Saturday, September 29, 2012

Dulce de Leche.... sos karamel susu!

Assalamualaikum....
Maaf ye, dalam berpantang hari tu, tak de masak2. Kalau ada pun masak simple2 utk makan anak2. Sekarang dah 2 bulan lebih, baby Amal pun dah agak besar dan cerdik, boleh la mulakan aktiviti dulu. Kalau sempat update, insya Allah saya akan terus update.

Gambar ihsan pak Google

Lama saya mencari resepi karamel susu sebegini. Tanya dengan rakan2, namanya tak reti nak menyebut. Dulce de eche ke, atau dulce le leche.... tak tau la sebenarnya gunakan 'le' atau 'de'. Hehehhe... Melalui pembacaan saya, ia seperti karamel, tapi karamel dibuat daripada gula yang dipanaskan, manakala dulce de leche dibuat daripada susu pekat manis. Ia merupakan satu sajian dessert yang berasal dari negara2 Selatan Amerika termasuk Argentina dan Uruguay.

Biasanya, karamel susu ini banyak didapati pada coklat2, gula2, dijadikan filling muffin, dijadikan topping kek keju, kek coklat juga sebagai sapuan pada roti. Rasanya amat2 manis, kerana ia sepenuhnya daripada susu pekat manis. Untuk membuat sos karamel susu ini, prosesnya sangat2 mudah dan senang, tapi mengambil masa yang sangat panjang. Sabar menunggu sangat perlu.

Bahan yang diperlukan:
1 tin susu pekat manis (ikut review, brand FnN lebih baik, sedap dan cantik warnanya. Tapi, saya silap, untuk kali ni saya hanya gunakan susu brand Tea Pot)
Air
Periuk (gunakan rice cooker pun boleh)

Caranya:
- Tanggalkan label pada tin susu.
- Masukkan tin yang berisi susu itu ke dalam periuk yang penuh dengan air. Jangan buka tinnya.
- Rebus selama 3-4jam...... Sabarlah menanti.
- Sudah selesai merebus, sejukkan seketika. Buka tin, dan lihatlah hasil karamel susu yang menyelerakan....

 Ni hasil 4jam saya merebus.... 
Warnanya saya masih belum puas hati, mungkin kerana brand susu yang gunakan.
Atau bagaimana? Mungkin ada pakar2 boleh tolong saya bagaimana mahu dapatkan karamel susu yang lebih gelap dan lebih likat.....
Perlukah saya merebus lebih dari 4 jam? 5jam mungkin......

 Nak simpan dam peti sejuk....

Dijadikan topping pada kek coklat.
Kek haruslah kurang manis.

Selepas ini saya akan memperbaiki karamel susu saya ini, supaya warnanya menjadi lebih coklat gelap sedikit, dan strukturnya lebih likat dan pekat. Insya Allah, saya akan cuba susu FnN pula lepas ni. Terima kasih pada sahabat saya, Shila yang baik hati atas tip dan tunjuk ajar yang diberikan. Shila memang best, kek dia.... superb! Hehehhe....

Ok, sekian untuk waktu ini. Jumpa lagi dalam resepi yang lain akan datang. :-)

5 comments:

  1. saya pernah buat ni.guna krimer gold coin rasanya. 4 jam jugak rebus. tapi warna lagi hitam kot daripada yang ni.

    ReplyDelete
  2. salam nuwairani....
    terima kasih. lenkali saya try buat guna susu gold coin pulak.
    mungkin lebih pekat, kan?

    ReplyDelete
  3. Bergantung jgk dgn kekuatan api dapur tu..

    ReplyDelete
  4. Fiza pertama kali saya buat. saya baru buat semalam guna susu krimer gold coin. Warna lebih gelap lagi. Saya rebus dlm 3 jam lebih. Fiza rasa manis dan rasa susu. Betul ke? Ni first time buat.

    ReplyDelete
  5. Klau rebus pkai presure cooker boleka tu🤭

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...