Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts
Showing posts with label Swiss Roll. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Red Velvet Swissroll

Heheheheh....
Pakar2 kek mesti rasa nak gelak, kan. Saya ubah RVC tu pada swissroll. Sebenarnya, ini percubaan saya membuat RVC dalam bentuk swissroll. Jangan gelakkan saya sebab ini hanya percubaan sahaja, dan tak sangka ia sedap juga dengan cream cheese frosting yang rasa lemak masam2 manis tu. :-)

Sebenarnya, saya bukan penggemar kek butter, jadi, sesuka hati je saya mengubah resepi RVC ni pada kek swissroll. Boleh je, kan? Kita buat dia.... Heehheeeee....


Nak tahu ke cara saya bagaimana? Ok, saya kongsikan disini.... Bolehla mencubanya ye pada yang berkenan.

Bahan-bahan:
Bahan A
4 biji kuning telur
70ml minyak jagung
45ml air
70gm gula halus
*150gm tepung gandum
*1 sdt baking powder
*1 sdb serbuk koko
secubit garam
1 sdt esen vanilla

Bahan B
4 biji putih telur
50gm gula halus (boleh ditambah kalau suka pada rasa kek yang manis)

Bahan C - Buttermilk-
1 cawan susu segar/ susu cair + 1 sdb cuka makan / jus lemon - dibiarkan selama 10minit
1 sdb pewarna merah jambu / merah

Bahan D 
1 sdt cuka
1 st soda bikarbonat


Cara-cara membuatnya:
1. Ayakkan bahan bertanda * dari bahan A
2. Pukul kuning telur, gula halus, dan air sehingga gula larut. Masukkan minyak jagung dan esen vanilla.
3. Kemudian, masukkan bahan yang di ayak tadi sambil diselang-selikan dengan bahan C (buttermilk). Kacau sebati.
4. Dalam bekas lain, satukan bahan D. Habis sahaja buih, teruskan masukkan campuran ini ke dalam bancuhan tadi.
5. Pukul putih telur dari bahan B sehingga berbuih, masukkan gula danpukul lagi sehingga ia menjadi meringue.
6. Masukkan bahan B ke dalam bancuhan yang telah bercampur dengan tepung tadi dengan kaedah kaup balik.
7. Panaskan oven 170 darjah celcius.
8. Lapik dulang pembakar (saya guna saiz 26cm x 26cm) dengan kertas pembakar.
9. Isi dulang pembakar dengan bahan kek dan bakar selama 20minit.
10. Sejukkan dahulu sebelum digulung dengan krim pilihan.

Oleh sebab kek ini ialah RV, maka saya memilih utk gulungkan bersama cream cheese frosting. Saya dah update di entry RVC yang lepas. :-)

Wednesday, February 15, 2012

Chocolate Swiss Roll

Assalamualaikum....
Hari ni hari pertama saya update sesuatu dalam blog ini untuk tahun 2012 ni. Aduhai, banyaknya masa terperap di dapur konvensional saya tu, berbanding dapur alam maya ni. Sekarang ni, memang tak sempat nak mencuba aneka resepi yang lain ekoran masa yang terhad. Dan memandang saya dah lama tak update halaman ini, hari ni digagahkan diri meng'update' sesuatu yang telah saya buat malam tadi. Dan resepi ini masih tiada dalam senarai di sini, jadi tak salah rasanya untuk saya kongsikan bersama.

Malam tadi saya cuba membuat swiss roll. Resepi asal saya dapat dari dapur Cik Mat Gebu, untuk resepi kek chiffon, tapi saya ubah untuk menjadikannya swiss roll. Dan resepinya sedikit sebanyak saya telah ubah ikut suka hati saya. Heheheeh.... minta ampun dan minta halal ye Cik Mat Gebu. :-)


Bahan-bahan:
Bahan A:
4 biji kuning telur
50 gm gula
125gm tepung gandum
1 sdt baking powder
25gm serbuk koko
75ml minyak jagung
125ml air
1 sdt esen vanilla

Bahan B:
4 biji putih telur
50gm gula halus

Cara membuat:
(A)
1. Satukan tepung gandum, baking powder dan serbuk koko, dan ayak.
2. Asingkan putih dan kuning telur.
3. Satukan kuning telur bersama gula (Bahan A), dikacau rata. Masukkan air dan kacau sehingga gula hancur. (saya pukul guna mixer)
4. Masukkan bahan2 yang telah diayak, gaul sebati.
5. Kemudian masukkan minyak jagung dan esen vanilla. Gaul sebati. Ketepikan

(B)
6. Pukul putih telur sehingga berbuih, dan masukkan gula halus (Bahan B). Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga berkrim dan bertanduk.

7. Satukan (B) ke dalam mangkuk (A), dan sebatikan dengan kaedah kaup balik.
8. Panaskan oven 170 darjah celcius.
9. Lapik dulang pembakar (26cm x26cm) dengan kertas pembakar.
10. Tuang adunan lebih kurang 250gm ke dalam dulang dan ratakan. Bakar selama 15minit. Sejukkan dahulu sebelum digulung dengan krim pilihan.


Krim pilihan saya ialah krim yang saya buat sendiri. Aci sembrono je membuat krim ni. Sapa nak try boleh la ikut. Atau boleh juga gunakan krim yang biasa anda gunakan yang lain.

Krim saya, begini.....

250gm butter
125gm gula
1/2 cawan air
2 biji air limau kasturi

- Masak gula bersama air sehingga gula larut. Perahkan air limau.
- Pukul butter sehingga kembang dengan speed paling tinggi.
- Masukkan air gula tadi, dan pukul lagi sehingga ia menjadi sebati dan berkrim.
- Boleh disapukan pada kek tadi, dan gulung kek dengan berhati2.

Bahan hiasan:
Chocolat rice.

Sebenarnya tak susah mana pun nak membuatnya. Cuma perlukan kemahuan hati dan kesabaran sedikit. Jadi selamat mencuba pada yang berminat mencubanya. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...