Kadang-kadang pening kepala jugak memikirkan apa yang perlu dimasak sebagai juadah tengahari. Lagi-lagi kalau bahan di rumah hanya ada sekadar itu saja. Tengok di peti sejuk, ada ayam sahaja sebagai lauk utama, dan ada pulak nenas pemberian jiran sebelah rumah. Maka, terciptalah resepi yang kata Ikhwan, "Sedap la mi, Iwan makan 3 ketul ayam ye" :-)
Bahan-bahan :
10 ketul ayam - digoreng separuh masak
*1/2 biji bawang besar - dihiris
*3 ulas bawang putih - dihiris
*3 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 biji nenas - saiz kecil, di potong dadu ( bahagian tengah nenas dikisar, ambil airnya)
Bahan perasa (garam dan gula secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - untuk pekatkan kuah.
Cara-cara memasak:
- Ayam yang telah digoreng, ketepikan seketika.
- Tumis bahagian yang bertanda *, sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata.
- Masukkan jus nenas. Kacau lagi.
- Bila dah agak menggelegak, masukkan ayam goreng tadi.
- Biarkan seketika, dan masukkan pula nenas yang telah dipotong dadu.
- Masukkan pula, bawang besar yang telah dipotong bulat.
- Masukkan sos ikan dan perasakan lagi dengan bahan perasa.
- Untuk memekatkan kuah, tuang bancuhan tepung jagung bersama air.
- Hiaskan dengan sedikit potongan cili merah dan hirisan daun bawang. (Kalau tak nak hias pun tak mengapa, terus je makan. Ni sebab nak tepek sini, hias la kasi cantik sikit :-))
Enak dimakan bersama nasi panas..... Selamat mencuba!
hmmm..nmpak menyelerakan...
ReplyDeleteAnna Qawina,
ReplyDeletebegitu la gayanya... hehehe
As'salam fiza
ReplyDeletesedapnya tengok ayam halia berjus nenas tu, berselera pulak k.ct tengok. anak2 memang gemar makan ayam pulak tu. boleh lah cuba nanti, insyaAllah.
Ct Delima,
ReplyDeleteW salam kak ct...
hehehe... alhamdulillah kak, dapat pulak respon positif dari hubby dan anak2. try la kak...
Aslmkm Fiza. Wah, ni spesel ni... dengo nenas jer kita dah kecur...hehe
ReplyDeleteAssalam fiza nmpk sedap ayam berjus nenas tu..terliur tgk
ReplyDeletebobhandbury,,
ReplyDeletetq singgah sini!
HomeKreation,
ReplyDeletew salam... hehehe... nenas mmg membangkitkan selera makan,kan...
kak rosaliza,
ReplyDeletealhamdulillah kak, sedap. suami pun puji. hehe