Tuesday, April 17, 2012

Kek Lobak Merah Chocolate chip

Salam semua.....
Entry pasal kek pulak ye. Hai.... panjang la pulak nama kek ni..... Orang lain lama dah buat kek ni. Saya pulak baru pertama kali mencubanya. Bukan tak nak cuba sebelum ni, tapi tiap kali nak buat kek ni, beli je lobak merah, pasti si lobak habis dibuat sayur. Tak sempat nak mengekek. Kali ni, saya tekad..... nak juga mengekek dengan si lobak merah. Meskipun lobak merah di peti sejuk tinggal 3 batang, tak danya saya peduli. Habis, beli la lagi, kan?

Resepi asal untuk kek ini saya dapat dari seorang teman dari FB Hidangan Sedap, kak Reen Khan Shariff. Tapi ada buat penambahan sikit. Simple sangat membuatnya. Saya tak guna mixer pun, cuma kisar dengan blender dan kacau guna senduk kayu je. Malas nak keluarkan mixer pun iyer... Hihihihi....

Tak secantik orang lain punya, Tapi serius, kek ni memang sedap.
Jom tengok resepi;
Sumber Asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=411559848854954&set=o.158397134229582&type=1&theater

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - dipotong kecil
1 batang lobak merah - dihiris halus (saya parut)
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Daisy)
1 cawan gula halus (saya guna gula perang, sebab gula halus habis)
3 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1 sdt baking powder
- ayak bahan bertanda *
1 cawan chocolate chip (ini kak reen tak guna, saje saya tambah)
Sedikit emping jagung sebagai hiasan atas (ini pun kak reen tak guna, saje saya tambah)

Cara-cara membuat:
- Kisar lobak yang telah dipotong kecil bersama minyak, gula dan telo sehingga lobak hancur. Masukkan dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit, kacau rata dan sebati.
- Parutkan lobak merah ke dalam mangkuk adunan tadi. Gaul sebati.
- Masukkan chocolate chip, gaul rata lagi.
- Sediakan oven pada suhu 160-170 darjah celcius (bergantung pada oven masing2)
- Sapukan loyang dengan mentega sehingga rata, dan taburkan tepung. Nak lapik guna baking paper pun boleh. Saya tak de baking paper.
- Masukkan adunan dalam loyang pembakar, dan bakar selama 20-30minit. Sebelum bakar, hiaskan permukaan atas kek dengan lebihan chocolat chip jika suka. Saya tambah emping jagung sikit sebagai hiasan atas. Saje jer..... :-)

* Nak buat kek cawan pun boleh, masukkan je dalam paper cup. Kek ini juga boleh dicampur dengan buah-buahan campuran atau kismis kalau tak minat dengan chocolate chip.

Baru lepas keluar oven..... Aromanya, aduhai.... satu rumah ok!
Carrot Cake!
Mudah je sebenarnya nak membuatnya. Terpulang pada kerajinan juga sebenarnya. Kalau penyakit M datang, saya rasa, saya pun malas kot nak buat. Selama ni dok sibuk nguli tepung untuk roti, nak cuba buat kek yang lain, tak sempat.... dan bila dah penat, memang la malas. Tapi, sebab hari ni tak uli tepung, saja rajinkan diri mencubanya walaupun agak terlewat berbanding orang lain. :-)

10 comments:

  1. salam..
    cantik dan menarik warnanya..

    ReplyDelete
  2. kak reen,
    salam kak... :-)
    terima kasih kak, atas perkongsian ini.
    mmg sedap kek lobak ni.
    lenkali nak repeat lagi.

    ReplyDelete
  3. salam kakna,
    cantik ke?
    terima kasih kak.... :-)

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap jugak kan kek lobak tu kalau letak coklat chip...

    ReplyDelete
  5. Qaseh Honey,
    sebenarnya, stok kat rumah cuma ada chocolate chip dgn emping jagung je.
    tu yg aci bubuh jer... hehehe....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    tertarik dengan watermark adik ni...lebih2 lagi avatar recipe yg comel tu mcm serupa dgn blog akak punya.

    ReplyDelete
  7. Wa alaikum salam kak Nuridah....
    ye ke ka?
    sebenarnya, watermark ni kawan saya tolong buatkan.

    ReplyDelete
  8. Hem..kek lobak memang sedap..ada coklatcip lagila sedap..

    ReplyDelete
  9. salam kenal fiza.. mmg sgt minat dengan carrot cake.. nak cuba resepi ni plak ..... ada coklat chip mesti lagi sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...