Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Sardin Goreng Berkuah Kicap

Tengahari tadi, lauk utama sardin je. Walaupun sardin, tetap membuatkan saya menahan nafsu untuk tambah nasi. Bahaya sungguh! Gumuk nanti! Meh lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:
1 tin sardin (saya gunakan Sardin Adabi)
Sedikit tepung beras - untuk disalut pada ikan sardin sebelum digoreng
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sdk lada putih
Sedikit kicap
1 labu bawang besar - sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya:
~ Asingkan ikan sardin dan kuahnya. Salut ikan sardin bersama tepung beras, dan goreng. Ketepikan
~ Tumbuh bawang merah, bawang putih dan lada putih, tumis bahan yang ditumbuk bersama kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
~ Masukkan kuah sardin tadi, dan kacau rata. Tambahkan sedikit air sebagai kuah, dan tambahkan kicap.
~ Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
~ Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat, kacau rata dan tutup api.
~ Susun ikan sardin yang telah digoreng tadi cantik2 dalam pinggan atau apa saja, dan tuang kuah kicap sardin tadi ke atas ikan.
~ Hidangkan!


Selamat mencuba! :-)

Sunday, July 17, 2011

Ikan Patin Asam Tempoyak + Ikan Patin Goreng Bawang Putih

Kalau dapat ikan patin, 2 masakan ini wajib buat. Saya sekeluarga memang gemarkan. Hari tu, saya pernah postkan entry asam pedas ikan patin. Tapi kali ni, masak lain sikit, sebab masakan ni kegemaran keluarga saya.

 Ikan Patin Asam Tempoyak

Bahan-bahan:
Seekor ikan patin (sederhana besar, dibersihkan dan dipotong)
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak
3 keping asam keping
sekuntum bunga kantan
2 ikan daun kesum
Air secukupnya sebagai kuah

Cara membuatnya:
- Bawang merah dan cili padi dirumbuk hingga lumat
- Masukkan air dalam periuk, dan rebuskan hasil tumbuk tadi sehingga naik bau.
- Masukkan tempoyak, bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Biarkan ia mendidih
- Masukkan ikan, dan biarkan ia mendidih lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula.... bagi saya, saya suka rasa manis sikit, jadi saya tambah gula sikit.

Makan bersama nasi, tak sedar nasi dah bertambah! Memang menyelerakan....

Satu lagi ialah ikan patin goreng bersama bawang putih.

Ikan Patin Goreng Bawang Putih

Bahan dan cara membuatnya:
Satu labu bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam sehingga lumat. Lumurkan pada ikan dengan sedikit kunyit. Kemudian, goreng. Bila warna bawang sudah keperangan seperti di dalam gambar, cepat2 angkat bawang dahulu. Kemudian, teruskan menggoreng ikan seperti biasa sehingga ikan masak.


Kalau anda dapat ikan patin, cubalah resepi ini. Memang menyelerakan!

Tuesday, July 12, 2011

Asam Pedas Ikan Patin

Masakan kedua saya untuk hari ini, ialah ikan patin. Minggu lepas, suami saya memancing dan bawa balik ikan patin. 4 ekor tu... tapi, tak la besar mana. Sedang2 jer..... Salah satu masakan kegemaran kami sekeluarga ialah masak asam pedas.


Bahan-bahan:
Seekor ikan patin - dibersihkan dan dipotong
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia - diketuk
1 sdt halba
2 batang serai - diketuk
4 sdb cili boh
2 sdb asam jawa Adabi
Air secukupnya
2 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
Garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara:
~ Tumbuk bawang besar dan bawang putih hingga lumat. Tumiskan ia dalam minyak yang sedikit sehingga naik bau. Masukkan halia, halba, cili boh dan asam jawa. Kacau jangan bagi hangus.

~ Bila dah naik bau, masukkan serai dan air sebagai kuah. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan. Biarkan ia mendidih seketika.

~ Air sudah mendidih, masukkan ikan patin yang telah dipotong tadi. Dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila dah cukup rasa masam, masin dan sedikit manis dan kuah pun dah menggelegak sedikit, padam api. Isi ikan akan menjadi keras apabila kita membiarkan kuah mendidih terlalu lama.

~ Siap untuk dihidang bersama nasi dan makan sekali dengan buah durian. Nikmatnya...... tidak terkira!


Selamat mencuba!

Thursday, June 16, 2011

Keli Goreng Bercili

Ikan keli merupakan kegemaran kami sekeluarga. Setiap minggu pasti ada menu berasaskan ikan keli. Untuk kali ini, resepi yang akan dikongsikan ialah keli goreng bercili.


Bahan-bahan
7 ekor ikan keli (saiz sederhana) - Kalau ikan keli saiza besar, biasanya saya akan potong 2.
*12 biji cili merah
*1 labu bawang besar
*6 ulas bawang putih
1 sdt pes asam jawa (guna Adabi je, senang)
1 cawan air biasa
5 biji cili padi (bulat2, tak perlu diketuk atau di ricih)
1 labu bawang besar - dipotong bulat sebagai hiasan
Bahan perasa garam dan gula

Cara memasaknya
- Ikan keli digoreng sedikit garing bersama kunyit dan garam. Ketepikan.
- Kisarkan bahan2 yang bertanda * , dan tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan pes asam jawa dan air, kacau rata. Biarkan seketika sehingga sambal sedikit kering.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila sambal kelihatan kering, masukkan cili padi dan ikan keli. Gaul sehingga ikan keli rata dengan sambal.
- Akhir sekali, sebelum angkat, masukkan hirisan bawang besar, dan gaul rata lagi. Tutup api, dan hidangkan.

Sunday, May 29, 2011

Singgang Ikan Tongkol

Singgang Ikan Tongkol
Ada macam2 versi nak masak ni. Tapi, ini versi saya.
Bahan2

  • bawang besar
  • bawang putih
  • serai ( dititik )
  • asam keping (2 atau 3 keping)
  • halia
  • ikan tongkol
  • air
  • garam dan sedikit gula
Caranya- rebuskan air hingga mendidih. masukkan semua bahan kecuali ikan. bila air rebusan dah mendidih, baru masukkan ikan tongkol. perasakan dengan garam dan sedikit gula.
bila dah masak, tutup api...siap dihidang. senang,kan?

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Saya sekeluarga peminat ikan keli. Kalau boleh setiap miggu mesti nak beli ikan keli. Masakan yang biasa dimasak untuk ikan keli selain sambal dan goreng begitu je, saya gemar masak ini....

Ikan Keli Masak Lemak Cekur
 Bahan2
  • Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
  • sedikit kunyit hidup
  • santan
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 10 helai daun cekur - dihiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya :

  • Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
  • Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan ikan keli tadi.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  • Siap dihidang....
Bagi yang tak kenal apa itu cekur, sila lihat gambar yang saya snap ni.....

Daun cekur dan ubinya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...