Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Apam Beras

Alhamdulillah, inilah satu-satunya kuih apam yang memenuhi piawaian selera tekak saya dan suami, juga anak2. Saya buat apam ni sebagai hidangan minum petang keluarga saya petang tadi. Pertama kali membuatnya, alhamdulillah, menjadi. Resepi asal dari Atun, di FB. Terima kasih Atun, resepi yang terbaek!!!!

Apam Beras

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 peket yeast mauripan (11 gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
Secubit garam 

Cara-cara membuatnya :
~ Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi dan air.
~ Gaul semua bahan tersebut dan ketepikan seketika.
~ Sementara itu, kisar nasi bersama air sehingga halus.
~ Satukan nasi yang telah dikisar ke dalam bahan yang telah digaul tadi, dan sebatikan adunan.
~ Biarkan adunan mesra selama 1 jam kerana adunan akan mengembang selepas itu.
~ Tambahkan perisa dan pewarna yang anda gemari, atau mahu ia kekal sebagai warna asal pun boleh. Saya tambahan esen pandan dan pewarna hijau.
~ Selepas 1 jam, panaskan kukusan, dan sapu loyang atau acuan kukusan dengan sedikit minyak.
~ Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan anda separuh dari acuan tersebut kerana apam akan naik selepas ia masak.
~ PERINGATAN : Acuan harus di sapu minyak terlebih dahulu supaya apam mengikut bentuk apabila telah masak nanti.

Sekejap je habis, sebab saya guna acu lompang, jadi hasilnya comel2 jer... :-)

Friday, June 24, 2011

Apam Marble Ceria

Ah... nama! Ceriakah? Haruslah ceria ok! Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan buat apam... hohoho. Terlebih rajin sikit pepagi ni. Pukul 5 pagi saya bangun untuk membuat apam marble ceria ni. Lama dah dapat resepi sebab tengok orang buat, cantik je apam ni. Gebu dan lembut! Saya dapat dari Hamidah Kamal, di FB. Tapi, saya telah kecilkan sukatannya, kerana sukatan yang diberi oleh empunya resepi amatlah besar.

 Apam Marble Ceria :-)

Bahan-bahan :
2 biji teur - saiz AA (kalau saiz sederhana, gunakan 3 biji)
1 sdt ovallete
*150 gm tepung gandum
*1/2 sdt baking powder
120 gm gula halus
100 ml santan
1/2 sdt esen vanilla
25 ml air biasa
sedikit garam
Pewarna (merah, hijau dan kuning)

Cara-cara :
~ Panaskan kukusan dengan api sederhana, griskan loyang dengan marjerin.
~ Ayak tepung dan baking poeder, ketepikan.
~ Pukul telur bersama ovallete sehingga kembang, gebu dan putih.
~ Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
~ Masukkan esen vanilla, santan dan diselang-selikan dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi.
~ Masukkan air dan secubit garam, kacau rata dan sebati.
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan masukkan adunan secara berselang seli dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
~ Kukus selama  30-40 minit.

Selepas dikeluarkan dari loyang

Siap untuk dimakan

Selamat mencuba!

Friday, June 10, 2011

Apam Mentega Gula Hangus (II)

Dapat resepi dari Kongsi Resepi kat FB. Puteri Tega yang publish resepi ni... Saya beri nama Apam Mentega Gula Hangus. Dah ubah sikit resepi untuk lebih kurang 24-25 biji je. Resepi asal dapat 50 biji, sapa nak makan banyak2. Buat kenduri boleh ler... Heheheh....

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega
(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara:
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan....


Hasil selepas kukusan, kuih sangat lembut, gebu dan lembap... enak! Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi....

Wednesday, June 1, 2011

Apom Kastard

Apom Kastard
Tak cantik sebab firstime buat kuih ni....
Saya dapat resepi ni dari perbincangan di forum Ratuhati.com. Resepi ni kak Sue Aleen yang bagi, so, saya dah try..... terima kasih kak!

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri diayak
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar
(tambah 1/2 cwn air jika adunan pekat, agak2 spt adunan pancake/dadar tpi jgn terlalu cair)
1 sudu besar marjerin, dicairkan

Inti Kastard
1/2 cawan gandum
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis) (saya guna 1/4 cawan je)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, gula, yis, majerin cair dan pewarna gaul hingga sebati

2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan selama 1 - 2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.

3. Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama nanti cepat hangus.

4. Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.

5. Untuk Inti : Satukan semua bahan inti, kemudian tapis. Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga kental dan berkilat.

6. Apom akan menjadi semakin lembut apabila sejuk.

7. Inti boleh di ganti dengan jagung cream atau inti kaya.

Sunday, April 24, 2011

Apam Puteri Ayu

Apam Puteri Ayu

Resepi asal dari, blog Vill. Tq Vill, sebab sharekan resepi yang best ini. Resepi asal di SINI.

Bahan-bahan:
5 biji telur (saiz kecil) - saya guna 4 biji telur saiz besar
250 gm tepung gandum
300 gm gula - saya kurangkan pada 250 gm sahaja
2 camca teh ovallete
1 camca teh baking powder
250 ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan - saya gunakan 3 helai daun pandan, dikisar bersama 100 ml air. Ambil airnya sahaja.
kelapa putih secukupnya, digaulkan bersama sedikit garam dan tepung ubi.

Cara membuatnya:
- Panaskan kukusan dahulu, dengan menggunakan api yang kecil.
- Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder dan air pandan / paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan.
- Masukkan kelapa putih dubahagian bawah acuan dan mampatkan.
- Masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 5-10 minit.
- Setelah keluarkan dari kukusan, biarkan ia sejuk seketika supaya senang untuk dikeluarkan.

Sunday, December 12, 2010

Home-made Apam Balik

Saya dapat resepi apam balik dari ruangan diskusi di Ratuhati.com, diilhamkan dari adik Lady of Leisure, dan resepi ini ada juga dalam blognya. Sila klik SINI. Ini hasil tangan saya dan suami:

Apam balik dalam pan lagi
Dah siap untuk dimakan
Bahan2:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
Sedikit mentega untuk mengoles
Bahan tabur: gula, kacang tanah yang sudah dikisar, jagung manis serta sedikit butter


Cara membuatnya:

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!
p/s: Lady punya apam balik lagi cun la.... Kredit untuk Lady!

Apam Gula Hangus (I)

Apam gula hangus setelah dipotong

Bahan
100gm gula + 100ml air = masak, dijadikan gula hangus

70 gm buttet (dicairkan)
75 ml susu cair
2 biji telur ( dipukul. saiz telur saya kecil. kalau saiz telur besar, gunakan sebiji dah cukup)
150 gm tepung gandum (diayak)
1 sdt soda bikarbonat
secubit garam
50 gm gula

Cara
- Masukan butter, susu cair da telur ke dalam gula hangus dalam satu bekas
- Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda, masukan garam dan gula juga.
- Gaul rata.
- Masukan campuran gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung. Kacau sebati.
- Masukan dalam acuan yang telah digris.
- Kukus selama 30 minit, atau sehingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...