Friday, August 19, 2011

Sambal Lemak Lengkuas / Sambal Tahun

Salam Ramadhan semua...
Anda pernah makan sambal tahun, atau orang berketurunan Jawa memanggil ia sebagai sambal taon. Sambal lemak lengkuas tu, saya sendiri beri nama sebab nak publishkan di sini. Bukan semua mereka yang berkunjung ke sini berketurunan Jawa, kan? Jadi, saya telah mencipta nama Melayunya tersendiri.

Saya tak tahulah kenapa orang Jawa memanggil ia sebagai sambal tahun, atau sambal taon. Mengikut sejarah dulu-dulunya, masakan ini boleh bertahan agak lama, kerana setiap hari mereka akan memanaskan sambil menambah apa2 bahan yang kurang. Andai kurang kerang keesokan harinya, mereka akan menambah kerang, andai kurang lengkuas, lengkuaslah yang akan ditambah. Masakan ini, semakin dipanaskan, ia semakin sebati dan sedap. Kombinasi santan dan lengkuas memang kombinasi yang sangat menyelerakan, sehinggakan kita tidak perasan yang kita akan bertambah nasi. Memang menyelerakan.....

Biasanya, selain kerang, ada juga orang menambah babat lembut (perut lembut yang macam tuala tu...) sebagai bahan utama selain ikan bilis. Tetapi, untuk resepi kali ini, kombinasi yang saya ciptakan agak berlainan sedikit dari yang biasa saya makan di kenduri2 kahwin orang Jawa. Mari lihat resepi saya.....


 Bahan-bahan:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi - kalau ada cili burung lagi bagus, sebab cili burung lagi pedas dari cili padi biasa tu.
  • Lengkuas - kuantiti ikut suka, krn lagi banyak, lagi sedap - di hiris nipis dan memanjang.
  • 1/2 kerang - direbus, dan diambil isinya
  • 300 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 150 gm ikan bilis
  • 3 bungkus tempe - yang berisi dalam daun pisang
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • Garam, gula dan bahan perasa (saya gunakan perencah masakan HILAL)


 Cara-cara membuatnya:
- Tumbuk bawang besar dan bawang putih bersama beberapa biji cili padi, ikut kepedasan yang anda suka. Lagi pedas, lagi menyelerakan. Dan cili padi selebihnya, biarkan ia dalam keadalan asal.

- Panaskan sedikit air di dalam kuali, bila air sudah mendidih, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau rata, masukkan juga kesemua lengkuas yang telah di potong nipis dan memanjang. Biarkan seketika sehingga ia naik bau.

- Masukkan ikan bilis dan isi ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak dengan sempurna.

- Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua santan pekat dan santan cair, dan sentiasa di kacau. Masukkan juga kerang. Apabila sudah masak kesemuanya, perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa anda. Siap untuk dihidang bersama nasi panas....


Mari zoom sikit, kita lihat isi dalam sambal ini. 
Ada kerang, tempe, lengkuas..... mmmmm, enak sungguh!

Anda yang buka berketurunan Jawa, boleh lah mencuba resepi ini sebagai hidangan kepada keluarga. Tak rugi mencuba, kerana saya jamin, ianya satu masakan yang enak dan lazat. Kalau ada anak2 kecil, m,ungkin boleh kurang cili padi yang ditumbuk, hanya letaka je cili bulat2 tu.... macam yang saya buat. Rumah saya ramai anak kecil, jadi saya tak boleh fikirkan perut saya sendiri. SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

  1. wah kak fiza..vill betul2 teringin sgt nak makan menu nie..sambal tahun nie embah vill slalu buat..sedapnyer..pos la skit kak

    ReplyDelete
  2. hehe... vill, senang je buatnya. vill try la...

    ReplyDelete
  3. kak fiza sorry late reply, potato starch tu tepung yang ada pic kentang kat paket depan dia.. ldy beli brand windmill klau tak silap, kat bahaagian tepung2 slalu ada..

    ReplyDelete
  4. syokknyer rupanya sambal tahun ni mcm kuah lemak je eh? ingt btol2 sambal..

    nk boleh dipelbagaikan isi lauknyer tu..nk mntk salin resepi ye, tengkiu sgt2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...