Thursday, September 29, 2011

Roti Lingkaran Coklat Kastard & Insiden Sedih

Assalamualaikum semua.....
Sekarang asyik meroti... giler meroti sungguh! Kejap2 nak buat roti, kejap2 nak buat roti, roti... roti... dan roti lagi. Baru2 ni, saya buat satu lagi roti. Saya dapat resepi dari buku ummi (mak saya). Tajuk buku, "Resepi Roti & Kek".

Sebenarnya, ini ialah gambar masakan saya yang terakhir selepas insiden yang berlaku pada kamera saya. Baca SINI ye, untuk tahu insiden apa. Sedih nak ulang cerita. Tak tahu la lepas ni nak amik gambar masakan macam mana. Nak guna handset, alahai... tak cantik la hasilnya. Mungkin kena cari ganti, kalau tak habis la aktiviti saya yang satu ni.

Apapun insiden, mari lihat bahan dan cara membuatnya:


Bahan-bahan Doh Manis:
500gm tepung berprotien tinggi
15gm yis segar (aktifkan bersama sedikit air suam)
100gm gula kastor
5gm garam
10gm susu tepung
260gm air ais
1 biji telur
50gm mentega
sedikit pembalut melekat (sehingga dapat menutupi doh)


Cara-cara buat doh manis:
1. Masukkan tepung, gula kastor, garam dan yis. ke dalam mangkuk. Adun sebati.
2. Tambahkan telur, susu tepung dan air ais. Adun sehingga ia membentuk doh kasar.
3. Alihkan doh ke atas papan pencanai yang bersih. Tambahkan mentega dan uli sehingga sebati. ( Cara saya, masukkan saja doh yang telah diuli bersama mentega ke dalam plastik yang bersih, dan terus uli sehingga doh kelihatan anjal dan licin.)
4. Bulatkan doh dan sapukan sedikit minyak masak di atas permukaannya. Tutup doh dengan pembalut melekat dan biarkan doh selama 40-60 minit.
5. Bahagikan doh kepada bebolah kecil seberat 60gm setiap satu bahagian.
6. Bulat2kan bebola kecil tadi, dan balut semula dengan pembalut melekat.
7. Biarkan doh itu naik lagi selama 15 minit, dan selepas itu doh sedia digunakan.


Bahan-bahan Pes Coklat Kastard:
A : 95gm tepung kastard
      250ml susu segar
      65gm coklat masakan
B : sedikit putih telur dan air


Cara-cara buat pes coklat kastard:
- Gaulkan semua bahan A dalam periuk, dan panaskan dengan api yang perlahan. Apabila coklat masakan sudah cair dan tepung kastard sudah sebati, teruskan kacau sehingga ia menjadi pes coklat.

- Masukkan pes coklat ke dalam bebola doh manis tadi, dan bulatkannya. Susunkan doh di atas dulang pembakar

- Apabila doh sudah naik dua kali ganda daripada saiz asalnya, sapukan bahan B pada permukaannya.

- Masukkan lebihan pes coklat ke dalam plastik kecil, dan guntingkan hujungnya sedikit. Picitkan jalur halus secara memusing pada permukaan doh.

- Bakar pada suhu lebih kurang 200 darjah celcius selama 12 minit.



Mungkin lepas ni kena bercuti dari beraktiviti mengambil gambar masakan..... Dan mungkin juga blog ini akan sepi seketika. tengok la macam mana nanti. Kalau dapat ganti yang baru tu cepat, maka cepat la blog ini  terupdate. Dalam kepala dah terbayang macam2 nak masak..... Harap2 ada la rezeki nak ganti yang baru. Amin!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...