Ada banyak pisang berangan yang suami beli di pasar, pisang pulak sudah terlampau masak. Dah agak bonyot jugak la... Daripada terbuang begitu sahaja, baik dilakukan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Saya jumpa resepi yang mudah dari IDA, cuma saya ubah la sikit kasi lain dari yang lain. Terima kasih ye Ida!
Kek Pisang Marble
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
3/4 cawan gula
8 biji pisang berangan masak ranum - dilecek
1/2 cawan minyak jagung
2 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
Secubit garam
1 sdt coklat emulco
Cara-cara :
- Panaskan oven 180 darjah calcius, ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur dan gula hingga kembang, gebu dan putih.
- Masukkan esen vanilla dan pisang lecek. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi.
Gaul rata.
- Masuk pula minyak jagung dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di campur dgn coklat emulco, dan satu bahagian lagi adalah bahagian asal.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah di gris bersama marjerin dan dialas dgn kertas surih. Tuang secara berselang seli dengan adunan coklat dan adunan asal. Lorekkan sedikit dengan menggunakan lidi supaya terhasil corak.
- Hiasankan dengan hirisan pisang dan coklat urai.
- Bakar pada suhu 180 darjah celcius, selama 50 minit.
- Setelah masak, sejukkan pada redai.... dan hidangkan.
Baru keluar dari oven, panas lagi...
Lihat.... gebu sangat. Makan suam2 hangat, memang menyelerakan.
Panas lagi, memang dasar tidak sabar si Fiza ni! Tak peduli dah!!
Selamat mencuba!
mmg ada resepi marble pisang ni. banyak kan resepi dari pisang. baru ni buat rich banan bread. sedap...memang best makan suam2.nama je bread tapi macm kek sebenarnya
ReplyDeletetu la izah, lepas saya buat ni, saya try google, baru tau mmg ada rupanya. heheheh, cuma say aje ketinggalan. rich banana bread? nama mcm best je, boleh try cam ni. resepi, please!
ReplyDeleteSalam cantik kek mable pisang ni...npk sunggu gebus....suka sagat kuih2 yg berasaskan pisang...akk dtg bawakan mapin durian nak tukar gan kek pisang marble ni...
ReplyDeletesalam kak shiela,
ReplyDeletesyoknya kalau dapat makan mafin durian tu betul2.... heheheh
terima kasih ye kak!