gm tepung gandum. Boleh?

    ReplyDelete
  10. Tq resepinya. Jap gi nak buat.. Hehe

    ReplyDelete
  11. Tq resepinya. Jap gi nak buat.. Hehe

    ReplyDelete
  12. Trimakasihh...mohon share

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...