Saturday, August 6, 2011

Chicken Floss Bun / Bun Serunding Ayam

Salam Ramadhan Karim....
Sudah masuk 6 hari berpuasa, tak pernah lagi update resepi kat sini. Kali ni, nak share resepi roti dengan semua......

 Chicken Floss Bun


Bahan-bahan :

250 gram tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak 
35 gram gula kaster
1/2  sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135  ml  susu segar 
 30 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara:
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air/ susu segar. Putar selama 1 minit pada kelajuan
perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga
sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 

Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.

Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 10-15 minit sahaja....


Topping:
1 sdm mayonis
1 sdm susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

 Enak di makan begitu sahaja....

 Chicken floss......
Saya beli ni di TwoPly, 1 kg = RM31

Makan begitu saja pun enak.... :-)

Selamat mencuba!

18 comments:

  1. simplenya resepi..mana nk cayik sunding bln2 pose ni..

    ReplyDelete
  2. Bulan pose cari nasik baru puas hati. Laponyee

    ReplyDelete
  3. norasikin,
    saya mmg tak makan nasi time berbuka.

    ReplyDelete
  4. Dlm resepi ni kena letakkan air.. Tp sukatan air tu byk mana eh?

    ReplyDelete
  5. nak tanya chicken floss kat kedai bakeri tu halal ka.. saya tengok bakeri ada jual tp tak tau benda tu halal ka dak..

    ReplyDelete
  6. ada jual kat kedai bakery...kena cari yg halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Tk payah guna pelembut roti & beras improver ke?

      Delete
    2. Kena guna air suam atau air yang sejuk

      Delete
  7. Salam sis. Tk payah guna pelembut roti ke?

    ReplyDelete
  8. Sedapnya
    www.momstoreretail.blogspot.con

    ReplyDelete
  9. Sedapnya
    www.momstoreretail.blogspot.con

    ReplyDelete
  10. Sedapnya
    www.momstoreretail.blogspot.con

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...