Wednesday, September 18, 2013

Pizza Roti Putih - Sosej & Ayam

Assalamualaikum....
Jam 4 pagi saya sudah bangun (tak tido pun sebenarnya) untuk menyiapkan makanan permintaan anak2. PIZZA! Lama sungguh mereka minta saya buatkan pizza. Saya sudah pun membeli keju mozarella sejak minggu lepas. Tapi, kerana tuntutan tugas lain, terpaksa saya KIVkan dulu permintaan anak. Anak nombor 4 saya, Hijaz, hari2 bertanya, "Bila umi nak buat pizza?" Dan, hari ini, saya ada sedikit kesempatan waktu untuk menyiapkan permintaan mereka. Tidur, ku korbankan... uhuk...uhuk...uhuk.... Kalau tidak, ada yang merajuk nanti!


Pizza yang ringkas dan mudah. Ada sedikit rasa malas untuk menguli tepung, walaupun ia merupakan kerja breadmaker. Jadi, saya hanya menggunakan roti putih Gardenia sahaja. Mudah! Yang penting, PIZZA!

Mari lihat bahan-bahannya:


10 keping roti putih Gardenia - saya buat 2 dulang
Sos pasta asli ADABI
Ayam kisar - masak seketika bersama lada sulah dan oregano
Sosej - direbus
1/2 biji cili benggala hijau
3 biji cendawan butang
Keju mozarella
Keju keping
Herba oregano (tiada dalam gambar, sian dia. Lupa nak pose sekali, huhuhuhu)
Nenas dalam tin, dipotong kiub
Mayonis / Thousand Island Sos

Cara membuatnya:
- Sapukan loyang dengan butter.
- Susun roti memenuhi loyang seperti dalam gambar dibawah.


- Sapukan roti dengan sos pasta asli ADABI


- Letakkan bahan2 lain seperti ayam kisar, sosej, cili benggala, cendawan butang.
- Koyak2kan keju keping, letak di atas permukaan pizza.
- Taburkan dengan keju mozarella secukupnya. Nak lebih banyak pun boleh.
- Taburkan dengan sedikit herba oregano.
- Pipekan mayonis/ thousand islan sos atas permukaan pizza.

Saya buat 2 dulang. 1 dulang letak mayonis, tanpa cili benggala untuk anak2.
1 dulang lagi untuk saya dan en. suami terchenta!

- Bakar selama 5-10minit pada suhu 175 darjah celcius, atau sehingga keju mencair.
- Nikmatinya di saat ia masih panas..... dan yummmy!

 Pizza roti edisi kanak-kanak

  Pizza roti edisi dewasa :-)

Selamat mencuba bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Mudah, ringkas dan sedap! :-)

5 comments:

  1. Liza pun selalu buat pizza cmni, kdg2 guna roti arab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi liza!
      senang, kan? hehehe....
      liza guna roti arab? wow.... best tu.
      nak try jugak lain kali

      Delete
  2. salam kak fiza ,
    boleh bgthu cara simpan mayo agar xcepat masam ? sbb saya baru bukak satu malam n simpan dalam peti sejuk tapi dah masam . rugi woo rm10 , harap kak fiza boleh tolg ,emel sy ae feruzfauzi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam dik
      baru buka 1 malam dah masam? dik, mayonis kan mmg rasanya masam.

      Delete
  3. kak, sy suka wat doh sndiri. sy letak bwg putih yg dikisar halus dg ovellete. gebu kak walo first time..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...