Monday, June 6, 2011

Kuih Kasuwi lagi....

Dah pernah update resepi kuih ni dulu... Tapi baru je semalam buat lagi sebab memang dah berkurun tak membuatnya...... ni ha... bersama resepinya sekali.
Kuih Kasuwi

Bahan-bahan 

4 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 cawan gula merah
2 sd susu pekat
kelapa utk digaul bersama



caranya:

A. bancuhkan 2 cawan air bersama tepung gandum dan tepung ubi. kacau sebati.
B. panaskan 2 cawan gula merah bersama 2 cawan air. kacau sampai gula merah hancur.
- campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas, kacau rata.
- masukkan susu pekat, dan kacau lagi.
- tapiskan dalam loyang, dan kukus selama 15-20 minit.
bila dah masak, sejukkan, potong ikut suka dan gaul bersama kelapa yg dah dicampurkan dengan secubit garam.

6 comments:

  1. best..best..sy suka kuih ni tapi xpernah cuba buat lagi..nampak mcm mudah je...

    bila2 boleh try ni...masuk dlm list..thank sudi kongsi resepi...

    ReplyDelete
  2. kak fiza kuih nie lembik tak..he..he.. saya suke klu dia lembik..

    ReplyDelete
  3. vill, sebenarnya agak lembik la juga. kalau lembik sgt nanti susah potong. cuba vill try dlm acuan kuih lompang ke...

    ReplyDelete
  4. kak hanie,
    tak yah pun tak pe kak..
    tapi tunggu sejuk baru potong.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...