Saturday, January 16, 2016

HOMEMADE NUGGET AYAM

Assalamualaikum
Lama sgt halaman ini menyepi. Ada beberapa sebab mengapa saya terpaksa menyepikan diri sebelum ini. Biarlah rahsia :-). Kali ni Fiza nak simpan resepi homemade nugget. Best sgt bila dpt hasilkan nugget sendiri. Happy sgt tgk anak2 makan dengan selera. Senang je... boleh la try sapa yg sudi. Fiza dah pernah share resepi di FB.




RESEPI HOMEMADE NUGGET AYAM

400 gm isi ayam (kisar dgn pengisar kering)
Setengah batang carrot disagat
Sebiji bwg besar dicincang
Sebiji telur ayam
1½ sdk tepung ubi/tpg jagung
2sdb serbuk roti
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Sedikit gula

Bahan salut:
Tepung ubi
Telur yg dipukul ringan
Serbuk roti

Cara2nya - Masukkan semua bahan dlm satu mangkuk. Gaul semua bahan sehingga sebati. 
Bulat²kan ia, saiz terpulang pd kita nak buat besar atau kecil, lbh baik saiz sedang2 aje supaya masak sekata hingga ke dalam. 
Dah bulatkan, ratakan seluruh nugget dgn tpg, telur dan serbuk roti.
Goreng sehingga masak.

* Blh ditambah sayuran lain spt cendawan butang dicincang halus, atau jagung.

SELAMAT MENCUBA.



Lepas ni boleh buat byk2, dan simpan dalam peti beku. Bila anak2 nak, tinggal goreng je. Nak buat bento anak2 ke sekolah pun boleh. 

Ini bento saya bekalkan utk anak2 saya.
 Nampak tak ada homemade nugget ayam yg saya buat tu....

Ok...sekian dulu buat waktu ini. Insya Allah resepi lain menyusul akan datang.

1 comment:

  1. TQ share resipi nuggget ayam... nk try buat laa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...