Sunday, April 1, 2012

Roti Kopi ~ Mexican Bun lagiiiii

Hari ini agak free, sebab tiada bancuhan roti yang banyak untuk jualan. Tekak sangat teringin nak makan roti kopi. Hari tu pegi Tesco, lalu depan kedai bakery dia, alahai..... rasa nak beli je roti kopi. Tapi, memandangkan yang kita ni pernah buat dan boleh buat sendiri, terus tak jadi nak beli. Selain tu, rasa was-was dengan kek dan roti Tesco pun masih ada. Kalau ada halal, cuba la letak sijil HALAL JAKIM ke.... tidaklah pengguna Muslim ni ragu2, kan?

Sebenarnya, saya pernah buat roti ni tahun lepas. Makanya, dah hampir setahun la saya tak makan roti kegemaran saya ni. Sibuk sangat sejak akhir2 ni, sampaikan nak buat roti kegemaran pun tak sempat. Masa entry roti boy yang dulu, saya menggunakan resepi dari Diana @ MyResepi. Tapi untuk kali ni, bahagian doh manis dan topping saya ubah sikit.


Meh tengok resepi

Bahan untuk inti:
100 gm mentega tanpa garam
1/4 sdt esen vanilla
35 gm gula perang
(sama denga resepi Diana)

Cara
- Pukul mentega hingga kembang, masukkan gula perang dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati. Dah siap, simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Bahan untuk doh:
500 gm tepung roti
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin.   Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)

- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.



Bahan untuk topping 
Untuk bahan ini, ada sedikit yang saya ubah.

200 gm mentega lembut
160 gm gula halus (saya guna 80gm je gula halus sebab saya tambahkan 80 gm lagi gula perang. Kes tak cukup gula halus dan malas blend! hehehe)
3 biji kuning telur
1 sdb Nescafe yang telah dicampur dengan 1 sdb air panas. (derhaka lagi sbb tak mo kasi rasa pahit)
1 sdt emulco coffee
200 gm tepung gandum, diayak

Cara
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, ringan dan lembut.
- Masukkan kuning telur sebiji demi sebijik, dengan speed mixer yang perlahan
- Masukkan campuran Nescafe dan emulco coffee, sebatikan.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sebatikan, dan masukkan dalam piping bag, atau plastik je pun ok. Simpan dalam peti sejuk untuk bekukan.


Cara buat roti kopi:
- Bahagikan doh manis, timbang seberat 50gm. Bulat2kan, dan leperkan atas tapak tangan. Masukkan inti, dan tutup dengan kemas. Pastikan tutup dengan kemas ye, kalau tak nanti ia akan meleleh keluar.
- Susun atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega / marjerin. Biarkan ia kembang selama lebih kurang 45minit.
- Bila dah kembang, pipekan topping kopi atas doh roti tadi secara spiral.

Begini la keadaannya bila dah pipekan topping.
Sumber gambar dari entry roti kopi

- Sambil spiralkan topping atas doh, bolehlah dipanaskan oven. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20minit.



Sebenarnya, saya sedang mencari rahsia topping dari roti boy tu.....
Sekian!

3 comments:

  1. Salaam ukhwah. saya copy resipi ni yea.. Syukran.

    ReplyDelete
  2. love chocolate,
    salam ukhuwah...
    sila la copy paste... dan selamat mencuba.

    ReplyDelete
  3. Satu adunan boleh buat dlm berapa biji?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...