Tuesday, June 21, 2011

Kek Karamel

Kek pertama saya menggunakan oven baru saya, ialah kek ini. Ini kek karamel, kak Sue Aleen yang bagi resepi kat forum RH. Jadi, pagi tadi saya mulakan operasi. Ini hasil yang saya buat. (Saya belum berpuas hati)


Walaupun tidak berpuas hati dengan hasil pertama ini, saya tetap mahu menyimpan resepi ini di sini sebagai rujukan saya akan datang.

Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml) 
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.


(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya gunakan minyak jagung)
70 gm gula kastor (saya kurangkan 50gm)
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya kurangkan juga 50gm)
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.



Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.

Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.



 Ini yang saya tak puas hati, selepas diterbalikkan, ada lebihan air gula hangus meleleh di tepi pinggan. Kenapa ye? Musykil sungguh... Rasanya, saya sangat taat pada resepi ini. Sedikit pun tidak derhaka.

Sehinggakan saya terpaksa serapkan air lebihan gula tu dengan menggunakan tisu supaya hasil gambar menarik sedikit.... Aduhai...!

Gambar saya bersama watermark yang sangat cantik,kan? Hehehe.... hasil kerja kak As Ni Za. Terima kasi banyak2 kak! :-)

Bandingkan dengan hasil kak Sue Aleen, sangat smooth dan cantik.
Kredit buat kak Sue Aleen (pinjam gambar ye kak)


11 comments:

  1. cantik dh tu kak :) nyum-nyum..

    ReplyDelete
  2. bg akak la kan..air gula tu kalau dah meresap dlm kek lg menyedapkan rasa kek tu..lembab2 gitu, takkan kering rasa kek span..
    tp mgkn sbb terlebih air masa buat keremel tu yg jd bnyk sgt tu..
    akk masa mula2 dulu pon bnyk yg tak lulus, lama2 dah pract.buat selalu, dah blh ambil tempahan..buat lagi..hehe..sedap kan..

    ReplyDelete
  3. Anna, tang karamel tu mana de letak air. gula dia banyak tu.


    Fiza, comel dah tu. 1st timer buat terus dapat camni ok apa. ada yang buat mendap kat tengah, roboh lapisan susu, kek tak naik, dll lagi.

    ni bila buat ni? si encik Subky komen apa?

    ReplyDelete
  4. Anna,
    sebab ini pertama kali buat,kan so, saya rasa ok la....
    lepas ni buat boleh perbaiki lagi.
    terima kasih ye atas nasihat. :-)

    ReplyDelete
  5. kak sue,
    tu la, fiza risau gak masa nak terbalikkan kek tu. fiza buat time pagi, en. subky tak ada. tak tahu apa respon dia balik... ni tgh tunggu dia balik la ni, tgk respon dia....hehhe

    lain kali buat nak kurangkan sikit kuantiti gula sebab loyang fiza kecik jer.

    ReplyDelete
  6. Cantik dah kek fiza ni..mesti sedapkan gabungan kek dan karamel tu..akak belum cuba lagi..kenapa tak puas hati? ada yg tak kena ke dgn resepi ni? Risau lak nak cuba bila fiza kata tak puas hati..

    ReplyDelete
  7. kak mieza,
    tak puas hati pada mulanya sebab ada lebihan air biladah terbalikkan kek. resepi ni sgt baik kak... tak de masalah pun. saya je salah teknik, masa buat gula hangus tu terlabih sikit, tak sesuai dgn loyang yg kecik. kek ni sgt sedap kak, lagi2 makan time sejuk...

    ReplyDelete
  8. Tumpang lalu...tak pernah buat kek nih...berminat nak try..tp ada kemuskilan sikit...bila dah tuang adunan karamel..next kita tuang adunan kek right..tp bukan kah karemel tuh masih cair...atau kita masak dulu caramel tuh baru layerkan ngan adunan kek?...tq

    ReplyDelete
  9. nenekeramat,
    tuang je adunan kektu, kang bila dah masak, secara otomatik ia akan terpisah.
    tapi, kalau tak konfiden, boleh kukus kejap adunan karamel dan susu tu dulu, then baru tuang kek....

    ReplyDelete
  10. ooo.. ok ok.. sy pun terpikir gak kot adunan susu n kek tu tercampur mase masak nanti.. :) first time nk try..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...