Assalamualaikum....
Sejak saya mula menjual kek lapis pandan, dan mengepos gambar kek ini di FB, ada beberapa orang yang cuba2 mengorek resepinya daripada saya. Hehehe..... Masing2 bertanya,
"ada ambil kelas ke?" Tak la, saya belajar sendiri. Berguru dengan mak saya semestinya. Alhamdulillah, ia menjadi sebahagian. antara produk kegemaran pelanggan saya.
Ada yang bertanya,
"Boleh ke nak minta resepinya?" Insya Allah, boleh aje. Maaf banyak2 pada yang minta resepi, saya agak lewat untuk mengemaskini di blog ini. Ini saya curi masa sementara menunggu roti2 dibakar, kebetulan anak2 pun sudah lena. Kalau tak, tiada peluanglah saya menggunakan PC. Online hanya di henpon.
Mari lihati bahan2 dan cara membuat kek lapis pandan
|
Dengan salutan kelapa kering |
KEK LAPIS KASTARD PANDAN
Untuk kek:
BAHAN A:
4 biji kuning telur saiz AA - kalau guna saiz B, tambah lagi sebiji
*150gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
- satukan bahan bertanda *, dan ayak
100ml susu segar + 50 ml jus pandan ( kisar 10 helai daun pandan bersama 1 liter air, ambil sedikit jusnya )
75ml minyak jagung
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
4 biji putih telur
100gm gula kaster
Cara membuatnya:
- Sediakan loyang 8x8inci, letak baking paper di dasar loyang. Tak perlu sapu mentega atau minyak.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
- Asingkan putih dan kuning telur.
- Untuk bahan B, pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula kaster dan terus memukul lagi sehingga kental dan menjadi meringui. Ketepikan.
- Untuk Bahan A, satukan kuning telur, minyak jagung dan campuran susu dengan jus pandan. Pukul seketika.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul perlahan.
- Masukkan sedikit pewarna hijau. Gaul sebati.
- Masukkan bahan A (meringui) ke dalam mangkuk bahan B secara sedikit2. Kaup balikkan adunan dengan lembut.
- Masuk dalam loyang, dan bakar secara stem bath selama 45 minit atau sehingga masak.
- Siap masak, sejukkan.
- Belah pada 3 bahagian.
|
Tanpa sebarang dekorasi.
Sila pastikan plastik yang diletakkan pada permukaan loyang sebelum kastard dituangkan dalam keadaan yang benar2 licin tanpa sebarang gelembung udara. Kalau tidak, pasti hasilnya akan jadi seperti ini. |
|
Lapisan Kastard
Bahan-bahan:
1000ml santan dicampur bersama lebihan jus pandan (pada resepi kek di atas) + 200ml susu cair -
jadikan cecair ini 1200ml
13gm serbuk agar (plain)
85gm tepung hoen kwe -colour hijau
75gm gula pasir
- Satukan semua bahan dalam periuk, panaskan dengan api sederhana sehingga adunan likat dan pekat.
Cara untuk melapis kek:
- Alas loyang dengan plastik supaya mudah untuk keluarkan kek nanti.
- Masukkan 1/3 bahagian kastard ke dalam loyang. Ratakan.
- Letak lapisan kek pertama
- Letak lapisan kastard, ratakan. Siapkan untuk semua lapisan.
- Masukkan lebihan kastard ditepi2 loyang, hentak2 kan secara perlahan.
- Sejukkan dalam peti, dalam 2 jam selepas itu, boleh telangkup loyang, dan hidangkan.....
Saya mejual kek lapis kastard pandan dengan dekorasi mengikut pilihan pelanggan. Ada juga yang meminta hanya dikosongkan sahaja seperti gambar di atas. Antara dekorasi kek pandan yang pernah saya buat:
Berminat mahu menempah, silalah hubungi saya di
FB ye. Kalau nak buat sendiri mengikut resepi saya ni pun, tak ada masalah. Saya halalkan dunia akhirat, insya ALLAH!
Selamat mencuba, dan jumpa lagi untuk lain resepi.......