Friday, April 13, 2012

Roti Daging Berkeju

Salam pagi Jumaat.....
Sekali lagi, sepi pula halaman ini. Dan baru inilah ada masa untuk mengupdate sesuatu di sini. Sekali lagi, roti.... roti, roti dan roti...... Muka empunya blog pun dah naik macam gebu roti.....

Roti daging berkeju ini merupakan salah satu punca side income keluarga saya. Ramai yang menggemarinya. Dan tiba-tiba hati terusik untuk berkongsi resepi ini dengan semua.


Bahan-bahan untuk doh roti:
500gm tepung berprotien tinggi (tepung roti)
2 sdb tepung susu
100 gm gula halus
1 sdt garam
1 sdt bread softener
1 biji telur
250 ml air bertapis (kalau uli guna tangan gunakan air suam)
11 gm yis
2 sdb mentega lembut

Cara
- Saya guna bread maker (BM), jadi saya masukkan je semua bahan dalam BM, dan biarkan BM jalankan operasinya selama 1 jam 30 minit.

- Untuk yang tiada BM, caranya, satukan air suam dengan yis. Biarkan seketika.
- Satukan bahan2 kering seperti tepung, gula, susu tepung, garam, bread softerner dalam satu bekas. Sebatikan.
- Masukkan telur, gaul rata, dan masukkan air suam yang telah bercampur dengan yis tadi. Adun sehingga menjadi doh kasar.
- Masukkan mentega, dan terus menguli sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan anjal. Biasanya, untuk menguli menggunakan tangan, tempoh menguli saya ialah 45 minit, atau kadang2 sehingga satu jam. (Pitam!) Tip dari saya: Masukkan bancuhan doh tu dalam plastik yang bersih, dan lenyek2kan doh tu sehingga dapat seperti doh yang kita kehendaki. Pastikan benar2 anjal dan licin. Bila uli dalam plastik, doh lebih bersih dan lembut, kerana kita tidak perlu bermain bermain dengan tepung. Tangan pun bersih jer. :-)
- Biarkan doh naik sekali ganda, biasanya lebih kurang 1 jam.
- Selepas 1 jam, tumbuk2kan doh untuk membuang angin. Dan bahagikan doh, beratnya 60gm. Untuk bancuhan ini boleh dapat lebih kurang 15-16 biji roti.

Bahan untuk inti daging:
Sediakan bahan inti ketika doh dalam proses mengembang
1 keping daging kisar (saya gunakan daging kisar Ramly)
3 biji bawang holland - dipotong dadu kecil
1 sdb serbuk rempah kari daging
1 sdb serbuk rempah kurma
1 sdb butter
Sedikit Italian Herbs (optional)
2 cawan air ( lebih kurang)
Garam dan gula sebagai bahan perasa
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Hirisan daun sup dan daun bawang

Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan butter. Biarkan ia mencair.
- Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu. Kacau sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, kacau rata.
- Masukkan pula rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan terus tambahkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau. Sekiranya air kurang, boleh ditambah. Biarkan daging masak sehingga empuk.
- Taburkan dengan Italian Herbs, Kacau lagi.
- Apabila daging sudah masak, biarkan sehingga daging kelihatan kering. Tambahkan perasa garam dan gula.
- Tambahkan jus limau. Dah betul2 kering, tutup api, dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan daun sup.





Bahan Hiasan:
Keju keping (dipotong 4 bahagian)
Mayonis

Untuk membuat roti daging:
- Ambil seketul doh kecil (60gm). Bulat2kan dan leperkan di atas tapak tangan. Boleh juga menggunakan penggelek.
- Masukkan inti daging tadi, dan tutup kembali dengan kemas.
- Letakkan ia di dalam aluminium cup atau paper cup. Nak letak terus atas dulang pembakar pun boleh.
- Ulang dan siapkan sehingga ke doh yang terakhir.
- Setelah semuanya selesai, biarkan doh sekali lagi sehingga ia naik dua kali ganda.
- Dan setelah doh mengembang sepenuhnya, boleh sediakan oven. Panaskan oven lebih kurang 5-10 minit. Sementara menunggu oven panas, potong keju keping dan letakkan keju diatas roti.
- Taburkan dengan Italian Herb (jika mahu)
- Dan bakar roti dengan suhu 175 darjah celcius selama 15-20 minit. (Bergantung pada oven masing2)
Boleh juga sapukan kuning telur sebelum dibakar (jika mahu).


- Selesai membakar roti, keluarkan dan terus sapukan roti dengan mentega atau marjerin supaya roti kelihatan cantik dan berkilat.
- Picitkan mayonis kegemaran. (masukkan dalam plastik, dan gunting bucu plastik)
- Sedia untuk menikmatinya. :-)

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Salam Fiza hemm menarik tu ..bebagai pesen skrg roti....sampai penuh list beratur ikut giliran nak meroti heheheh..ank akk pun suka roti yg berinti pedas dan bekeju ni...sesui bawa bekalan

    ReplyDelete
  2. w salam kak shiela....
    roti yg pelbagai variasi.... lain sikit. kalau asik roti yg sama, jemu jugak, kan....
    amboi, dah berderet list yer.... heheheh.... mesti sakan nak menguli nanti.

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya, lama tak meroti, sebab malas nak uli, tah bila nak beli BM nya pun tak tau lah

    ReplyDelete
  4. Tina Othman,
    saya pun dok tunggu BM gak ni. hehehe....
    selama ni dok uli guna tangan tau. dah berotot dah tangan ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...