Inspirasi dari blog embunrosaliza rasa teruja nak buat... dapat dan terus buat. Kebetulan ada barang kat rumah, Cuma saya kehabisan esen vanilla je, tapi, tanpa esen vanilla, ia tetap menjadi.
Puding Roti Karamel
Bahan - bahan :
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
2 cawan air suam
1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya:
- Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan kukusan.
- Sementara itu,Kisarkan roti bersama air suam dan susu.
- Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus sehingga masak...
Baru lepas terbalikkan.....
Siap dimakan....
assalam fiza, mekasih sudi cuba resipi akk..n,pk pun sedap tu..akk folo fiza
ReplyDeletew salam kak liza,
ReplyDeleteterima kasih atas resepi akak yg best tu. len kali buat resepi best2 lagi yer. fiza nak try...
terima kasih follow fiza!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam, arini saya nak try buat puding ni la..mkaseh ye 4 da resepi.
ReplyDeletenyum222! nak cuba la nanti, tq kak :)
ReplyDeleteohoho senang jer resepi dan cara nak buat....bolehlah try esok2....
ReplyDeletenice...!!!
cm senang jew nk wat,bahan pon ade nie sok sy mau wat....huhu!
ReplyDelete