Saturday, April 30, 2011

Kek Marble Susu (Kukus)

Kek Marble Susu Versi 1
Resepi saya dapat dari diskusi forum di Ratuhati.com.
Pautan : http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,1892.30.html#bot
Dan ini ialah resepi asalnya.

Bahan-Bahannya
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (saya guna 150 g gula perang sahaja. rasa dia tak manis sangat sebab ramai yang review manis ikut sukatan asal)
2 camca teh ovalette
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (saya pakai cappuccino paste)
*Saya tambah lagi 100 ml susu cair ke dalam adunan ini pada step ke-2 sebelum adunan dibahagi 2

Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
 
Nota saya :
* saya tidak ada coklat emalco dan paste cappucino, jadi saya campurkan kopi bersama serbuk minuman koko, dijadikan pes.
* kek ini saya tak bakar seperti resepi asal. Saya kukus selama 1 jam 15 minit.

UPDATE 6 Mei 2011
Kek Marble Susu Versi 2
Nota untuk versi 2:
* saya kurangkan tepung gandum menjadi 250gm
* saya tambah lagi 30ml susu cair sebelum adunan dibahagi 2.
* saya juga menggunakan choc emulco dan cappucino paste
* dan sangat berpuas hati dengan rasa utk kali kedua ini, kek lebih gebu, lembap dan enak.
* cuma, saya tak berpuas hati dgn kombinasi warna, sebab warna putih lebih dominan

3 comments:

  1. tepung halus tu macam mana rupanya ya kak?

    ReplyDelete
  2. akak pakai tepung gandum, diayak jer... heheh
    akak pun tak tahu mcm mana rupa tepung halus tu :-D

    ReplyDelete
  3. tepung halus tu tepung superfine...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...