Sunday, November 18, 2012

Kuih Cara Berlauk Tuna Telur

Assalamualaikum.... selamat petang.
Apa menu petang ni? Kat tempat saya hujan.... perut dah kenyang. hehehehe

Pagi tadi bersarapan kuih cara. Anak saya minta kuih cara berlauk. Sedap sangat kalau lauk tu lauk daging lembu. Tapi memandangkan encik suami tak boleh makan daging, saya bercadang nak buat lauk sardin ke... tapi..... sardin juga encik suami tak boleh makan. Akhirnya ambil keputusan untuk jadikan tuna sebagai lauk.

Saya pernah post resepi kuih cara ni dulu. Tapi tu saya gunakan daging burger oblong. Refer SINI please...


Bahan untuk Inti:
1 tin tuna flake in olive oil (nak guna tuna yang lain pun ok je)
2 biji telur - goreng hancur dulu
1 biji bawang holand - dipotong dadu kecil
2 batang cili merah - dihiris
Hirisan daun sup secukupnya
1 biji jus limau kasturi
Bahan perasa garam dan sedikit gula

Bahan untuk kuih cara:
2 cawan tepung gandung
1 peket santan serbuk
1 biji telur
3 cawan air
Sedikit garam 
Sedikit pewarna kuning/hijau

1 sudu besar minyak masak - utk elakkan kuih melekat pada pan cara.


Cara membuatnya:
- Panaskan kuali, masukkan tuna. Tak perlu minyak kerana tuna sudah ada minyak zaitun. Kacau rata. Masukkan bawang holand yang dipotong dadu, telur hancur, cili merah, dan perasakan ia. Masukkan daun sup, dan jus limau. Kacau rata. Ketepikan.... Kemudian, bancuh tepung untuk kuih cara. Sebelum menbancuh tepung, panaskan pan acuan cara anda dengan api sederhana.

Untuk bancuhan kuih, campurkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian, masukkan bancuhan dalam acuan kuih cara, dan letakkan sedikit lauk di atas bancuhan kuih cara tersebut. Tutup acuan dengan tudung periuk, dan biarkan ia masak selama 5-7 minit. Gunakan api sederhana. Jangan besar sangat, nanti kuih cepat hangus.



- Apabila sudah masak, angkat kuih dengan menggunakan sudu.

Disebabkan lauk sedikit pedas, saya lebihkan sedikit tepung untuk membuat kuih cara manis. Kuih cara manis untuk si kecil saya yang berdua tu. Cara yang sama dengan kuih cara berlauk, cuma selepas isikan bancuhan tepung ke dalam acuan cara, masukkan sedikit gula. Tutup pan dengan tudung periuk, dan biarkan ia masak sepenuhnya.


Kalau makan kuih cara manis, saya teringat masa kecil2 dahulu. Terfikir, macam mana kuih ini boleh ada air gula dalamnya. Hehehehe...... Pandaikan orang2 dulu mencipta resepi. Kekal sampai sekarang..... :-)

Oooooppppssss, lupa pulak. Kelmarin buat kuih cara gak, tapi inti kaya. Boleh tengok SINI untuk tutorialnya sekali. :-)


Sekian buat waktu ini........
Wassalam.......

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...