Saturday, December 10, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum.....
Teringin sangat nak buat cream puff sendiri. Makan pun tak pernah sebenarnya. Sejak kak Asniza dok tayang cream puff dia kat forum RH, mulalah hati menggeletik nak mencuba. Jadi, dengan bantuan segala tunjuk ajar di forum, saya pun cuba.

Oh ya... saya juga membuat rujukan dari blog kak Azlita Aziz. Memang superb la blog kak Ita tu. Kak Ita bagi keterangan step by step lagi. Sangat2 membantu. Sila lihat hasil cream puff saya :-)


Dan dengan rasa bahagianya, seperti biasa saya akan menyimpan resepi cream puff di sini.

Bahan-bahan puff :
100ml air
45gm butter - suhu bilik
60gm tepung gandum - diayak
2 biji telur

Cara membuatnya:
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius
- Sapu mentega atas dulang pembakar
- Masukan telur ke dalam mangkuk, dan pukul sehingga kuning dan putih bercampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Tutup api.
- Masukan tepung, dan kacau dengan cepat. Buka api semula, dan teruskan mengacau sehingga terbentuk kepingan nipis. Tutup api.
- Masukkan telur, dan kacau lagi dengan cepat sehingga ia berbentuk krim
- Masukan dalam piping bag, dan pipe atas dulang. ( Saya guna plastik, dan gunting hujung plastik, dan... pipe!)
- Spray cream puff dengan air, dan bakar dalam oven pada suhu 200 selama 15 minit, dan kemudian turunkan suhu 180, selama 25 minit.
- Kalau nak lagi keperangan, biarkan cream puff dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff dahulu sebelum diletakkan cream custard.


Bahan2 untuk Cream custard:
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sdb mentega
1 sdt esen vanilla

Cara membuatnya :
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk
- Masukkan 1-2 sudu besar susu, kaca rata jangan ada yang berketul2.
- Masukkan telur dan kacau lagi.
- Kemudian masukkan susu selebihnya, dan kacau lagi.
- Masak atas dapur dengan api yang sederhana.
- Kacau selalu untuk dapatkan cream yang licin.
- Dah siap, masukkan mentega, dan sebatikan.

Tapi, hari ini, saya ubah sikit krim kastardnya dengan menambah rasa keju. Sedapnya..... Boleh tambahkan lemak dalam badan lagi. Caranya, saya panaskan sedikit susu ( lebih kurang 50ml) dalam periuk, dan koyakkan 2 keping keju. Kacau selalu sehingga keju cair. Dan bolehlah campurkan campuran ini ke dalam resepi cream custard di atas tu......



Sesiapa belum mencuba, sila la..... :-)

6 comments:

  1. lama tak jengah dapur fiza..kak mieza pun ada save kan resepi kak ita ni..kekonon nak wat tapi sampai tak buat2 lagi..tgk2 fiza yang buat dulu :)

    ReplyDelete
  2. salam kak mieza,
    tq kak, sudi jenogk dapur fiza yg dah lama tak berasap ni. :-)
    lepas ni akak buat pulak ye. mesti lagi sedap. :-)

    ReplyDelete
  3. salam kenal..makcik manggis datang intai dapur ni..wah ada cream puff..yum yum

    ReplyDelete
  4. salam kenal cik manggis... terima kasih dtg. dapur ni jarang berasap. time rajin je asapnya ada. hehehe. cream puff ni resepi kak azlita.

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan dan salam kenal juga dari akak. Cantik dan sedapnya cream puff tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...