Monday, June 13, 2011

Kek Lapis Strawberry Coklat

Gatal2 mencuba kek baru, tak pernah lagi membuatnya. Saja mencuba, kot2 sedap. Sebab dari komen orang yang memakannnya, sedap... maka saya publishkan di sini. Kek ni hasil rekaan saya sendiri..

Kek Lapis Strawberry Coklat


Bahan-bahan:
Bahan (A):
180 gm mentega
80 gm gula halus
1 sdt ovallete
4 biji telur (Grade AA)

Bahan (B):
3 sdm susu pekat
4 sdm kaya asli
1 sdt esen vanilla
180 gm tepung gandum
1 sdt baking powder

Bahan (C):
250 ml susu cair

Bahan (D):
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco

Bahan (E):
1 sdt strawberry emuco
1 sdt pewarna merah

Cara-cara membuatnya :
- Ayak tepung gandum bersama baking powder, dan ketepikan.

- Pukul mentega, ovallete dan gula halus sehingga kembang.

- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus memukul sehingga sebati.

- Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau rata.

- Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.

- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian :
(A) Campurkan coklat emulco dan cappucino emulco
(B) Campurkan strawberry emulco dan pewarna merah
* Boleh ubah rasa ikut selera masing2.

- Kukus selapi demi selapis, setiap lapisan dikukus antara 4-5 minit.

- Kukusan terakhir 30 minit.

Selepas di keluarkan dari loyang... buruk je nampak.

Topping (ikut suka nak letak atau tidak. Kalau letak lebih sedap rasanya :-))
2 sdb merjerin / butter
1/2 cawan serbuk koko. (Kalau guna serbuk koko Van Houten, kurangkan sikit, kalau tak rasa pahit.)
3 sdb susu cair
4 sdb susu pekat.

Cara - Satukan semua bahan dalam periuk kecil, dan masak secara duoble boiler. Tuang topping atas kek, dan taburkan coklat urai....

Siap untuk dimakan

7 comments:

  1. wahhh bestnya fiza..
    akak suka kek strawbery...nnt kalau ada masa,nak cubalah pulak.

    ReplyDelete
  2. hai kak mazz,
    cuba la, fiza makan semalam pun dah waktu petang, baru rasa sedap, sebab kombinasi rasa kopi coklat dgn strawberry...

    ReplyDelete
  3. salam nieda,
    terima kasih sudi singgah sini...
    alhamdulillah, tak sangka ia dapat pujian :-)

    ReplyDelete
  4. tq...maz ada buat td...mmg best...tq yer ...

    ReplyDelete
  5. salam mazswetslady64
    terima kasih sudi mencuba
    saya pun lama dah tak buat kek lapis ni...

    ReplyDelete
  6. tkash fiza share resepi ni. Anak akak nk kek ni utk sambut bday dia .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...