Showing posts with label Puding Roti. Show all posts
Showing posts with label Puding Roti. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Puding Roti Berlauk

Pelik,kan? Selalu puding roti rasa manis, kali ni buat cara berlauk pula. Inspirasi ni dapat dari Fiza Nordin, terima kasih Fiza sebab beri inspirasi pada saya. Tapi, saya tak ikut resepi dia, saya buat cara saya sendiri.

Yang tak bestnya, bila lauknya dah siap, roti pun dah siap sedia dalam blender, siap dengan susu dan marjerin, tiba2 tengok telur habis. Dah minta cik suami belikan malam tadi, rupa2nya dia lupa.... Huwaaaa.... rasa nak nagis sekejap. Pastu, positifkan diri.... mesti jadi punya! Kita buat dia, bukan dia buat kita. Terus je jalankan operasi! Meh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Puding Roti Berlauk


Bahan-bahan lauk:
250 gm ayam kisar (jenama Ramly)
2 biji kentang - dipontong dadu kecil
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sdb rempah kurma serbuk
Sedikit air
Garam dan gula sebagai perasa

Cara membuatnya:
* Sediakan lauk dahulu...
~ Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
~ Tambahkan rempah kurma, dan kacau rata, kemudian tambahkan sedikit air. Kacau rata.
~ Masukkan ayam kisar, biarkan ia masak seketika.
~ Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
~ Biarkan kentang lembut dan ayam kisar masak sepenuhnya.Kalau air kurang, tambahkan sikit. Tutup kuali anda.
~ Apabila kentang sudah lembut dan sudah kering, perasakan dengan garam dan gula. INGAT! Janag letak garam di awal masakan anda, kerana kentang akan menyerap rasa masin dan manis.
~ Ketepikan seketika.

Baru keluar oven... sejukkan seketika

Bahan-bahan untuk membuat bingka / puding
10 keping roti (saya guna roti Gardenia)
3 sdb marjerin
400 ml susu cair (1 tin) + 75 ml susu cair (saya tambah 75ml susu cair sebab tiada telur)
1 biji telur (kalau tambah telur, tak perlu tambah 75 ml susu cair)
1/2 sudu garam

Cara membuatnya :
~ Koyak-koyakkan 8 keping roti sedikit demi sedikit, masuk dalam pengisar, dan kisar bersama marjerin dan susu cair. Susu cair boleh di masukkan sedikit demi sedikit.
~ Kalau letak telur, boleh masuk terus telur dalam pengisar dan kisar sehingga adunan halus. Tambahkan garam, dan kisar lagi.
~ Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin. 2 keping roti lebihan tadi di koyak2kan dan masukkan ke dalam adunan tadi.
~ Ratakan lauk yang telah siap tadi di atas adunan, dan tekan2 sedikit supaya lauk tenggelam. Sedikit saja tau!
~ Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius, selama 50 minit (lebih kurang).
~ Keluarkan loyang dari oven, dan tambah lauk ikut suka anda. Dan sambung lagi membakar selama 10-15 minit berikutnya.
~ Apabila selesai membakar, keluarkan dari oven, dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sejukkan seketika, baru potong!

 Memang lain dari yang lain.... sedap betul rasanya.
Sesuai dengan tekak saya

Kasi zoom sikit!

Ok, selamat mencuba pada yang suka pada resepi ini.

Monday, June 27, 2011

Puding Roti Karamel Lapis Coklat

Bosan je rasanya.... dah beberapa hari tak masukkan resepi masakan tah hapa2 dalam blog ini. Pagi ni, sebagai terapi saya, saya buat puding roti karamel lagi. Nak buat kek, tapi ada beberapa bahan utama telah habis. Jadi, belek2 dapur, nampak pulak bahan untuk puding roti, cukup. Selalu dah buat puding roti karamel biasa, Tapi, kali ni, bagi kelainan sikit, kita buat lapis coklat.

 Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bahan-bahan :
(bahan-bahannya, lebih kurang dengan puding roti karamel, tapi saya letak juga la sebab mungkin lain kali saya malas nak refer kat situ :-), dan saya juga ada buat penambahan pada bahan.)

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
1 sdt tepung jagung
* sedikit penambahan bahan:
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
1 sdt pewarna kuning

 Selepas diterbalikkan....

Cara-cara:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
- Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
- Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.


 Cantik tak lapisan tu....

Enak dimakan ketika sejuk

Untuk mendapat rasa yang lebih enak dan segar, masukkan ia dalam peti sejuk, dan nikmatilah ia dengan penuh rasa bahagia... :-)

Monday, June 13, 2011

Puding Roti Karamel

Inspirasi dari blog embunrosaliza rasa teruja nak buat... dapat dan terus buat. Kebetulan ada barang kat rumah, Cuma saya kehabisan esen vanilla je, tapi, tanpa esen vanilla, ia tetap menjadi.

 Puding Roti Karamel


Bahan - bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu,Kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus sehingga masak...


 Baru lepas terbalikkan.....

Siap dimakan....

Thursday, May 26, 2011

Puding Roti Sos Vanilla

Puding Roti Sos Vanilla
Saya pernah buat puding roti bersos kastad dulu. Tapi, kali ni resepi berbeza sikit.... saya dapat resepi dari blog adik Shila Dik, akak copy paste sini yer.... :-)


Bahan2:
8keping roti putih
4 biji telur
50gram gula
300ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
*Carik-carikkan roti dan tekan2 dalam loyang. Tabur kismis atau hirisan almond, letak nestum pon ok.
*Pukul telur + gula sampai kembang, agak2 kembang jer stop.
*Masukkan esen dan fresh milk, kacau.
*Tuang atas roti dan tekan2 supaya bahan2 di atas dapat meresap dalam roti. Biarkan kira2 10 menit dan bakar dalam oven 180celcius selama 45 minit.
*Sejukkan dan potong

Vanilla Sauce

Bahan
*300ml fresh milk
*50gram gula
*2 sudu besar kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
*1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
**Masakkan atas api susu dan gula sampai menggelegak.
**Masukkan esen dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak tutup api. Kalau rase cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.
**Tuangkan atas bread puding. Siap!

Bagi saya ada perbezaan rasa dan struktur pada puding roti ni. Ini bermakna ada 2 jenis puding roti yang saya pelajari. Pilih mana satu yang menjadi pilihan.

Sunday, December 12, 2010

Puding Roti Bersos Kastard

Baru try resepi ini beberapa hari lepas....


Bahan2 puding roti:
1 buku roti ( saya guna roti Gardenia )
1 tin susu sejat F&N
3 sudu besar mentega
1 cawan gula
1 biji telur
1 kotak kecil kismis ( sebagai hiasan )

Cara membuatnya:
- Kisarkan mentega bersama gula sehingga kembang. ( Saya gunakan blender je, sebab tiada mixer).
- Kemudian, pecahkan telur, dan kisar lagi.
- Masukkan setengah tin susu cair, dan kisar lagi.
- Koyak2kan sebahagian roti, kisar lagi sehingga roti hancur. Dan teruskan koyak roti sehingga habis sambil selang2kan dgn menuang lebihan susu sejat.
- Griskan loyang, dan tuang adunan tadi ke dalam loyang.
- Taburkan dengan kismis, dan pastikan kismis tenggelam.
- Kemudian bakar adunan pada suhu 175 darjah celcius, selama 30 minit, atau sehingga masak.

Bahan Sos Kastard
1 tin susu sejat F&N
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:
- Satukan semua bahan, dan masak di atas api yang perlahan. Sentiasa dikacau, sehingga masak. Sebentar saja tau!
- Kemuadian, tuangkan di atas puding roti yang telah siap tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...