Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Ayam Goreng Halia

Salam Ramadhan ke-17, untuk bulan Ramadhan ni, jarang betul blog ini terupdate. Ntah kenapa, malas betul nak berphoto shoot dengan makanan dan masakan. Ok, demi tak mahu blog ini terus sepi, hari ini saya masak ayam goreng halia sebagai menu sahur keluarga saya.

 Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan :
Beberapa ketul ayam - dilumur bersama garam dan kunyit, digoreng dahulu, dan diketepikan seketika
1/2 biji bawang besar - dihirs
5 ulas bawang putih - diketuk
Halia muda - lagi banyak lagi sedap.- di hiris
2 sdb sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :
- Tumis semua bahan yang telah dihiris dan diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak kering, masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata....
- Tak perlu perasakan bersama garam kerana ayam telah pun masin.
- Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Friday, July 29, 2011

Ayam Halia Berlada Hitam

Salam semua.....
Hari2 terakhir ketibaan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya kureng sikit memasak. Mood memasak pun macam down jer.... Tapi, kena juga masak buat anak2 dan keluarga. So, hari ni, saya masak ayam halia berlada hitam.

Ayam Halia Berlada Hitam


Bahan-bahan:
6-7 ketul ayam - digoreng separuh masak
10 ulas bawang putih - diketuk sahaja
1 labu bawang merah - dihiris
2 inci halia muda - dihiris
1 sdb sos tiram
1/2 ketul kiub ayam
1 sdk lada hitam biji - nak guna serbuk pun boleh, tapi kurang pedas.
Sedikit air sebagai kuah
Perasa garam dan gula

Cara-cara:
- Ketepikan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi
- Tumis bawang putih, separuh hirisan bawang besar dan halia dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, dan sedikit air.
- Masukkan kiub ayam, dan biarkan seketika sehingga kuah mendidih.
- Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan seketika sehingga ayam betul masak.
- Taburkan serbuk lada hitam, perasakan dengan rama dan sedikit gula.
- Akhir sekali, masukkan lebihan hirisan bawang besar, kacau rata. Tutup api, dan angkat, hidangkan.
- Hias dengan daun sup dan daun bawang.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Hari pening sikit nak masak apa sebagai santapan tengahari. Buka peti sejuk, keluarkan ayam, pening lagi. Masak hari2 pun boleh pening,kan? Fikir2, terhasillah santapan yang simple gilerrrrr kata orang! Ayam Kicap Berlada Hitam.


Bahan-bahan :
8 ketul ayam
4 biji kentang - di potong sederhana

Bahan tumisan:
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sdt biji lada hitam
seinci halia - dipecahkan sikit
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

3 sdb kicap pekat
2 sdb kicap manis
Garam dan gula
1 labu bawang besar - dipotong bulat

Air secukupnya

Cara-cara :
- Tumbuk bahan bertanda *, dan tumis dengan minyak sedikit sehingga naik bau wangi. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau. Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam setengah masak.

- Masukkan air secukupnya bersama kentang yang telah dipotong. Biarkan ia masak sepenuhnya sambil kacau2.

- Bila kentang sudah agak lembut dan ayam sudah empuk, masukkan kicap pekat dan kicap manis, kacau rata. Biarkan seketika.

- Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong bulat tadi.

- Perasakan dengan garam dan gula. Ingat! Garam masukkan akhir sekali, kerana kentang akan menyerap rasa masin kalau garam diletakkan awal. Siap untuk dihidang!


Mudah saja untuk membuatnya.....

Tuesday, June 14, 2011

Ayam Halia Berjus Nenas

Kadang-kadang pening kepala jugak memikirkan apa yang perlu dimasak sebagai juadah tengahari. Lagi-lagi kalau bahan di rumah hanya ada sekadar itu saja. Tengok di peti sejuk, ada ayam sahaja sebagai lauk utama, dan ada pulak nenas pemberian jiran sebelah rumah. Maka, terciptalah resepi yang kata Ikhwan, "Sedap la mi, Iwan makan 3 ketul ayam ye" :-)


Bahan-bahan :
10 ketul ayam - digoreng separuh masak
*1/2 biji bawang besar - dihiris
*3 ulas bawang putih - dihiris
*3 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 biji nenas - saiz kecil, di potong dadu ( bahagian tengah nenas dikisar, ambil airnya)
Bahan perasa (garam dan gula secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - untuk pekatkan kuah.

Cara-cara memasak:
- Ayam yang telah digoreng, ketepikan seketika.
- Tumis bahagian yang bertanda *, sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata.
- Masukkan jus nenas. Kacau lagi.
- Bila dah agak menggelegak, masukkan ayam goreng tadi.
- Biarkan seketika, dan masukkan pula nenas yang telah dipotong dadu.
- Masukkan pula, bawang besar yang telah dipotong bulat.
- Masukkan sos ikan dan perasakan lagi dengan bahan perasa.
- Untuk memekatkan kuah, tuang bancuhan tepung jagung bersama air.
- Hiaskan dengan sedikit potongan cili merah dan hirisan daun bawang. (Kalau tak nak hias pun tak mengapa, terus je makan. Ni sebab nak tepek sini, hias la kasi cantik sikit :-))


Enak dimakan bersama nasi panas..... Selamat mencuba!

Saturday, June 11, 2011

Ayam Percik Ala Satay

Pertama kali buat.... hasil, memang superb!
Thum up for me and my hubby... Heheheh!

 Ayam Percik Ala Satay

Bahan utama :
1/2 ekor ayam - dipotong 5 atau 6 bahagian kecil

Bahan perapan:
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
10 batang serai
- semua bahan di atas dikisar sehingga halus
1 sudu kecil garam
6 sudu besar gula
4 sudu besar cili boh

Cara-caranya :
-Gaulkan semua bahan bersama ayam, dan perap selama 1 jam. Lagi lama lagi sedap. Saya perap 1/2 jam pun dah best sangat rasanya.....

- Bakar dengan menggunakan arang seperti mana membakar satay.... nak bakar guna oven pun boleh. Tapi rasanya tak kan sama dengan ayam percik. Kalau dengan oven, lebih kepada rasa ayam bakar.

- Bila sudah selesai membakar ayam, bahan2 untuk perapan ayam tadi, jangan dibuang. Masak seketika di dalam kuali untuk dijadikan kuah. Tambah sedikit minyak jagung. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

- Setelah masak, tuangkan kuah tadi atas ayam yang sudah dibakar. Hidangkan pada keluarga dengan penuh rasa kasih sayang :-)

 Hidangan untuk satu keluarga... cukup-cukup je.

Sangat sedap, kalah ayam percik pasar malam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...