Thursday, November 22, 2012

Hitam Putih kek Coklat

Inspirasi ini daripada Black and White Russian Cake. Nama asal kek ini amat mewah, dan ia juga dianggap kek yang mewah sebenarnya. Siapalah yang mencipta kek ini yer... tapi, kredit la untuk si pencipta kek. Bagi inspirasi untuk peminat kek seperti saya. Hitam putih kek coklat adalah nama yang saya reka sendiri untuk disesuaikan dengan diri saya yang berasal dari keturunan jawa. Hahahaha.... Saya bukan orang Rusia!


Saya paksa diri cuba membuat kek ini bila ada orang tanya saya, bolehkah saya membuat black and white russian cake? :-) Sejujurnya, sebelum ini memang saya belum diberi kesempatan untuk mencuba resepi kek ini. Walhal resepinya sudah ada. Setiap kali online, asyik la membelek dari satu blog ke satu blog berkaitan dengan kek ini. Siap menonton video sekali. Tapi, nak mencubanya.... alahai.... bercinta!

Di saat cuti sekolah ini, tempahan roti pun tiada, dengan stok cream cheese yang masih berbaki di dalam peti sejuk, saya gagahkan diri dan perasaan untuk mencuba kek mewah ini. Inspirasi utama saya membuat kek ini ialah dari blog kak Ita. Tengok gambar black and white russian cake dalam blog dia.... alahai... kecur air liur.    Tapi saya ada la derhaka sikit, memandangkan stok cream cheese saya yang tinggal sikit. Kak Ita buat 3 layer, tapi saya terpaksa buat 2 je. Sapuan frosting kak Ita pada keseluruhan kek pun sangat2 mengujakan.

Kek pun saya derhaka. Saya tambah dark chocolate pada bancuhan kek, jadi rasa kek.... wallahhhhh..... Pada pengamatan saya, kek untuk kek ini menggunakan kek coklat lembap. Jadinya, saya hanya menggunakan resepi kek coklat lembap sebagai asas keknya.

Saya ni pulak, disebabkan buat hanya untuk makan anak2, jadi sapuan frosting cincai2 je. Cream cheese sikit, jadi sapuan pun tak banyak mana. Cukup sekadar untuk disapu seluruh sebagai penutup kek. Tak nak bebel panjang2, saya mahu kongsikan resepi yang saya gunakan untuk membuat kek yang agak mewah ini.

Kek Coklat Lembap:
Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
200gm mentega
250gm dark chocolate

- Panaskan semua bahan ini secara doubler-boiler sehingga semuanya sebati. Bila mentega dan dark choc dah cair, dan bancuhan kelihatan berkilat, tutup api dan ketepikan seketika.

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
- Ayak semua bahan ini

Bahan C 
4 biji telur - Gred B. Kalau guna telur gred A, 3 biji dah cukup
- Dikisar dengan pengisar. Tapi, saya malas nak buka blender, saya pukul je dengan garfu. Pukul dengan kuat sehingga berbuih. Letih gak la tangan.....

Caranya:
- Panaskan air kukusan.
- Masukkan bahan A dalam bekas yang lebih besar.
- Masuk bahan B diselangselikan dengan bahan C - dahulukan dengan B dan diakhiri dengan B juga. ( B-C-B-C-B)
- Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Griskan loyang 8" dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.
- Masukkan bancuhan kek ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil. Jangan dikemaskan pada bahagian mulut loyang, sekadar letak begitu sahaja sehingga menutupi loyang.
- Biarkan kek dikukus selama 1 jam atau kek dimasak dengan sempurna.
- Bila kek sudah masak, biarkan seketika dalam 15 minit, kemudian terbalikkan untuk disejukkan....
- Apabila kek sudah sejuk, belah kek kepada 3 atau 4 bahagian. Saya belah 3 bahagian sahaja.

Kek ini sudah sejuk, saya alihkan pada pinggan leper supaya mudah untuk dibelah 3. 
Kalau ada papan kek, lagi senang. Saya tiada stok masa ni.
Tengok hasil kek, tinggi, kan?

Bahan untuk Chocolate Ganache saya menggunakan resepi saya sendiri. Mudah dan tak memerlukan bahan yang banyak. Saya tak guna resepi Kak Ita sebab banyak bahan yang kak Ita guna tiada dalam stok saya. Kalau mahukan resepi Kak Ita, boleh tengok kat blog Kak Ita. Saya dah bagi link kat atas. Sila scroll atas....

Chocolate Ganache (Versi saya):
500gm dark chocolate - saya guna dark chocolate Beryl`s
200ml susu segar
50gm mentega
- semua bahan dipanaskan secara double-boiler sehingga chocolate dan mentega cair.
- Bila chocolate dah sejuk, masukkan dalam piping bag. Saya masukkan dalam plastik je. Simpan dalam peti sejuk supaya ia mengeras sedikit.

Frosting Cream Cheese:
250gm cream cheese Philapedia (lain kali kena lebihkan sikit)
30gm mentega
100gm gula kastor
1 sdb susu segar
1 sdt esen vanilla
1 sdt jus limau
- Pukul cream cheese dan mentega sehingga creamy, masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan lain, dan sebatikan.
- Saya masukkan dalam plastik dan simpan seketika dalam peti sejuk.

Cara membuat black and white russian cake adalah seperti berikut:
1. Belah kek kepada 3 atau 4 bahagian, bergantung pada banyak mana cream dan chocolat yang anda ada. Saya sendiri hanya belah 3 bahagian kerana stok cream yang kurang. Letakkan kek atas pinggan leper atau papan kek. Kalau tak de papan kek pun tak mengapa, boleh gantikan tudung periuk yang sama saiz dengan kek atau lebih besar sedikit.

2. Buat bulatan sebesar syiling 50sen ditengah2 kek yang telah dibelah, dan diselang-selikan dengan chocolate ganache. Buat sehingga habis untuk 2 keping kek sahaja. Kalau belah 4, buat lingkaran itu pada 3 keping kek. Simpan kek dalam peti sejuk seketika, dalam 10minit la gitu.

Buatlah dengan cermat supaya hasilnya lebih baik. Saya buat ni, lepas maghrib, dan tiba2 si kecil saya menangis. Kelam kabut saya menyiapkannya. Tengoklah hasil..... sangat tidak puas hati. Jeling sikit pada kepingan kek sana tu.... saya gunakan tudung periuk je :-)

3. Setelah keluarkan lapisan2 kek dari peti sejuk, tindihkan satu keping kek di atas lapisan kek yang bawah. Begitulah seterusnya.... salutkan kek dengan frosting cream cheese secara menyeluruh. Tebal sikit pun ok. Macam yang saya beritahu tadi, stok cream cheese saya terhad, jadi saya hanya sapu nipis.

4. Tuangkan lebihan chocolate ganache dan goyang2 kek perlahan2 supaya chocolate jatuh dengan sendiri.

5. Hiaslah kek anda ikut kreativiti anda sendiri.

Ini hasil yang saya buat untuk anak2 saya. Saya cuma parut dark chocolate pada permukaan atas kek dan tepekkan dengan coklat urai pada sisi kek. Simple je...... :-)

Saya paksa suami saya merasa kek ini. Memandangkan suami saya memang jenis tak suka makan kek, jadi, dia makan sikit je. Huhuhuu.... Kek apa pun, kalau bagi kat dia, memang dia jamah secubit dua je. Jadi, kalau tak offer kat dia pun tak pe eh. Kat rumah ni, yang hantu keknya anak kedua saya, Amniy juga Sofie. Mereka berdua memang gemar kek macam ummi mereka. Hijaz juga gemar, cuma tak sehebat Amniy dan Sofie.

Operasi membedah kek .... Sangat tak sabar nak tengok hasil dalamnya

 Belek2 lagi sebelum berkongsi kek mewah ini dengan jiran kiri kanan rumah

Selepas berkongsi dengan jiran, tinggal la separuh je kat rumah ni.

Pada saya, kek ini sedap. Rasa kek coklat lembap dengan gabungan rasa cream cheese yang sedikit masam, dan setiap gigitan kek akan terasa coklat kemasaman. Masam datang dari cream cheese. Memang sedap la...... Kalau chocolate ganache ikut resepi Kak Ita, mesti lagi sedap rasanya. Dengan rasa coklat yang berjel lagi..... Mmmmm, susah nak terangkan rasanya.

Jadi, sesepa penggemar kek yang belum mencuba buat sendiri kek ini, silalah cuba ye. Agak remeh tapi, puas hati. Adakah selepas ini saya akan menjual kek ini? Tengok la nanti macam mana. hehehe...

Sekian buat waktu ini :-)


6 comments:

  1. salam hemm pepagi masuk sini negok ada kek coklat kecur di buatnya...ider yg baik dan kritif lahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      tq kak shiela...
      saje gatal2 mencuba. org lain lama dah cuba, kita baru terkial2... heheh

      Delete
  2. salam fiza.. sedapnyer kek.. tompang lalu amik resepi yek..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapnya...teringin pulak nak buat nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...