Sunday, November 25, 2012

Kek Batik ~ Kenangan 15 tahun lepas ~

Teringat dulu, masa pertama kali membuat kek batik.... saya baru berusia 16 tahun, tingkatan 4. Masih muda belia. Belajar dari seorang senior sekolah. Saya duduk asrama ketika itu. Suka dengan kek batik yang dibuat oleh kakak senior itu. Duduk satu bilik dengan kakak senior itu, tiap kali pulang dari kampung, malam tu, kami satu bilik bersama2 kawan2 lain selalu berkumpul untuk makan2. Pada masa itu, masing2 akan keluarkan segala aneka makanan yang dibawa dari kampung. Owh.... manisnya kenangan ketika sekolah. :-)


Hari ni tiba2 rasa macam nak makan kek batik. Lama dah saya tak membuatnya. Rasanya kali terakhir saya buat kek ini 2 atau 3 tahun lepas. Masa tu buat pun sebab nak jamu tetamu yang datang. Lepas tu, langsung tak membuatnya. Sehinggalah, pada minggu lepas, saya menonton rancangan 5 Rencah 5 Rasa, oleh Chef Sherson di TV3. Tema masakan minggu itu ada minum petang tak silap. Chef Sher buat pulak kek batik. Alahai.... terus kecur air liur. Bukan susah pun nak membuatnya. Cuma...... ehem...ehem..ehem.... Paham2 je la.

Ok, ini resepi mudah kek batik saya.....

Kek Batik
Bahan:
200 biskut Marie - dipotong 4
200 gm mentega
1 cawan Milo / serbuk minuman koko - Saya guna serbuk minuma koko Aeman
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1/4 cawan air panas
1 biji telur


Cara buat:
- Ketepikan biskut Marie yang telah dipotong 4.
- Alas loyang dengan baking paper atau plastik. Saya tak buat pun, malas.....
- Panaskan kuali.
- Masukkan mentega, cairkan.
- Masukkan serbuk koko, serbuk minuman koko/ Milo, air panas dan susu pekat. Masak sehingga kesemua bahan ini sebati dan pekat.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau dengan cepat. Ini merupakan langkah yang penting bagi memastikan telur masak serata.
- Akhir sekali masukkan biskut Marie dan gaul rata.
- Masuk dalam loyang, dan ratakan. Tekan2 adunan supaya lebih kemas dan mampan.
- Masukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dihidang.....

 - Sedap dimakan ketika sejuk, terasa crunchy2 biskut Marie tu.....


Kepada adik2 yang baru nak belajar buat kek, mari mulakan dengan membuat kek batik yang mudah ini.
Sekian buat waktu ini.....

12 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...