Thursday, October 3, 2013

Rambu Ramba Kek Coklat dengan Bekuan Krim Keju

Assalamualaikum.....
Sekali lagi, lama tidak bersua. Semalam hari kelahiran anak ke-4 saya, Hijaz. So, sempat la juga buat sebiji kek untuk dia. Tu pun selepas dia minta kek hari jadi. Gigih juga membuatnya.

Saya hanya menggunakan kek coklat lembap sebagai asas kek. Kebetulannya, ada orang menempah kek coklat, dan saya lebihkan 1/2 bancuhan. Dapat kek yang kecil pun sudah cukup buat dia. Bila keknya sudah siap, saya agak buntu, bagaimana mahu didekorasikan kek ini. Sekadar menyimbah coklat ganache? Ah.... sudah biasa sangat. Cadangnya nak buat ala2 russian black and white cake, tapi ada beberapa bahan sudah kehabisan stok. Sekadar menggunakan stok yang ada, maka saya coatingkan saja dengan cream cheese frosting. Mmmmmm...... Ala2 red velvet cake la gitu.


Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat
1 3/4 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan minyak masak
- Satukan semua bahan ini dala periuk, dan masak atas api sederhana sehingga kesemua bahan sebati dan larut. Biarkan ia sejuka seketika.

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
- ayak kesemua bahan.

Bahan C:
2 biji telur saiz AA
1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya:
- Sediakan kukusan.
- Pukul bahan C dengan menggunakan hand whisk sahaja.
- Masukkan bahan A, dan sebatikan. Jangan masuk ketika masih panas, takut telur masak.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, gaul sebati dengan senduk kayu.
- Masukkan adunan dalam loyang 4 segi 8x8 inci, atau boleh guna menggunakan loyang bulat saiz 9".
- Kukus dengan api perlahan sehingga kek masak, anggaran waktu masak 45 minit hingga 1 jam.
- Sejukkan dahulu sebelum dilepa dengan krim.



Ok, bila dah beberapa jam, kek pun dah sejuk, masa untuk ditoppingkan. Macam2 gaya boleh digayakan kek coklat ni. Mahu simbah saja coklat ganache pun boleh. Mahu didekorasikan dengan krim mentega juga boleh. Ikut selera masing2. Untuk kali ini, saya dekorasikan kek ini bersama cream cheese frosting yang enak dan lazat. Serius! Ia benar2 lazat! Makan seketul, kita bagai lupa yang kita sedang berdiet..... Rasa nak patah balik. Makan hanya sepotong kek. Lebihkan senaman dan minum air suam banyak2. Heheheh.....


Ada pelbagai resepi cream cheese frosting. Kalau tanya pakcik Google, memang akan keluar pelbagai resepi. Pilih sahaja mana yang berkenan. Untuk kek kali ini saya memilih resepi yang simple sangat. Bahan2nya pun siap sedia di rumah. 

Cream Cheese Frosting
Bahan2:
500gm cream cheese - saya guna Tatura, kadang2 guna Philadelphia juga. Tengok stok dalam peti ais.
250gm butter - saya guna Buttercup je. Nak guna jenama lain, terpulang.
200gm gula aising - diayak
1 sdt esen vanilla
1 sdb jus lemon - boleh digantikan dengan jus limau, atau sunquick.

Caranya:
- Pukul cream cheese bersama butter sehingga kembang dan nampak creamy.
- Masukkan esen vanilla
- Masukkan gula aising, pukul lagi sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan jus lemon. Sebatikan
Siap untuk dilepa pada kek.

Cara saya sama saja dengan cara orang lain. Belah kek kepada 2 atau 3 bahagian. Lepakan krim keju dan lapiskan. Crumb coatkan seluruh kek. Tepekkan coklat urai di tepi2 kek. Masukkan lebihan krim keju ke dalam plastik atau kertas surih. Gunting sedikit dihujung plastik, dan picitkan sesuka hati atas kek. Rambu rambakan ia..... Gaya begini amat sesuai untuk orang malas seperti saya. Atau pembuat kek amatur yang belum pandai membentuk bunga menggunakan krim keju, boleh buat gaya rambu ramba begini. Mendeko bersama krim keju agak renyah sedikit, dan memerlukan resepi yang lain supaya deko lebih cantik dan kemas.

Selesai semua, simpan dalam peti sejuk sebelum ia dijamah oleh anda..... Memang sedap dan berbaloi!


Selamat mencuba!
Nota umisofie: Untuk bancuhan kek hari lahir Hijaz ini, adunannya saya bahagi 2. Begitu juga dengan frostingnya.

2 comments:

  1. Nampak menarik..mesti best nih..jom tukar2 link..sy dah follow blog sis..jom follow blog sy http://syafiyahluv.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sedap juga nampak kek ini. Pasti ramai kaum ibu mengemari ingin membuatnya di rumah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...