Saturday, June 11, 2011

Roti Jala Kari Ayam

Roti Jala Kari Ayam

Bahan-bahan untuk roti jala :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 cawan santan
1 biji telur
1/2 sdt pewarna kuning
Secubit garam

Caranya:
- Satukan semua bahan, dan gaul rata sehingga semua bahan sebati. Tambahkan sedikit minyak dalam bancuhan tadi supaya apabila masak ia tidak melekat di kuali.

- Tapis bahan tersebut, dan kiraikan adunan menggunakan acu roti jala di atas kuali leper.

- Biarkan ia garing seketika, angkat dan gulung dengan segera.

Bahan-bahan untuk kari ayam :
Ayam (ikut suka banyak mana mahu guna, saya guna 1/3 ayam)
3 sudu rempah kari
4 biji kentang - di potong dadu
500ml santan
Sedikit air asam jawa

Bahan tumis :
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diketuk
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang

Cara :
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 tumisan sehingga naik bau.

- Masukkan rempah kari dan air asam jawa. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.

- Masukkan ayam, ubi kentang dan santan. Gaul rata dan biarkan ayam dan kentang lembut.

- Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Pastikan kuah mendidih lama dan benarkan ia pekat.

2 comments:

  1. saya suka makan getas nie. Tapi tak reti nak buat. next time buleh try resepi kak fiza nie, nyum-nyum :)

    ReplyDelete
  2. idazs,
    awak ni mengomen salah entry la... heheh
    ni cerita apasal roti jala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...