Monday, May 30, 2011
Kek Coklat Lembap + Fudge Topping
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
11/2cawan serbuk koko + 1/2 cawan serbuk minuman koko (nak guna Milo pun boleh)
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt baking powder
* (4 bahan ni di ayak, dan asingkan dulu)
3 biji telur
1 sdt ovallete
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air + 1/4 cawan susu cair + 3 sdb susu pekat
1 sdt coklat emulco
1 sdt cappucino emulco
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang
- Masukkan air + susu cair + susu pekat, kacau hingga rata.
- Masukkan semua bahan yang diayak tadi, sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan speed slow. Ratakan bancuhan.
- Masukan minyak jagung, dan kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan coklat emulco dan cappucino emulco, dan kacau sebati.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu. Masukkan bancuhan kek tadi ke dalam loyang dan kukus kek selama 60-70 minit.
Fudge Topping
(kredit untuk Yanie Anuar untuk topping yang best ini)
- 2 sdb mentega (saya guna Buttercup. Kalau mentega yang berkualiti tinggi, macam Anchor ke, lagi sedap)
- 3 sdb susu cair
- 1/2 cawan serbuk koko
- 4 sdb susu pekat
* Masakkan kesemua bahan di atas secara double boiler, dan bila sebati semuanya, curahkan topping di atas kek. Jangan masak terlalu lama kerana ia akan berketul. Dan taburkan atas kek dengan coklat rice
Laksa Versi Fiza
![]() |
| Laksa Versi Fiza |
Laksa kering atau laksa basah (kalau laksa kering, rebus dulu laksa sehingga lembut)
Untuk kuah
- 1 kg ikan kembung - direbus dan diasingkan isi ikan, kisar. ( air rebusan ikan jangan dibuang, sebab nak digunakan untuk buat kuah)
- 1 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 1 inci lengkuas
*dikisar kedua2nya
- 5-6 sudu besar cili boh
- 10 keping asam keping
- 2 ikat daun kesum
- 3 kuntum bunga kantan
- garam dan gula sebagai perasa
- sedikit belacan ( saya tak letak belacan, sebab elejek :-))
Cara memasak
- Setelah isi ikan dikisar halus, masukkan isi ikan tadi dalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi. Hidupkan api sederhana kecilnya. Kemudian saya kisar tulang ikan, dan tapis, untuk elakkan tulang masuk sekali dalam kuah. Kasi kaw sikit!
- Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar, cili boh, bunga kantan, daun kesum, asam keping. Biarkan sehingga kuah masak. Api jangan terlalu besar, dan sesekali kacau2.
- Perasakan dengan garam dan gula..... Sonang eh masak kuah laksa ni....
Bahan aksesori
- Timun
- Cili merah
- Telur rebus
- Salad
- Nenas
- Limau kasturi
* semuanyua dipotong memanjang, ikut la nak besar mana. Jangan besar sgt sudah la.....
Sila nikmatinya :-D
Sunday, May 29, 2011
Singgang Ikan Tongkol
![]() |
| Singgang Ikan Tongkol |
Bahan2
- bawang besar
- bawang putih
- serai ( dititik )
- asam keping (2 atau 3 keping)
- halia
- ikan tongkol
- air
- garam dan sedikit gula
bila dah masak, tutup api...siap dihidang. senang,kan?
Nasi Ayam Umisofie
Resepi ini dah lama saya tepek kat blog saya yang sana. Tapi, baru ni teringat nak tepek sini.
- 4 pot beras (basuh beras hingga bersih)
- air rebusan ayam
- 2 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1/2 inci halia (diketuk)
- sebatang kulit kayu manis
- 4 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil garam
- 2 helai daun pandan
- sesudu butter (untuk menumis) nak gunakan margerin pun boleh. minyak pun boleh.
caranya:
- tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis bersama butter hingga naik bau.
- masukkan air rebusan ayam sebanyak mana yang diperlukan (mengikut kuantiti pot beras anda).
- masukkan beras. kacau....
- kemudian, masukkan susu pekat, garam dan daun pandan. kacau seketika, dan tutup periuk nasi. biarkan sehingga nasi masak dengan sendirinya. yang gunakan periuk nasi biasa, kena jaga2, takut nasi hangit pula!
![]() |
| Nasi yang baru dimasak..... |
bahan untuk ayam :
- seekor ayam (sederhana kecil-tak besar sangat, tak kecil sangat) - ayam direbus dulu. kemudian toskan airnya. air rebusan ayam ni digunakan untuk masak nasi tadi.
- sos tiram
- kicap pekat
- madu
- selepas ayam ditoskan airnya, lumurkan ayam tadi dengan sos tiram, sedikit kicap pekat dan sedikit madu. kemudian, ayam tadi dibakar dalam oven.
sup ayam sediakan seperti mana yang anda biasa sediakan.
ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.
bahan untuk membuat cili:
ok, sekarang mari kita lihat bahan-bahan untuk membuat cili dan kicap.
bahan untuk membuat cili:
- 5-6 tangkai cili merah - dibuang biji tau!
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu besar sos ikan
- cili merah, bawang putih, gula dan halia dikisar halus bersama sedikit air. kemudian, tuangkan hasil kisaran dalam sebuah mangkuk, dan campurkan cuka dan sos ikan. kacau rata.
- seulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- kicap pekat
- sos tiram
- sedikit sup
- tepung jagung-untuk pekatkan kicap
- masukkan sesenduk air sup ayam ke dalam periuk kecil. bila dah mendidih, masukkan bawang putih yang telah diketuk. masukkan halia sekali. biarkan ia mendidih. kemudian, masukkan sos tiram anggaran dalam 5-6 sudu besar, dan kicap pekat juga dalam 5-6 sudu besar. kacau rata. pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung. siap....
ok, setelah semuanya selesai, bolehlah dihidangkan sepertimana gambar pertama di atas tadi. hiaskan dengan salad, timun dan tomato.
Ikan Keli Masak Lemak Cekur
Saya sekeluarga peminat ikan keli. Kalau boleh setiap miggu mesti nak beli ikan keli. Masakan yang biasa dimasak untuk ikan keli selain sambal dan goreng begitu je, saya gemar masak ini....
![]() |
| Ikan Keli Masak Lemak Cekur |
- Ikan keli - dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 8 tangkai cili padi
- 5 atau 6 biji cekur - saya punya cekur saiznya agak kecil.
- sedikit kunyit hidup
- santan
- 4-5 helai daun limau purut
- 10 helai daun cekur - dihiris halus
- garam dan gula secukup rasa
- Ketepikan dahulu ikan keli yang telah dibakar/digoreng tadi.
- Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
- Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
- Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
- Kemudian masukkan ikan keli tadi.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Siap dihidang....
![]() |
| Daun cekur dan ubinya |
Saturday, May 28, 2011
Begedil Daging
Resepi sempoi dan mudah....
![]() |
| Begedil Daging Berkenan dengan begedil... suka akannya? Saya suka, ni cara saya buat begedil yang simple: |
Bahan dan cara membuatnya:
- Kentang (direbus, toskan kemudian buang kulit dan tumbuk dengan lesung. Kalau nak ikut cara saya, mesti tumbuk dengan lesung,ok :-))
- Daging - (sukahatilah korang nak guna daging macam mana pun. Daging cincang ke, daging burger ke, daging biasa ke. Tapi saya gunakan daging burger oblong. Power punya ye! Daging ni korang masak dulu, pastu cincangkan bagi halus.)
- Daun sup dan daun bawang
- Lada sulah
- Serbuk daun basil (terpulang nak letak ke tidak. Saya letak sebab memang dah ada kat rumah.)
- Sedikit garam
*Semua bahan kat atas tu korang gaul je hingga mesra. Pastu bentuk2kan menjadi bentuk bulat. Celup dalam telur dan gorengkan kekuning2an. Siap la untuk dihidang...... Lebih sedap dimakan bersama soto atau bakso. (Lain kali kalau saya buat bakso, saya sharekan resepi kat sini)
*Kuantiti bahan, aci taram je.....( Fiza ni memang tak boleh jadi pakar masakan ye, dan tak boleh nak terbitkan buku masakan sebab tak ada talent pun.)
p/s: saya pernah tepek cara membuat begedil daging ni dalam SINI
Thursday, May 26, 2011
Puding Roti Sos Vanilla
![]() |
| Puding Roti Sos Vanilla |
Bahan2:
8keping roti putih
4 biji telur
50gram gula
300ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
*Carik-carikkan roti dan tekan2 dalam loyang. Tabur kismis atau hirisan almond, letak nestum pon ok.
*Pukul telur + gula sampai kembang, agak2 kembang jer stop.
*Masukkan esen dan fresh milk, kacau.
*Tuang atas roti dan tekan2 supaya bahan2 di atas dapat meresap dalam roti. Biarkan kira2 10 menit dan bakar dalam oven 180celcius selama 45 minit.
*Sejukkan dan potong
Vanilla Sauce
Bahan
*300ml fresh milk
*50gram gula
*2 sudu besar kastard dibancuh dengan 1/2 cup air
*1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
**Masakkan atas api susu dan gula sampai menggelegak.
**Masukkan esen dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak tutup api. Kalau rase cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.
**Tuangkan atas bread puding. Siap!
Bagi saya ada perbezaan rasa dan struktur pada puding roti ni. Ini bermakna ada 2 jenis puding roti yang saya pelajari. Pilih mana satu yang menjadi pilihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










