Wednesday, June 22, 2011

Tempe Goreng Enak

Saya penggemar tempe, tapi tidak menjadi santapan hari2. Biasanya tempe saya akan campurkan dalam masakan sayuran atau masukkan dalam masak lemak. Selain itu, paling mudah dan senang, saya akan menggoreng sahaja tempe kerana rasa yang lebih sedap dan rangup.


Bahan-bahan :
3 keping tempe - dipotong nipis
2 sdt serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur
Sedikit tepung gandum
Serbuk roti ( kalau tiada, tidak mengapa)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
- Tempe yang dipotong nipis itu digaul bersama serbuk lada sulah dan gara.
- Pecahkan sebijik telur, pukul manja, campurkan setengah biji ke dalam tempe tadi, dan ratakan.
- Salut tempe bersama tepung gandum, kemudian celup tempe tersebut ke dalam telur dan akhir sekali salutkan bersama serbuk roti.
- Goreng dalam minyak yang panas sehingga masak.
- Sangat lazat dimakan bersama sambal kicap.

2 comments:

  1. feveret kami sekeluarga juga...tp malas sikit...cuma goreng dengan garam je or kunyit..hihihi..boleh la tiru mcm kak fiza pulak..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...