Thursday, September 22, 2011

Donat Mayonis

Donat mayonis.... lain sikit dari donat2 yang saya pernah buat sebelum ni. Apa istimewanya? Nanti kita tengok resepi donat mayonis ni. Saya dapat resepi ni dari kak Asniza dari Enakrasa.com

Salut coklat masakan...

Bahan-bahan :
330gm tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk (saya guna susu Sustagen Sofie, dan pernah juga gunakan susu tepung Dutch Lady)
140ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin (guna butter lagi sedap)
3 sudu besar gula kastor
4 gram yis segera (saya guna yis segar yang telah diaktifkan bersama air suam)

Bahan untuk salutan - terpulang, ikut suka anda... Saya gunakan  cokelat masakan yang telah dicairkan secara double boiler. Dan sebahagian donat menggunakan gula halus.


Cara-cara

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli 

pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di 
bawah.


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips 
untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas 
beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan 
dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. 

Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, 

lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, 
angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan

*saya gunakan kaedah
2 jer sebab tak ada BM.



Salut gula pun sedap.....

Yang pasti, donat ni, strukturnya lembut sampai ke petang, Insya Allah..... SELAMAT MENCUBA YER!

2 comments:

  1. sedapnya nmpk coklat tu..biasa akak guna rsp donat mayo Rosjintanmanois tu..nnt ada masa & rajin leh gak try rsp ni..

    ReplyDelete
  2. hi kak anna....
    hehe... rasanya kak asniza amik dari resepi kak ros jugak la... kalau tak silap la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...