Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Telur Itik Masak Lemak Cekur

Sempat lagi masak telur itik untuk hidangan tengahari tadi. Susah dapat telur itik ni, melainkan kena order dengan sahabat suami. Kalau ada pun agak mahal harganya. Bila beli dengan kawan2 ni, dapatlah harga murah sikit.

Mari lihat bagaimana memasak telur itik ini.


Bahan-bahan:
6 biji telur itik - dibasuh bersih
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*8 biji cili padi - terpulang kalau nak lebih pedas, boleh tambah lagi.
*5 ketul ubi cekur
1 1/2  peket santan serbuk - bancuh dengan air
sedikit kunyit serbuk
10 helai daun cekur - dihiris halus
4 helai daun limau purut
Garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara membuatnya:
- Panaskan sedikit air dalam periuk / kuali. Sementara itu, tumbuk halus semua bahan yang bertanda *. Bila air sudah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan ia masak sehingga betul2 mendidih. Jangan lupa tambahkan serbuk kunyit sebagai pewarna, kacau.

- Masukkan santan, dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan daun limau purut, garam dan sedikit gula.

- Dalam kuali / periuk yang lain, didihkan air. Pecahkan telur itik satu persatu sehingga ia masak. Apabila telur sudah masak, angkat telur dan toskan air rebusan, kemudian masukkan telur ke dalam kuah bersantan tadi. Boleh juga kalau mahu pecahkan terus telur ke dalam kuah tadi. Tapi, harus berjaga2 kerana kalau kerap sangat dikacau, telur mudah pecah. Jadi jalan penyelesaian, rebus dulu telur dalam periuk lain, dan baru masukkan telur ke dalam kuah.

- Setelah semuanya sebati, tutup api. Dan hidangkan bersama nasi panas, buah durian dan ulam-ulaman.

Saya suka hirisan daun cekur yang banyak... sedap sangat!

Selamat mencuba!

Sunday, July 3, 2011

Telur Dadar Bercili

Telur.... satu lauk alternatif kalau dah bosan dengan ikan, ayam, daging... Telur memang sedap. Tapi kalau asyik2 makan telur mata kerbau, telur dadar biasa, telur goreng masak kicap, telur goreng dan rebus bersambal, telur rebus kari dan sebagainya, boring juga yer. Sesekali ubahlah sikit cara masakan.....


 Bahan-bahan:
3 biji telur - dipukul dan didadarkan atas kuali. Kemudian, telur dipotong 4 segi.
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdt cili boh
3 sdb cili sos
2 sdb sos tiram
1 sdb gula
1 sdt garam
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:
- Ketepikan telur dadar yang telah dipotong 4 segi
- Tumbuk bawang merah dan bawang putih, tumiskan dalam kuali menggunakan minyak yang sedikit sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh, cili sos dan sos tiram. Kacau rata, dan tambahkan sedikit air. Biarkan ia masak sepenuhnya dan mendidih.
- Setelah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan pula telur dadar yang telah dipotong 4 segi tadi. Masukkan gula dan garam.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Tutup api, dan hiaskan ia bersama daun sup dan daun bawang.


Makan bersama nasi panas...... selera sekali! Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...