Friday, June 15, 2012

German Cookies

Salam bahagia semua....
Lagi sekali buat hal si penulis blog ni... senyap sunyi manjang. Alahai, sibuk amat, lagi2 hamil dah masuk minggu ke 32 ni, lagi la masa terhad. Dengan bangganya nak beritahu, saya telah tutup semua order utk aneka roti sebab sangat2 tak larat nak membuat roti dah. Bila perut makin ke depan, roti pun asik hampeh je. Penat la buat roti ni. Sesekali buat untuk makan anak2, memang seronok. Tapi, kalau dah ngadap hari2 pagi petang dan malam, mau tak termuntah ijonya..... Akhirnya, terpaksa diputuskan berhenti seketika membuat roti sehinga selamat melahirkan dan habis tempoh berpantang.

Bila empunya blog dah melalut, semuanya nak dikecohkan. Sebenarnya nak share satu resepi yang saya telah dapat lama dulu, tapi belum sempat2 membuatnya. Bila dah tak buat roti ni, baru boleh cuba resepi ni. Resepi biasa je, ramai orang dah cuba buat. Saya je baru terhegeh2 mencuba. Sebenarnya, resepi ni saya dapat dari kawan RH, Della.... intai2 resepi dia, alahai senang amat. Ikut mood rajin ke tak nak membuatnya. Tapi akhirnya, selamat sudah..... dan selamat juga balang tu kosong. Pernah dengar germen cookies, kan? Tentu la pernah..... Lepas ni, boleh try test utk persediaan cookies di hari raya......


Rasanya sangat2 la enak. Kalau sampai cik suami kata cookies ni, sedap, anak2 request minta repeat lagi, memang confrim, cap jari ini ialah cookies yang enak..... rasanya lemak dan mencair je dimulut.....

Mari, saya tepek resepi di sini buat panduan dan simpanan saya.



Germen Cookies (Sumber: FB Della)

Bahan-bahan:
250 gm butter
80 gm gula aising
250 gm tepung kentang (boleh dapat di kedai2 bakery)
160 gm tepung superfine (saya guna tepung gandum biasa yang diayak 3-4 kali)

Cara membuatnya:
- Pukul butter bersama gula aising sehingga sebati.
- Masukkan tepung kentang dan tepung gandung superfine. Gaul dengan menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh.
- Bulat2kan dan tekan dengan garfu.
- Hiaskan dengan love deco atau ceri merah. Nak kosong tanpa hiasan pun boleh.
- Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit.



Haaa.... mudahkan? Simple sesangat. Buang siM, maka akan terhasillah cookies yang enak ini.

8 comments:

  1. aslmkm Fiza..akk pong dah bli tpg nk bt kukis ni tapi x jugak buat..huhu..sedap eh?

    ReplyDelete
  2. comeiii...putih gebu cookiesnye tu...

    ReplyDelete
  3. w salam kak anna....
    cepat la buat kak...
    sedap kukis ni, anak fiza minta fiza buat lagi belum sempat2...

    ReplyDelete
  4. Qasey Honey,
    hasilnya mmg putih gebu
    gamba kekuningan tu hanya efek kamera.
    saje ngengada.. hihihi

    ReplyDelete
  5. samala kak... lama dah nak cuba buat. tapi masih tak terbuat.

    ReplyDelete
  6. WAH NAK TRY LE ... RESEPI PUN MUDAH AJE..

    ReplyDelete
  7. najihah,
    try la... ramai dah kawan2 kita buat.
    tak rugi, malah akan terus jatuh cinta. :-)

    ReplyDelete
  8. mayangsayang,
    sila la ye.... resepi mmg mudah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...