Tuesday, January 1, 2013

Triffle Buah - Laici & Mangga


Salam penuh rasa syukur. Hari ini hari pertama di tahun 2013. Selamat tinggal 2012......

Anak2 saya sangat menggemari triffle. Pertama kali makan triffle, makan di rumah adik ipar masa ada jamuan. Saya pulak jenis malas nak buat. Tapi lepas makan kat rumah adik ipar tu, rasa sedap pulak triffle ni. Segar sekali dengan rasa buah. Dan di sebabkan anak2 pun suka, maka saya buat jugaklah sendiri. Tak susah mana pun. Yang penting buang M, seru R. Maka jadilah triffle yang enak dan segar.

Buat adik2 yang baru nak belajar cara2 membuat triffle, mari..... skroll down! Yang dah pakar tu, tak yah tengok pun tak ngape eh.



Mari kita mulakan.....
:
:
:
:

 Mulakan dengan menyusun swiss roll ke dalam mangkuk. Siramkan beberepa sudu sirap daripada tin buah2an koktail atau tin laici. Saya gunakan buah laici dalam tin sebab tu je yang ada kat rumah. Tujuannya, supaya kek kita tu akan lembap. Seeloknya gunakan mangkuk yang jernih supaya hasilnya cantik. Kalau ada mangkuk kaca yang mahal, guna je. 

 Tuang sos kastard di atas swiss roll. 
Cara membuat sos kastardnya : 1 tin susu cair, 1 tin air biasa, 4 sdb gula dan 5 sdb tepung kastard. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau rata. Kemudian, masak dengan api yang perlahan sehingga bancuhan kelihatan berkilat dan berat. Dan selepas itu, tuang je sos kastard tadi ke atas swiss roll.

 Susun buah2an pilihan anda. Macam saya ni, buah yang ada dalam peti sejuk cuma buah mangga dan lici dalam tin. Jadi, saya gunakan tu je. Kalau dapat buah2an yang pelbagai warna, alangkan baiknya. Triffle anda akan kelihatan lebih cantik dan berseri. Buah kiwi, strawberry, peach.... Atau boleh juga gunakan buah2an koktail dalam tin tu.

 Selepas susun buah, tuangkan jelly ke atasnya. Masak jelly mengikut arahan dalam kotak. 
Saya gunakan Jelly Krystal jenama NONA perisa rasberi. 
Pada saya jelly jenama ini paling terbaik dan sedap. 
Terpulang pada anda mahu gunakan jenama apa.
Dan akhir sekali, biarkan jelly membeku sambil disejukkan dalam peti sejuk

Nikmati hasil triffle anda di saat cuaca yang panas.....
Mmmmmmm, memang mengasyikkan.

Mudah saja membuat triffle ni. Semua orang boleh membuatnya. Saya suka..... Anak2 pun suka.

6 comments:

  1. Nyam2x... sedapnya... Slmt Tahun Baru Dik...

    ReplyDelete
  2. Gk pn dh lm cr resepi ni...tq for sharing

    ReplyDelete
  3. sedap2 resepi fiza share...tq.nt nak try lah...
    Saya Shikin,Shaklee ID anda di Tawau & seluruh Malaysia...hubungi saya utk dapatkan vitamin anda & konsultasi percuma drpd saya. Nor Ashikin Azahari, 883799, sms sy 0139867967...blog sy : http://marvellousmommy.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...