Wednesday, August 17, 2011

Ayam Goreng Halia

Salam Ramadhan ke-17, untuk bulan Ramadhan ni, jarang betul blog ini terupdate. Ntah kenapa, malas betul nak berphoto shoot dengan makanan dan masakan. Ok, demi tak mahu blog ini terus sepi, hari ini saya masak ayam goreng halia sebagai menu sahur keluarga saya.

 Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan :
Beberapa ketul ayam - dilumur bersama garam dan kunyit, digoreng dahulu, dan diketepikan seketika
1/2 biji bawang besar - dihirs
5 ulas bawang putih - diketuk
Halia muda - lagi banyak lagi sedap.- di hiris
2 sdb sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya :
- Tumis semua bahan yang telah dihiris dan diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak kering, masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata....
- Tak perlu perasakan bersama garam kerana ayam telah pun masin.
- Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. nanti sri nak cubelah..cam senang jer...sedap pulak tgk gambar tu

    ReplyDelete
  2. boleh sri... silakan mencuba. senang jer.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...