Ada banyak pisang berangan yang suami beli di pasar, pisang pulak sudah terlampau masak. Dah agak bonyot jugak la... Daripada terbuang begitu sahaja, baik dilakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Saya jumpa resepi yang mudah dari IDA, cuma saya ubah la sikit kasi lain dari yang lain. Terima kasih ye Ida!
Kek Pisang Marble
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
3/4 cawan gula
8 biji pisang berangan masak ranum - dilecek
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
Secubit garam
1 sdt coklat emulco
Cara-cara :
- Panaskan oven 180 darjah calcius, ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur dan gula hingga kembang, gebu dan putih.
- Masukkan esen vanilla dan pisang lecek. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi.
Gaul rata.
- Masuk pula minyak jagung dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di campur dgn coklat emulco, dan satu bahagian lagi adalah bahagian asal.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah di gris bersama marjerin dan dialas dgn kertas surih. Tuang secara berselang seli dengan adunan coklat dan adunan asal. Lorekkan sedikit dengan menggunakan lidi supaya terhasil corak.
- Hiasankan dengan hirisan pisang dan coklat urai.
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius, selama 50 minit.
- Setelah masak, sejukkan pada redai.... dan hidangkan.
Baru keluar dari oven, panas lagi...
Lihat.... gebu sangat. Makan suam2 hangat, memang menyelerakan.
Panas lagi, memang dasar tidak sabar si Fiza ni! Tak peduli dah!!
Selamat mencuba!




