Showing posts with label Roti Mentega Susu. Show all posts
Showing posts with label Roti Mentega Susu. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Mocha Buttermilk Bun / Roti Mentega Susu dengan Mocha

Assalamualaikum semua.....
Masih ada lagi ke pengunjung dapur saya ini ye? :-) Tak kisah la sama ada masih dikunjungi atau tidak, saya tetap mahu menyimpan resepi di sini.

Sudah lama rasanya saya tidak updatekan tentang roti. Sejak berniaga roti kecil-kecilan ni, rasa tak menang tangan mahu update blog. So, hari ini mahu update resepi rahsia perniagaan saya.... hihihii.... Sebenarnya, resepi roti buttermilk ni saya pernah letak di entry lepas. DI SINI... Tapi untuk kali ini, dohnya saya ubah dengan cara lain. Tak ikut doh seperti yang tertera pada entry lepas. Mari kita lihat bahan2 dan cara membuatnya.


Bahan-bahan:
500gm tepung berprotien tinggi
250ml air suam
11gm yis (1 peket)
50gm telur (1 biji)
100gm gula
1 sdt garam
1 sdt bread softerner
1 sdt bread improver (optional - saya tak guna pun, sejak tak jumpa yang ada tanda HALAL JAKIM)
30gm tepung susu
30gm mentega (saya guna Buttercup)
- Kalau nak dohnya berperisa kopi/ mocha/ cappucino, boleh tambahkan 1 sdt cappucino / coffee emulco ke dalam bancuhan doh.

Cara membuat doh:
Cara 1:
- Satukan air suam dan yis segera dalam satu bekas.
- Dalam bekas lain, pecahkan telur, dan kacau.
- Dan dalam mangkuk lain yang lebih besar, satukan bahan kering, sebatikan. Kemudian, masukkan telur, dan masukkan juga bancuhan air dengan yis tadi. Gaul ia sehingga membentuk doh kasar.
- Masukkan mentega, dan uli doh sehingga mentega sebati.
- Masukkan doh dalam plastik, dan terus menguli sehingga doh dalam keadaan anjal dan licin. Biasanya, saya akan uli doh selama 1 jam atau 1 jam 15 minit.

Tip: Uli doh di dalam plastik sebenarnya untuk mengelakkan tangan kita banyak bermain dengan tepung. Jika tepung terlalu banyak, roti kemungkinan akan menjadi keras dan tidak lembut. Ia juga akan membuatkan segala kerja2 kita lebih bersih :-) Oh, tip ini saya dapat dari seorang sahabat istimewa di RH, sapa lagi, kak Asniza.

- Selepas selesai menguli selama 1 jam, rehatkan doh. Tutup doh dengan plastik. Dan biarkan doh kembang untuk dua kali ganda. Biasanya, ia akan mengambil masa 1 jam atau lebih.

- Selepas doh kembang, tekan2 doh untuk membuang segala angin yang berada di dalam doh. Dan bolehlah menjalankan proses membentuk doh dan masukkan inti.

Cara 2:
- Untuk pengguna bread maker, masukkan air dan telur ke dalam BM anda. Kemudian, masukkan semua bahan kering termasuk mentega, dan akhir sekali baru masukkan yis. 'On'kan BM anda seperti biasa, dan biarkan BM jalankan tugas. Biasanya untuk membuat doh, BM akan mengambil masa 1 jam 30 minit.

- Selesai sahaja BM anda beroperasi, bentuklah doh ikut suka anda... :-)

Inti Mocha Buttermilk

100gm mentega tanpa garam (cairkan suhu bilik)
30ml susu pekat
70gm gula aising
sedikit garam
2 biji kuning telur
1 sdt cappucino/coffee emulco
120gm susu tepung (di ayak)

Cara membuat inti:
- Pukul mentega, susu pekat, gula aising dan kuning telur dalam satu bekas. Masukkana cappucino emulco. Apabila semuanya sudah nampak sempurna, masukkan susu tepung. Gaul lagi sehingga ia benar2 sebati.

- Masukkan inti ke dalam doh tadi. Susun di atas dulang pembakar.
- Biarkan sehingga doh roti kembang sekali lagi. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu oven bergantung pada oven masing2)



Untuk Hiasan:
- Panaskan coklat secara double boiler. Masukkan dalam plastik, dan lorekkan atas roti. Sila tunggu roti benar2 sejuk untuk hiasan coklat ini.....

Selamat mencuba!

Wednesday, September 21, 2011

Buttermilk Bun ~ Roti Mentega Susu~

Assalamualaikum....
Agak lama tak membuat roti. Hari ini, saya merajinkan diri menguli roti untuk anak2. Belek2 buku resepi, terjumpa roti mentega susu ni. Nampak menarik. Lagipun belum pernah cuba lagi. So, nekad di hati mencuba resepi baru ini. Nampak gaya, cara buat pun mudah. Dan kebetulannya, semua bahan ada di rumah. Rasanya yang sangat berkrim dan sangat bersusu membuatkan hati terpikat dengan roti ini. Cumanya, struktur roti ini tidaklah lembut dan gebu kerana memang begitu keadaannya, tapi rasanya sangat enak. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara membuat roti yang menarik ini.


Bahan doh roti:
A : 240gm tepung berprotien tinggi
        60gm tepung berprotien rendah
          3gm roti improver (saya tak guna pun benda ni)
         30gm gula kastor
         1/4sdt  garam
           4gm yis kering (dalam 2 sudu besar)
B :  80ml air
     100ml susu segar (saya gunakan 2 sudu besar susu tepung + 100ml air biasa)
C : 25gm mentega (suhu bilik)

Bahan inti perisa susu :
E : 100gm mentega tanpa garam (cairkan suhu bilik)
       30ml susu pekat
       70gm gula aising
        sedikit garam
F : 2 biji kuning telur
G : 120gm susu tepung (di ayak)
* sukatan ini boleh 2 kali bancuhan doh di atas. Boleh dibahagi 2.

Bahan Topping
H : 30gm mentega tanpa garam (cairkan pada suhu bilik)
      20gm gula kastor
I : 500gm tepung berprotien rendah (diayak)


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk, dan digaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh

2. Tambah bahan C, dan uli lagi sehingga tekstur doh menjadi licin dan anjal. Biarkan doh naik selama 50 minit.

3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil, (saya timbang 25gm satu bahagian), bulat2kan dan rehatkan doh selama 10 minit.

4. Untuk inti, pukul semua bahan E sehingga kembang. kemudian, masukkan bahan F diikuti dengan bahan G, adun sebati.

5. Ambil satu doh, tekan doh di tapak tangan, dan leperkan doh dengan menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Masukkan inti, tutup dengan kemas, bulatkan dan susun dalam dulang pembakar. Ulang sehingga ke doh yang terakhir

6. Biarkan doh naik sekali lagi selam 25-30 minit.

6. Untuk topping, gaul rata bahan H, kemudian masukkan bahan I. Setelah sebati, taburkannya di atas doh tadi. Sebelum itu, bahagian atas doh hendaklah disapu dengan putih telur, baru ditaburkan bahan topping tadi. Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius, selama 15-20 minit.


Lihat bahagian dalamnya dari jarak dekat...... so milky and creamy!

Sekian untuk kali ini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...