Thursday, June 16, 2011

Keli Goreng Bercili

Ikan keli merupakan kegemaran kami sekeluarga. Setiap minggu pasti ada menu berasaskan ikan keli. Untuk kali ini, resepi yang akan dikongsikan ialah keli goreng bercili.


Bahan-bahan
7 ekor ikan keli (saiz sederhana) - Kalau ikan keli saiza besar, biasanya saya akan potong 2.
*12 biji cili merah
*1 labu bawang besar
*6 ulas bawang putih
1 sdt pes asam jawa (guna Adabi je, senang)
1 cawan air biasa
5 biji cili padi (bulat2, tak perlu diketuk atau di ricih)
1 labu bawang besar - dipotong bulat sebagai hiasan
Bahan perasa garam dan gula

Cara memasaknya
- Ikan keli digoreng sedikit garing bersama kunyit dan garam. Ketepikan.
- Kisarkan bahan2 yang bertanda * , dan tumiskan dengan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan pes asam jawa dan air, kacau rata. Biarkan seketika sehingga sambal sedikit kering.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Apabila sambal kelihatan kering, masukkan cili padi dan ikan keli. Gaul sehingga ikan keli rata dengan sambal.
- Akhir sekali, sebelum angkat, masukkan hirisan bawang besar, dan gaul rata lagi. Tutup api, dan hidangkan.

6 comments:

  1. sedapnya...feveret ayu ni..^_^

    ReplyDelete
  2. ayu,
    terima kasih kerana sudi singgah sini. feveret kami sekeluarga juga tau. :-)

    ReplyDelete
  3. feberet2 gak ikan keli....nak makan sauk jer dalam kolam...senang kan...hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya...suka sgt tapi xpernah masak pun..hubby tak berapa suka....=(

    ReplyDelete
  5. Just Dila,
    owh, dila ada kolam ikan keli yer. seronok la kalau cam tu. senang. terima kasih ye sebab singgah sini.

    ReplyDelete
  6. Kasih Ibu,
    alahai... hubby tak suka ke? tak mengapa la. nak buat mcm mana,kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...